Wednesday, March 30, 2011

misiku sudah bermula

24 Mac 2011


Misi ku sudah bermula. Kuikuikui.







Kelmarin (22 Mac 2011), balik keje je terus kiter pegi cari benda2 alah di atas. Cari kat Seksyen 18 yang selalu kiter beli barang2 untuk mengait crochet dulu. Beli 3 jenis manik kecik, 1 manik besar, jarum, benang n bekas manik tu, total price RM21.30. Ok la untuk permulaan misi. Hehe.

Then malam tu jugak kiter jahit. Pas maghrib terus ngadap TV & bawak barang2 yang kite beli tadi then terus mulakan kelas menjahit manik. Hikhikhik.

baju yg menjadi pilihanku


WIP ;)


almost done!! ;)



ohhh inikah dugaan??!!

Tgh kusyuk2 menjahit tetiba manikku berterabur! Terkaku seketika. Takpe2 kuatkan semangat!  Don't give up k?? Chaiyokkk2!! (^_^)



28 Mac 2011


Alhamdulillah.. Done!! ;) Tp tak sempat nak wat bahagian leher..hehehe








Ok. Tu je la. Tak bape kemas pun. Sbb sy budak baru belajar! Hehehe.

Tuesday, March 22, 2011

manik ohhh manikkkk!

Hallluuuu! Lama dah tak update blog. Bz sikit. Sikit je la. Emm arini sy dh ade hobi baru (^_*) Jahit manik!!! Tgk picture ni. Cantik kan?? 






Cantiks kan?? Ni amik dari blog orang lain. Kak Ruby (http://manikmanikruby.blogspot.com). Mcm kenal je gayanye. Padahal tak! Haha. Jahitan manik die bole tahan. Seriously cantik design kat atas ni. Saya cari design jahit manik ni sebab nak mintak kakak kat opis ni tolong jahit. Die amik tempahan jahit manik. Cantik n harga pon not bad. So saya dah bagi baju kosong. Plain gile. Takde corak langsung. Mmg niat nak baju kosong n anta jahit manik je. Baju kiter color pink. Nak manik berterabur macam kat atas ni. Then terus terpikir bagus jugak belajar jahit manik ni. Sbb byk gunanya. Bukan utk amik tempahan (tak mahir lagi kan..tak layak..hehe). Tapi untuk diri sendiri la. Sbb manik ni bukan je leh jahit kat baju.Tapi gak kat tudung. Mcm kat bawah ni.







Tu la antara contoh2nya. Amik dari blog http://ilhambeads.blogspot.com/2010/08/tudung-glam.html 
Corak jahit manik kat tudung design Wana ni pon ok. Bole pakai utk majlis2 tertentu. Dinner ke, tunang ke, kahwin ke. If dah pandai jahit leh la design sendiri n jahit sendiri. Pastu mane la tau time tunang nanti ke kan. Teringin nak design mcm ni, mcm ni. Leh jahit sendiri. Lagi puas ati. Wahhh tinggi angan2 ku!

So thats why kiter nak belajar jahit manik ni. Buat sikit2 la. Beli manik sikit2 n try kat baju sendiri. Nak pegi kelas mcm malas je. Try la jahit n buat sendiri. Huhu.

Sebelum ni kiter belajar buat Cross Stitch. Belajar dari arwah mak. Arwah mmg rajin gile wat cross stitch. Suri rumah sepenuh masa kan. So mmg byk la cross stitch yang die wat. Cantik2 lak tu. Takde lak picture cross stitch yang die wat. If ade nanti kiter attach. Kite pon minat la dari situ. So try buat gak. Alhamdulillah menjadi. Kat bawah ni salah satu contoh yang kite buat ;)

 


apasal senget ni??

Haa tu la hasil kerja tangan saya yang tak seberapa. Buat ni masa Form 5. Thn 2002. Dah 9 tahun kiter simpan benda alah ni. Sayang. Huhu.

Selain dari cross stitch, kiter pon buat crochet. Tapi baru beginner la. Tau buat yang basic je. Baru berjaya buat 1 je. Bentuk Love. Huhu.

kiter punye yang color merah...purple tu my fren buat..die yang ajar nak wat benda alah ni.. ;)



taraaa.....my first LOVE..hehehe

Tu je la yang kiter buat setakat ni. Sekarang nak try berjinak2 ngan Jahit manik lak. Hehehe. ;)



Monday, March 14, 2011

teka???

FYI > ini TANDOORI!!

