*makan*

Arini tak sempat lagi nak update blog. Bz. Byk meeting arini. Aiiii takkan hari2 nak update blog kot? Sementara tgh rajin n ada masa bole la. Huhu. Arini byk mkn la. Pg tadi makan nasi lemak makcik (nasi lemak pakcik tak sampai lagi). Kul 9 camtu la. Then 9.30 ade meeting. Abis meeting dlm kul 11.30 pagi. Taknak makan cz kenyang lagi. Tp urusetia ajak makan jugak. So tak sampai ati la. Cz kite penah organize meeting gak. Bila org tak makan kita rasa sayang n membazir. So makan la sikit setakat isi perut. Makan nasi lauk ayam kurma. Kul 11.45 terus shoot p meeting lain. Start meetng lewat sikit. Then pom pang pom pang, meeting abis kul 1.10 ptg mcm tu la. Makan lagi. Of course! Ingat nak amik sikit je. Tapi tgk lauk, alamakkk terliuq beb! Lauk ikan masak sambal. Pergghhh. Favourite! 



Tgh makan ni rasa tak cukup ikan sekor. So dgn selambanye p tambah lagi sekor ikan. Licin! Serius sedap. Macam lauk kat umah. Cukup! 

Ermmm semalam pon saya sempat makan Lasagna yang ku idam-idamkan tu. Hikhikhik. Balik keje terus g Subang Parade ngn member. Terus ke Dave's Deli. Tak pandang kiri kanan ok?? Makan2 then terus balik. Bukti?? Haaa tgk pictures kat bawah ni.









Caya tak?? Thanks to my fren yg teman mkn. Love u! XOXO! Hikhikhik (^_^) Emmm kuat makan la saya skg ni. Nape tah. Nak kata hepi mcm tak. Bole?? Haha. Serius. Kelmarin dapat berita yang menyedihkan. Tak lulus interview. Cet! Then nak kata something good happen or dpt good news pun tak. Agaknya strategi dah berubah kot. Sebelum ni, bila susah hati or tension je mesti takde selera. Letak la ape pon depan mata, jgn harap la nak makan. Skg ni lain lak. Sendiri p cari makanan. Huhu. Elok la tu. Alhamdulillah. Sihat sikit. InsyaAllah :)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!