Thursday, August 25, 2011

tears...




CRY YOUR HEART OUT WHEN YOU ARE SAD, LONELY,
ALONE, DEPRESSED, ETC…..

(-_-)


raya...

Raya dah nak dekat. Lagi 5 hari je nak raya. Sume org hepi n excited nak sambut raya. Tapi saya tak. Takde rasa excited langsung nak raya. Org akan ckp 'tak baik mcm tu..' Masalahnye org lain tu tak paham ape yang saya rasa n saya lalui. Ntah la. Pape pon makin nak dekat raya ni saya rasa makin sedih. Mmg mood nak raya tu dh kurang since mak dah takde. Since 3 Mei 2004 lepas mak meninggalkan ktorg sekeluarga, saya sgt2 takde mood utk raya... ;(

28 Feb 2010. Giliran Abah pulak meninggalkan kami sekeluarga. Ya Allah. Seolah2 tak percaya masa tu. Rasa mcm sekelip mata saya jadi anak yatim piatu. Abah meninggal depan mata. Terus terduduk n menangis. Rasa mcm luluh jantung ni. Ya Allah. Tak dapat saya gambarkan perasaan masa tu. Rasa mcm ade gunung menghempap diri ini. Saya bukan tak redha. Cuma kat sini nak meluahkan perasaan. Dah takde tempat luahan. Taktau nak luahkan pada sape. Tak semua org boleh paham kite. If ade yang paham pon dah takde skg. So kat sini je la saya boleh luahkan.

So point yang saya nak ckp kat sini adalah SAYA TAKDE RASA MOOD RAYA LANGSUNG! Sape yang ade mood nak raya bila dah takde Mak..Abah..Kampung Halaman yang boleh berkumpul pada malam raya. Ya Allah. Sayu n sedih sgt rasanye hati ni. Sabarlah wahai hati... ;(

Jeles tgk kwn2 lain yang mlm raya boleh kumpul ramai2 satu family. Masak rendang. Pasang pelita. Hias2 rumah. Spend time dgn family. Saya dah takde semua tu. Dah takde. If dulu mak selalu buat rendang ayam / daging ngan kuah kacang. Kuah kacang mak mmg favorite. Adik beradik mak pon kata kuah kacang mak mmg tiptop! Pastu mak abah selalu membebel suh kemas umah la, lap tingkap la, itu la, ini la. Masa tu rasa mcm mls nye nak buat! Buat tu buat. Tapi kadang2 mengelat gak. Normal la tu. Sekarang patutnye dah rasa lega sebab dah takyah kemas umah, lap tingkap, lap perabot dan lain2. Tapi lepas dorg dah takde rasa mcm better buat semua tu dlm keadaan yang sgt penat sekalipun. Asalkan dorg ade n rasa hepi tu ade. Raya tu rasa berteman n hepi je. Sekarang sume tu dah takde. Takkan sekali-kali saya dpt rasa balik sume tu. Sedih.

Adik beradik ade. Alhamdulillah dorg still ade. Tapi biasa la, masing2 ade family sendiri jugak. Balik rumah isteri / suami pulak. Kwn2 semua ckp if saya dah ade family sendiri mesti excitement tu datang balik. Mesti rasa hepi balik. Tapi nak cari bakal suami bukan macam nak cari baju raya. Ntah la. No comment.

Sekian.

Monday, August 15, 2011

tangisan dalam kerinduan

Dalam kerinduan ini
Ku menatap gambar wajahmu diruang kamar
Rintihan asmara kau dan aku
kini tinggal memori yang menghiris di kalbu

Duhai bayu
Sampaikan salam pada dirinya
Nyatakan betapa pilu perpisahan
Semua ku redhai

Dalam tangisan yang syahdu
Kau mendustai percintaan diriku
Setelah aku memberi segala galanya
Pengorbananku dikau persiakan

Oh mengapa tangisan dalam kerinduan ini
Menjadikan kehidupan ku tidak menentu
Keretakkan bak di hempas kaca oh mengapa

Ku masih merindui mu
Walau tidak dijodohkan
Suratan takdir telah menentukannya

Ku masih menyintaimu
Hingga keakhir hayatku
Biar ku simpan perasaan ini kasih
Izinku membawa diri
Oh bayu sampaikan salam perpisahan oh dariku...