Ini TANDOORI ok..??? Sgt legam! Tak selera nak makan! Kat mane?? Kat Subang Jaya. Kedai ape?? C**** (isi tempat kosong). Full stop!

Thursday, March 10, 2011

lambat...!!!!! :(

Hye.... Pagi2 saya sudah update blog. Sbb tak puas ati. Arini saya lambat masuk opis...!!! Hukhukhuk. Minta maaf bos!!! :( Sian saya. Sbb ape? Bgn lambat? Ohhh tidak. Jalan jem? Pun bukan. Kete wat hal? Juga tidak. Abis tu nape? Nak tau nape?? Haa sbb 'die' ni haaaaa.........Tadaaaaaaaa.....


si bulat ni haa...mama tak sampai ati tgk kamu kelaparan... sian kamu......


Haaa... Sbb die ni la saya lambat. Lambat 8 minit ok? Punch card ku merah. Mencacatkan penglihatanku. Elok je sume hitam, tetiba arini merah. Sabo je la. Tapi bukan salah si bulat. Mama tak marah kamu. Jgn risau ye cyg ;)

Gini citenye. Arini saya siap awal. Kul 7.35pagi dah kuar umah. Pasar n umah dalam 5 minit je. Then kul 7.40pagi dah sampai pasar. Saya pun singgah la, sbb teringin lak nak makan Nasi Lemak Pak Ayob kat Pasar Seksyen 6. Tgh tgu order tu, ternampak la kucing comel kat situ. Gemuk. Sihat. Comel gile! Main2 ngn die sambil tgu nasi siap. Tgk die dok sibuk cari makanan. Siannye la haiii... Dlm kete ade makanan kucing. Tapi kete jauh la pulak. Nak blah ni tgk kucing tu datang kat kiter slow n cium2 kasut kite. Aduiii makcik lemah la mcm ni! Takpela, buat2 keras ati. Pas bayar terus blah g ke kete. Tgh jalan tu sempat lagi pusing belakang tgk die. Die jalan ke 1 tempat ni n duduk diam kat situ. Sian die..... Then kte pon jalan ke kete. Dah nak sampai kete ni, rasa tak sampai ati tu makin menebal. So lantak la! Patah balik kat kucing tu n amik die bawak kereta. Masa dukung die tu die diam je. Redha je. Adoiii bulat. Apasal la ko ni baik sgt. Kalau bole bela dh lama la kiter bela. Aduiii sabo je la. Then amik la makanan dlm kete. Mula2 die excited nak makan. Kite bagi Friskies yang keras tu.




Die makan tak reti makan. Yela, kecik lagi kan. Kite pun amik pulak Whiskas  dalam kete. Utk baby cat. Lembut. 




Haaa... Yang ni baru die semangat n selera nak makan. Sonoknye la tgk die makan. Tak sampai hati nak tinggalkan die. Ehhh tapi dah pukul 7.50pagi. Gile?? Lambat kang! Ok, bye2 bulat ku ku cyg. Take care k? Sampah Whiskas tu terpaksa la bawak dulu. Tong sampah jauh. Taruk la dalam kete dulu. Bau die mak aiiiii....Semerbak satu kete! Uishhh tak tahan. Dah ikat dalam plastic bag pun still kuat baunye. Ermm redha je la. Mau balik kang kiter terus p cuci kete ni. Huhu. Ok, tu je cite utk pagi ni. Have a nice Friday all...!!! (^_^)


"Sesungguhnya memberi makan kucing yang lapar itu akan membuka pintu rezeki kita yang tersekat di mana2... Kucing itu akan mendoakan kita dimurahkan rezeki..." - Amik dari status kawan kat FB mlm smlm.. :)

*The Teapot Deli*


Semalam after opis hour je terus g makan kat The Teapot Deli, SACC Mall. Suggested by one of my officemate. Die tau saya suka n sgt gila dgn Lasagna. So die suh try kat situ. Then dh try, serius sedap! Bole layan. Sib bek rasa die tak sama mcm kat mane tah saya makan kat Bukit Jelutong aritu. Big Plate! Yes, Big Plate. Org kata sedap. Tp saya dh try. Ermmm for me, rasa die kurang la. Tak abis. Kat The Teapot Deli ni serius sedap. 


ohhh sungguh sedap!!




Beef Lasagna + Basket of Garlic Bread Toast

as usual...licin!

Then arini lunch kat Ani Sup Utara, Seksyen 2, Shah Alam. Makan Set Sup Daging & Barli Ais. Kuat makan nye saya!!!!!



