Jalan Mudah Untuk Isteri Nak Masuk Syurga – Taati Suami



Assalamualaikum

Jalan Mudah Untuk Isteri Nak Masuk Syurga – Taati Suami

Posted by Encik Khairul in Artikel Perkahwinan on Aug 16th, 2011 | 8 comments

Salam Ramadhan saya ucapkan buat pembaca setia blog KursusPerkahwinan.Com saya ini.

Wah, nampaknya inilah post pertama saya di bulan Ramadhan untuk tahun ini. Lewat juga kan saya update.
Maaf la ye, biasalah di waktu bulan puasa ni saya perlu adjust kan sikit waktu dalam aktiviti berblogging ini dan aktiviti harian yang lain. Rasanya masa sedikit agak terbatas di bulan puasa ni. Sebab anda pun faham-faham la kan, siang sibuk dengan kerja, malam pula nak pergi terawih.
Anda cukup terawih tak Ramadhan tahun ni? Kalau boleh ada kelapangan, cukup-cukupkanlah ye terawih di masjid InsyaAllah.

Ok, untuk artikel blog kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang di kira amat penting untuk diambil perhatian dalam melayari bahtera rumahtangga anda dan pasangan. Ianya mengenai ketaatan isteri terhadap suami.
Tahukah anda bahawa ada sebenarnya ‘jalan mudah’ untuk wanita-wanita atau isteri mencapai impian masuk syurga Jannatulllah?

‘Jalan mudah’ yang dimaksudkan ialah dengan mentaati suami. Nanti saya akan kongsikan sebuah hadis bagi menyokong pernyataan ini.
Buat para isteri di luar sana, taatilah suami anda dengan sepenuh-hati. Mentaati suami selagi mana tidak melanggar syarak (contoh melanggar syarak: diminta berbohong atau mencuri atau memudaratkan diri) adalah WAJIB hukumnya.

Anas bin Malik menyatakan Nabi Muhammad bersabda: “Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki,” Riwayat Abu Na’im.
Demikianlah hadis yang saya maksudkan tadi bagi menyokong tajuk artikel kita kali ini.

Isteri yang mentaati suaminya akan dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk mentaati suami anda walaupun anda terpaksa berkorban kepentingan diri anda sendiri.
Dengan pengorbanan anda itu nescaya Allah akan kurniakan ganjaran rahmat, kesabaran dan pahala yang lebih besar.
Suami adalah nakhoda bagi bahtera rumahtangga anda. Dia lah yang akan tanggung segala dosa anda di dunia ini selama mana anda menjadi isterinya. Oleh itu, dia dikurniakan beberapa kelebihan dan dalam masa yang sama tanggungjawab yang besar perlu dipikul olehnya.
Jangan sesekali anda buat dia berkecil hati walaupun sedikit. Kelak ia boleh mengundang pergaduhan dan ada kebarangkalian anda boleh berlaku derhaka terhadapnya.

Oleh itu, senantiasalah bersangka baik terhadap semua keputusan yang dibuat oleh suami anda. Suami adalah pemutus segala keputusan akhir dalam rumahtangga anda.

Walaupun kadang-kala keputusan yang dibuat oleh suami anda itu anda tidak bersetuju, tapi ingatlah semua itu telah ditentukan oleh Allah. Allah lah yang telah menggerakkan hatinya untuk membuat keputusan itu. Anda hanya perlu bersangka baik dalam segala hal.

Begitulah serba-sedikit perkongsian saya di bulan Ramadhan ini. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, saya amat harapkan anda boleh kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook. Cuma klik butang biru Share di bahagian sebelah sudut kanan atas imej artikel ini.


Semoga perkongsian anda bersama rakan-rakan di Facebook turut mendapat balasan rahmat dari Allah SWT. Sharing kan is caring, tak gitu? 


*copy paste dari blog En Khairul...simple article but sgt berguna! Thanks En Khairul! (unfortunately sy lupa alamat blog die sebab sy copy n paste dlm word kat pc ni...terjumpa balik ni..huhu..rasanye blog die mcm yg die mention kat atas tu..KursusPerkahwinan.com)

hati rasa sejuk n tenang baca artikel mcm ni :)

 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!