Thursday, December 26, 2013

Merry Christmas!!


 Assalamualaikum

Christmas semalam jalan2 ngan hubby. Seharian sampai keletihan yang amat. Actually malam christmas lagi hubby dah tanya nak jalan ke mane malam ni? Pk punya pk tak jumpa jawapan. Sudahnye wifey n hubby dua2 tertido. Dok main2 game kat hp last2 hubby terlelap. Kite pon tido la. Sampai kul 4 pagi terjaga. Lapar. Kuar gi makan. Subuh baru balik. Hehehe. Sekali sekala wat keje gile ngan hubby. Safety rasa nak keluar pagi2 buta ngan suami ;)

Pagi ni hubby tanya lagi nak g mane. Last2 kite suggest ke Sunway Pyramid. Dah lama tak jalan lama2 camni ngan hubby. Kitorg kat sunway pyramid tu dari kul 12 tengahari sampai 6 petang tak silap. Balik tu g Klang jap. Pastu terus g Uptown Shah Alam. Sampai umah dalam kul 11 malam. Siap tertido dalam kete dah masa tu. Penat gilossss!

Ok, malas nak cite panjang, kite haplod saja pictures okayyyy.....






Die wat muka bile kite amik picture die curi2. Hikhikhik


 hubby saje wat gaya 'auwww' bile kite nak snap picture.. Cessss!
*hubby ngan jam barunye ;)





my new housing! yeayyy s3 dpt baju baruuuu

 juga jam baru! pinkish uolss... hubby pon beli tapi color n jenis lain la ;)


 fyi, hubby memang sangat rajin tlg bawakkan handbg kite. bile die tgk wife die cam malas nak bawak handbag, die pon mintak handbag tu n tlg bawak. and the best thing is die kata die takde rasa malu pon! beg wife sendiri pon kan. sampaikan bile kite sibuk nak beli beg baru, die kata, "elehh sayang beli beg nanti bukan sayang yang bawak..abang jugak yang bawak.." Hahahahaha... sempat lagi memerli!




"Wednesday is PINK Day" - Baskin Robbins.

*first time in my life lupa nak amik picture sendiri! HAHAHAHAHA!

Thanks for reading! ;)


Tuesday, December 17, 2013

Percutian Musim Sejuk Ke Korea Part 2


Assalamualaikum

Selepas lunch, kami gerak ke Nami Island. Aritu tak pakai Long John pon. Sebab terus gerak dari airport tak singgah hotel dulu. So sejuknye jangan cakap la. Dengan hujannye lagi. Tapi yang sejuk tak tahannye bukan tang badan. Tang tangan, kaki n muka. Tahan kan je la. Shawl pon tak bawak masa hubby. Hubby offer mafla Selangor die utk tutup muka. Tapi i takmo. Takde style. Huahuahua. Bukan la. Kite bole tahan lagi so malas nak pakai.



Ni dah ready nak naik boat gi Nami Island.






Ape jadahnye la ko amik pic banyak2 kat depan toilet ni ceq oiii... Haa nak tau pasai pa? Pasai laki ceq sakit perot! CB lak die kat Korea ni. Sikit2 nak ke toilet. Sikit2 nak ke toilet. Ni orang sume dok tunggu die nak naik boat. Nasib la si isteri setia menanti die pintu tandas. Hihihi. Sian hubby.




In the boat. Dalam 5 minit je nak sampai.

And here I am! NAMI ISLAND!! Never imagine in my life, I akan sampai ke sini. Syukur alhamdulillah. Allah is the best planner!




Jom tgk kecantikan Nami Island.





Stop sekejap untuk memanaskan badan. Banyak gak tempat heater mcm ni. Sgt helpfull! IF tak, mati beku kat sana.



Ni anak buah saya. Comel kan? Anak buah ke 10. Ni belah hubby. Anak kepada satu2nya  adik perempuan hubby. Geram je tengok si Iqbal ni ngan winter coat die. Hikhik. Winter coat Iqbal ni beli kat SACC Mall. RM80++ je satu set ngan seluar. Brg winter kat SACC memang murah. Kat Goin' Places level 1, belakang MPH Bookstore. 

Winter coat saya pon beli kat situ. RM199.00 je. Long John saya n hubby RM79.90.




Winter Sonata!

Pine trees ni memang sangat cantik. Lucy kata every year die akan tumbuh 4cm.



My fav pic!

Macam Sang-Hyuk ngan Yoo-Jin tak?

Terlebih posing






Semangat Malaysia dan Selangor tak dilupakan walaupun berada ni negara orang.




 Selfie sementara tunggu hubby kt toilet. Kan dah kata die CB.


Love u till Jannah hubby!






Sementara nak tunggu semua berkumpul, ktorg pon amik kesempatan tulis kata2 cinta kat sini.



Tak clear n sgt simple sbb dah takde tempat kosong n takde pen yg sesuai nk tulis kat kayu ni. 'LOVE TILL JANNAH, 9/12/13, SHUKMALA'



Pekena Hot Cocolate dulu before naik boat. Sedap! Harga satu cup 1,500 won / RM4.50


Jumpa lagi di episod yang akan datang!

Thanks for reading! ;)


Monday, December 16, 2013

Percutian Musim Sejuk Ke Korea Part 1


Assalamualaikum

Hello Hello! I'm back! Annyeonghaseyo. Means 'Hello' in Korea. Best nye. Last week saya dan family bercuti ke Korea. 6 hari 4 malam. Musim sejuk. Winter hokayyy.... Mane la mak tak excited oiiii...