Wednesday, March 9, 2011

*makan*

Arini tak sempat lagi nak update blog. Bz. Byk meeting arini. Aiiii takkan hari2 nak update blog kot? Sementara tgh rajin n ada masa bole la. Huhu. Arini byk mkn la. Pg tadi makan nasi lemak makcik (nasi lemak pakcik tak sampai lagi). Kul 9 camtu la. Then 9.30 ade meeting. Abis meeting dlm kul 11.30 pagi. Taknak makan cz kenyang lagi. Tp urusetia ajak makan jugak. So tak sampai ati la. Cz kite penah organize meeting gak. Bila org tak makan kita rasa sayang n membazir. So makan la sikit setakat isi perut. Makan nasi lauk ayam kurma. Kul 11.45 terus shoot p meeting lain. Start meetng lewat sikit. Then pom pang pom pang, meeting abis kul 1.10 ptg mcm tu la. Makan lagi. Of course! Ingat nak amik sikit je. Tapi tgk lauk, alamakkk terliuq beb! Lauk ikan masak sambal. Pergghhh. Favourite! 



Tgh makan ni rasa tak cukup ikan sekor. So dgn selambanye p tambah lagi sekor ikan. Licin! Serius sedap. Macam lauk kat umah. Cukup! 

Ermmm semalam pon saya sempat makan Lasagna yang ku idam-idamkan tu. Hikhikhik. Balik keje terus g Subang Parade ngn member. Terus ke Dave's Deli. Tak pandang kiri kanan ok?? Makan2 then terus balik. Bukti?? Haaa tgk pictures kat bawah ni.









Caya tak?? Thanks to my fren yg teman mkn. Love u! XOXO! Hikhikhik (^_^) Emmm kuat makan la saya skg ni. Nape tah. Nak kata hepi mcm tak. Bole?? Haha. Serius. Kelmarin dapat berita yang menyedihkan. Tak lulus interview. Cet! Then nak kata something good happen or dpt good news pun tak. Agaknya strategi dah berubah kot. Sebelum ni, bila susah hati or tension je mesti takde selera. Letak la ape pon depan mata, jgn harap la nak makan. Skg ni lain lak. Sendiri p cari makanan. Huhu. Elok la tu. Alhamdulillah. Sihat sikit. InsyaAllah :)

Tuesday, March 8, 2011

Dave's Deli....!!!!!

ohhhh TIDAKKKKKK!!!! Kenapa?? Kenapa??? Kenapa??? Sedihnya...!!!

Kenapa wujud gambar di bawah ni....???? Kenapa saya terjumpa gambar kat bawah ni...????? Ohhhh tidakkkk.... Sekarang saya mengidam ok..??? Sape mau jawab..?????? :(


ohhh lasagna kegemaranku....... ;(

Lasagna ni sgt sedap ok..?? Dulu everyweek saya makan ini lasagna bersama rakan2 seperjuangan di UPEN. Every friday kami makan kat Dave's Deli, Subang Parade. Dan ini menu ku yang wajib. Now masing2 dah bz n saya dah lupakan kewujudan lasagna ini. Tetiba arini saya terjumpa picture ni dalam PC. Cehhh!! Tu la, sape suh gatal2 amik picture. Hampagas tollll!!!

Tak kira. Nak pegi jugak malam ni! Takde org teman pun takpe. Take away je pun jadila. Janji dapat!



Nasihat seorang ibu terhadap anaknya....

Muhasabah Diri


"Inilah laluan cinta anakku. Memang indah menjadi isteri yang dicintai suami. Inilah yang menjadi impian para isteri. Tetapi indah bukan menjanjikan ketenangan, kebahagiaan apatah lagi keselamatan yang kekal, anakku. Kerana itulah ibu berani berkata bahawa jika cinta suami gagal engkau perolehi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di dunia ini. Apatah lagi, kebahagiaan yang kita buru adalah kebahagiaan yang kekal di Akhirat nanti. Memanglah hebat, jika suami isteri saling cinta menyintai kerana Allah SWT. Tetapi apabila berlaku tidak seperti apa yang kita mahu, pasti ada sesuatu hikmah disebaliknya."

"Anakku, bila engkau memandang segalanya dari Allah SWT, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu...pasti akan damailah hatimu. Kerana, masakan Allah SWT sengaja mentakdirkan sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah SWT tidak tahu penderitaanmu, pecahnya hatimu..., tapi mungkin itulah yang Dia mahu. Kerana Dia tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya."

