Garnier Intensive 3 in 1 Whitening Essence Mask



Assalamualaikum

Harini saya nak share pasal Mask! Tah buang tebiat ape tah semalam tetiba rasa nak pakai mask. 

Asalnye nak cari eyeliner je. Eyeliner saya tah mane hilang tah. Sudahnya beberapa hari gak mukaku pucat tanpa eyeliner.



Pucat tak? Huhuhu. Pegi Stadium (Selangor vs Pahang) Yeayyy Selangor menang! dengan muka selenge macam ni. 



Maybelline adalah eyeliner kesukaanku! Selalu amik yang kena sharp sendiri tu. Kali ni promoter tu suggest amil yang pusing ni. So try la since susah nak sharp eyeliner pensil tu. Not bad.

Ok pasal mask pulak. Dulu saya penah pakai mask. Memang sekali pakai terus nampak sangat kesan die. Elok sesangat! Tapi tak ingat la time tu pakai mask ape tah. Siyes tak ingat walaupun dah pusing2 satu Watson tu. Pastu ternampak la mask garnier. Tergerak hati nak try. Garnier Intensive 3 in 1 Whitening Essence Mask.




Dan hasilnye adalah...............


Abaikan muka yang mcm Miss Han**! Dan muka selenge di sebelah kanan. Kikiki. Hasilnye memang memuaskan! Rasa soft sgt muka tu. Muka saya memnag jenis muka berjerawat dan berminyak tak elok sgt. So nampak la kesannya pd saya. Mask ni pon untuk whitening kan. Nampak la bezanya sebelum dan selepas. Lupa amik gambar sebelum. Nampak lebih berseri. If tak kusam je. Balik ni nak try mask Self-Heating Sauna Mask pulak. Yang tu katanye elok untuk kulit berminyak macam saya ni. Nak kawin ni kena la mencantikkan diri kan. Baru la nmpk berseri-seri di hari bahagia nanti. InsyaAllah.

Korang pon cuba la ye mask tu. Tak susah pon. Harga pon tak mahal sangat. Mask Garnier Intensive 3 in 1 Whitening Essence Mask tu harganya dalam RM7++. Tak sampai RM8 pon. Yang Self-Heating Sauna Mask tak silap dalam RM5++. Murah sikit sebab kena apply sendiri kat muka. Tapi bole pakai 2 kali. So balik ni pegi cari kat Watsons ye. Good Luck! ;)


Sekian.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!