Flite from Malaysia on 8th December 2013. The journey took almost 8 hours to reach Incheon International Airport, Korea sebab kitorg transit kat Ho Chi Minh City Airport, Vietnam. Bukan direct to Seoul.


Tak seat yang sebelah menyebelah ngan hubby but we managed to seat together. Tuka suka sama suka. Ngehngehngeh.









Dah sampai  Ho Chi Minh City Airport. Nak transit ke Korea lak. Tapi sampai2 je kat HCM ni first thing first yang hubby buat adalah cari smoking room. Nak melepaskan asap katanye. Sap kok lu! Huhuhu.














FYI, hubby memang smoking. Dulu bercita2 nak laki yang tak smoking langsung! Hambekkk. Tapi tetap bersyukur sebab die sangat hormat kite bile smoking. Kenapa?

1) Dah makin kurang smoking after kenal kite.

2) Tak pernah smoking kat rumah apatah lagi dalam bilik. Biasa lelaki suka smoking sambil uuk kan? But not my hubby :)

3) Bila smoking kat kedai die akan pilih tempat yang anginnya bertentangan ngan kite. Means angin yang tak membawa asap rokok ke arah ku.

4) Dalam kereta takkan smoking unless dah terlalu stress ngan trafic jammed or mengantuk.

5) Bila kite tutup hidung bagai nak rak time die smoking, terus die buang rokok die even die baru je smoking time tu.

Thats why I love him even he is a smoker ;)

*die pon takut bini die ni pengsan sebab kite ni memang cepat sesak nafas bila bau asap rokok. Kihkihkih.








Ok, ni Incheon International Airport, Korea. Dalam flite lagi dah pakai winter coat ni. Sebab nye tgk org2 Korea kat dlm flite sume terus sarung winter coat once the flight landing at the airport. Terasa gak kesejukan dan kekeringan tekak tu. Tapi jalan dalam beberapa minit ckp dalam hati, "Emm takde la sejuk mane pon." Berlagak.

Tapi keluar je dari pintu airport nak naik bas, terus rasa mak aiiiii... Sojuk bobonar!! Tak penah rasa sesejuk ni seumur hidup ku. Kalah Genting Highland n i-city Shah Alam punya rumah sejuk. Of course la kan.

Masuk bas dah kurang kesejukan tu. Sepanjang perjalanan dari airport tu hujan memanjang. Frust rasa. Mane snow? Sikit pon tak nampak snow. Dalam hati redha je la. Mungkin bukan rezeki saya nak tgk real snow depan mata. Sob sob.

First destination ktorg adalah Nami Island. Tempat shooting Winter Sonata. Excited okay!

Tapi dari airport nak ke sana makan masa 2,3 jam. So singgah g lunch dulu. Makan Korean Food. Not my taste. I tak suka makan korean or japanese food. Even tak penah try pon. Memang jenis tak suka try benda baru. Banyak kali kena bebel ngan encik suami. Siap sua kat mulut kite suh try. Last2 mengalah gak la try sikit. Try2 then 'erkkk...TAK SEDAPPPPP!!!!!'





Tengok la nasi diorang. Siap ade kurma bagai.



Macam2 lauk. Kite cuma makan nasi putih n lauk ikan bilis die. Dengan ikan goreng. Lain2 no way!



Muka hubby yang kelaparan. Wifey tetap maintain peace!



Yang pakai winter coat merah tu Lucy. Tourist guide from Korea. Ohh lupa nak bgtau. Kitorg pegi satu grup. Dari merata tempat. Ikut trip MIL punya travel agency. 


Lucy ni Korean. 23 tahun katanye. Katanye la. Nampak macam dah 30++. Ntah. Die pandai gak cakap melayu sikit2. So communication campur2 BM n BI. Kadang2 tergelak gak dengar bahasa melayu die. Penggunaan bahasa yang tak betul. 

Contoh die nak kata, "Nami Island was very nice."

Die translate, "Nami Island sangat enak."

Eh eh bole makan ke? Hehehe.. Tu direct translation namanye.



Hubby dah mula menjeling. Eh eh bini aku ni. Pantang nampak camera! Hikhik. Lupa nak habaq. Abang yang duduk sebelah hubby tu namanye Iqbal. Die abang kandung Ikram Dinzly ok. Nama die Iqbal Dinzly. Tanya die ape maksud Dinzly? Katanye gabungan nama parents diorang. DIN ayah. LY mak. Tapi tambah 'z' kat tengah so takde la weird sangat.

Abang Iqbal ni datang ngan bini die. Kak Jida kot namanye. Dua2 husband n wife ni sangat baik n friendly. Tak sombong langsung. Padahal nampak loaded. Asal menyinggah je mesti nak shopping. Banyak duit. Dorg dah 7 tahun kawin. Tapi belum ade rezeki dapat anak. Kite doakan dorg ye. Moga2 cpt2 dapat baby. Aminnn.


Couple kat belakang tu la Abg Iqbal n wife die. Cantik kan wife die? Kulit die mulus! Abg Iqbal lak memang ade iras Ikram Dinzly. 



Ni view luar kedai makan.  

Rasanye sampai sini dulu kot. Stress sebab nak upload picture payah bebenor! Taktau la ape masalah PC ni. Dalam 3, 4 bulan kebelakangan ni susah nak upload picture. That's why malas nak update blog. Ok jumpa lagi!


Thanks for reading! ;)