"Anakku, mungkin benar, perkahwinan ini memang bukan atas pilihanmu sendiri, tapi bila ia telah berlaku, hakikatnya itulah pilihan yang Allah SWT mahu untukmu. Ibu ayah mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia. Tapi, terlalu banyak perkara berlaku di luar jangkaan kita... Cuma yang mahu ibu ingatkan engkau, perkahwinan atau suami bukanlah matlamat akhir hidup kita. Ia hanyalah alat untuk kita merebut keampunan dan keredhaan Ilahi."

"Anakku, sesuatu yang kita tidak mahu cintai, kadang-kadang begitu dicintai oleh hati. Sebaliknya kadang-kadang kita terlalu ingin dan mahu cintakan sesuatu, tapi hati menolak. Hal ini adalah takdir yang kita sendiri pun tidak boleh mengawal dan menentukannya, walau siapapun kita. Tapi ia bukan sesuatu yang perlu engkau kesalkan anakku.. Sedangkan sikap kita yang tidak mencintai Allah SWT pun sering kita berikan maaf, walaupun ia satu kesalahan yang lebih besar, mengapa pula sikap suami ini begitu payah untuk kita terima? Inilah kita, anakku. Terlalu mudah sakit bila hak kita terabai, sedangkan bila hak Allah SWT terbiar, hati kita tidak tersentuh langsung."

"Anakku, Allah SWT sayang padamu. Dia mahu engkau juga sayang dan cinta padaNya. Kerana itulah diberiNya kesusahan pada perasaanmu. Dia mahu engkau berpaling dari cinta sementara yang amat engkau buru itu kepada cinta mutlak yang maha agung lagi indah. Maka, janganlah engkau sia-siakan peluang ini dengan sungutan dan rasa tidak redhamu..."

"Anakku, jika dalam pada engkau tahu suamimu tidak mencintaimu tetapi engkau masih mampu memberikan khidmat terbaik padanya dan mendoakannya, maka itulah bererti bahawa engkau memang bersungguh-sungguh untuk memburu cinta Ilahi. Jika tidak, deritamu itu hanyalah derita yang lahir dari nafsu tercabar. Ia tidak bererti dan tidak layak untuk mendapat simpati, anakku..."

"Anakku, suamimu itu walau dipegang sekuat-kuatnya atau dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak akan kekal, hidupnya ada batasan dan akhirnya dia akan pergi meninggalkanmu. Suatu masa nanti engkau akan tetap kehilangannya. Kerana itu, selagi terbuka peluang untuk engkau merebut pahala sabar, redha dan syukur ini, rebutlah anakku. Dan jika sakitnya terlalu menusuk, bagaikan menghiris hatimu, datanglah pada Allah. Dialah tempat untuk mengadu dan merayu. Katakan, bukan engkau tidak redha, tapi engkau adalah hambaNya yang terlalu lemah. Mohonlah pimpinan dan kekuatan dariNya... Jika Dia belum mahu mengangkat derita itu, maka mintalah derita itu menjadi sebab untuk engkau terus berada dalam perhatian dan kasih sayangNya."

"Anakku, ingatlah juga bahawa mungkin ini juga satu hukuman untukmu. Hukuman pada dosa-dosa yang tidak bersungguh-sungguh kita memohon keampunan daripadaNya. Dengan datangnya ujian ini, moga kita akan sedar dan insaf. Sedar yang kita hanyalah hamba yang layak dihukum olehNya. Supaya kita datang kepadaNya, merayu-rayu meminta ampun pada kesalahan kita selama ini dan meminta ketenangan abadi yang hanya Allah SWT sahaja boleh memberikannya."

"Anakku, teruskanlah mendoakan suamimu juga untuk dirimu sendiri. Engkau sedang melintasi satu jambatan yang pendek tapi sulit, untuk pergi ke satu mahligai yang kekal abadi dan bahagia yang hakiki. Berbaktilah sesungguh hati padanya, yang telah Allah SWT takdirkan sebagai suamimu. Dan hasilnya jangan kau tuntut darinya anakku, tapi nantikanlah ia di Akhirat yang kekal abadi..."

Monday, March 7, 2011

ohh tandoori ku.....


Tajuk hari ini adalah Tandoori. Why? Sbb saya sgt suka makan ayam tandoori n roti nan. Perghhhh...terangkat beb! Alamak...ni yang rasa nak lunch tandoori ni!! Ermmm waktu lunch ade ke tandoori?? Ehh bkn semalam baru makan tandoori ke?? Bkn sekali ok?? Tapi 2 kali. Ok fine! Asal selera tandoori je ni? Ermmm....

Semalam after office hour, member opis ajak makan tandoori. Ingat nak balik umah je n tido (hobi saya tido) Then bile die sebut tandoori terus terliuq! Jomla! Kejap je pun kan?? Ok. So kami singgah makan tandoori di Syed Seksyen 9, Shah Alam la of course kan. Jalan kaki je dari opis. Kitorg pun order la. Masing2 amik ayam tandoori. Tambahan utk saya adalah roti nan biasa. Member amik nan cheese. I suka yang original shj. Biasa cukup.


terliuq tak kawan2???saya nak lunch tandoori!!!

Itulah tandoori ku...ohhh sungguh sedap....2 minit after that ape jadi???


licin ok???


OMG!!! 2 minit je dah licin?? Ni lahap ke ape?? Ishh tak baik menipu. Takde la 2 minit. Tapi abis dulu la sebelum member ku abis makan. FYI, saya tak penah makan nan sebesar tu sorang2 k?? Selalu kongsi ngan arwah abah or sape2 la yang makan sama2. Ni 1st time ok abis dengan licinnye. Serius lapar. Errmm tapi lunch tadi dah makan nasi ayam kat Seksyen 2. Pagi lak bekpes nasi lemak pakcik (glamour kat opis ni) Ishhh..awat banyak noo makan ni. Takpe. Janji hati senang. Thanks to my ofismate yang belanja saya makan ye?? Senang hati saya yang pada mulanya susah ni. Ahakss!

Ok. Pas makan balik rumah. Then dlm kul 9 malam kepala ni dok teringat tandoori kat Hakim Seksyen 7 pulak. Lagi sedap dr yang kitorg makan tadi. Ishhh nafsu je tu. Biar la. Ingat nak tido dah ni. Ngantuk bangat. Tapi otak dok teringat je tandoori tu. Tak bole jadi ni. Kena makan jugak ni. Sat g dari terjaga tengah2 malam n cari tandoori kang lagi la naya. Pastu ajak la member p makan tandoori. Kat tempat tadi je. Malas nak p Seksyen 7. Crowded. Syed pun Syed la. Janji dapat. So the conclusion is, saya makan tandoori 2 kali dalam masa beberapa jam ok?? Then sekarang ni pun terasa nak mkn lagi. Dahsyat....

jalan2 di Midvalley Megamall

Taktau nak post ape. Just nak cite je ape kite buat last weekend. 5 & 6 Mac 2011. Takde buat ape sgt pun. Just pegi umah my sis at Taman Desa. Sabtu tengahari baru gerak ke sana. Then ptg tu my sis ajak g Midvalley. Yela, umah die ngan mid just dlm 5 minit je. Dkt kan?? Huhuhu. Tp yg lecehnye nak cari parking la. Tp alhamdulillah senang je nak dpt parking. Tu pon akak bagi tips. Tips?? Cari parking pon ade tips?? Hahaha. Tips ni bole pakai kat Mid je la. Akak kata pegi kat parking C. Parking tu dalam sikit. Org tak fokus kat situ. Bayangkan hari sabtu yang crowded tu, terus dpt parking kat area C tu. Alhamdulillah :)

Sy pegi Mid bertiga je. Ngan kakak n anak die yang baru berusia 1 thn 3 bulan. Bwh ni picture anak buahku yang cumillssss!!



oopsss...seksis!! Ini la Arissa Marissa anak buah maksu yg comel... ;)
 
seronoknye la die...'dunia ini aku yang punya...hahaha (gelak jahat)'


Ok. Aktiviti kat sana adalah mula2 kitorg pegi PC Fair 2011. Taktau pon ade PC Fair. Tp dah alang2 so masuk la tgk2 n survey2. Mak aiiii ramainya org. Pening rasanye. So jalan2 kejap then kuar. Tak tahan ramai sgt org! Kat situ just beli thumbdrive je. 4GB, RM22. Malas nak beli size besar sgt. Cz ni akan digunakan utk urusan kerja sahaja. 
 


RM22 je...


Pastu jalan2 kat CHARLES & KEITH my fav brand!! Ingat nak tengok2 je. Tup2 terberkenan la pulak kat 1 purse ni. Adushhh. Price RM95.90. Alamak. Takpe. Ignore it! Tak penting pon. Purse saya elok lagi. Jimat k? So taruk balik purse tu. Jalan2 tgk beg2 lain. Aduiii hati ni tak tenteram la. Pegi amik balik purse tu. Tunjuk kat kakak. Die kata cantik. Ok fine! Pk punye pk, alaaa...takpela. Bukan selalu pun beli kan. Last beli purse, thn lps. Lama dah tu. Setahun. Okla, amik la. Takpe. Cantik. Simple but nice! ;)



see...cantikkan?? RM95.90. Okla. Berbaloi. Tp tak clear sgt. Biasa la, amik pic ni ngan hp cikai..huhuhu


Lama (black) Vs Baru (off white) ;p


Dah alang2 amik pic, kiter pun satukan la barang2 CHARLES & KEITH milikku dan my sis.





Barang2 ni buat hantaran pun ok gak. Tak mahal sgt but nampak exclusive. Akan ku pikirkan utk hantaran ku nanti. InsyaAllah :)

Lepas tu, kitorg jalan2 ke kedai music kat tingkat 3. Deret cinema. Cari CD lagu 98 Degrees. 98 Degrees The Collection. Lagu die best2. Tp tak jumpa2 pun CD nye. Masa matriks dulu ade beli kaset ni. Tapi kaset ok? Time tu glamour kaset je. Tak kenal la CD ni. Haha. Tahun 2003/2004 time tu. Tp takde jgk! Sedih! ;(




Takpela, takde rezeki. Si tukang kedai ni pasang CD ape tah. Best2 gak lagu die. Lagu Taylor Swift ade. Boys Like Girls ade. Lady Gaga ade. Dah alang2 CD yang saya nak takde, saya pon tanya org kedai, "Excuse me. Ini CD yang u pasang CD ape ye?" Die pun bawak CD tu n tunjuk kat saya. CD 'Addited To Acoustic'. Ni CD compilation lagu2 best yang di'acoustic'kan dan dinyanyikan oleh Princess. Oooo...No wonder la lagu2 ni sume penah dgr. Tp versi lain sikit. Best jugak. So try la beli. Dah pasang dlm kete, mmg best! Tak rugi. :)



Addited to Acoustic-RM59.90

Lepas dapat purse, thumbdrive n CD ni nak balik la. Kang makin merepek2 lak kite ni. Jom la balikkk..Jom!! 

Tapi esoknya tu, g Mid lagi. Nak muntah dah ngadap Mid. Huhu. Takpela, kakak n anak buah punya pasal, ku turutkan jua. Tp kali ni tak beli ape. Alhamdulillah, jimat! :)

Sunday, March 6, 2011

Jika engkau memandang segalanya dari ALLAH.......



Jika engkau memandang segalanya dari ALLAH, 
Yang menciptakan segalanya, 
Yang menimpakan ujian, 
Yang menjadikan sakitnya hatimu, 
Yang membuatkan keinginanmu terhalang, 
Serta menyusahkan-nyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu....

Kerana masakan ALLAH sengaja menciptakan segalanya utk suatu yang sia-sia...
Bukannya ALLAH tidak tahu akan deritanya hatimu...
Pecahnya hatimu...
Tapi itulah yang Dia mahu...
Mungkin utk menguji sedalam mana cinta dan pengorbananmu untuk-Nya...
Juga kerana Dia tahu, 
Hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah akrab dengan-Nya.... 


Thursday, March 3, 2011

Perpisahan ini....

kite ade lagu fav yg baru....tajuk : perpisahan ini....penyanyi : Aizat Amdan n 1st Edition (kot..??)...sejak 2 menjak ni asyik dgr lagu ni kt radio...dgr kat Hot FM...ptg kot time tu...otw nk balik umah dr opis....mula2 ingt lagu nasyid...pelik gak Hot FM mainkan lagu nasyid ptg2 gini....time tu pun dgr lagu ni dah separuh lagu dh....dlm hati kata 'emmm bole tahan lagu ni....muzik die best....'

then esoknye pun dgr lagi lagu ni...kali ni dgr full...n siap tau aizat yg nyanyi lagu ni....so dh dgr full ni kiter pun hayatilah lirik die....perrghhh...sayu beb...tersentuh hati ini mendengarkannya...cewahhh...tp siyes...mmg tersentuh n sayu, syahdu, pilu....sume perasaan tu ade....nape rasa mcm tu...??biarlah rahsia...biarlah hanya diri ini yg mengetahuinya...

ok...so arini sy download lagu ni guna my phone....alhamdulillah dpt download...sy pun ape lg...cpt2 la transfer then dgr lagu ni dr pg smp la ke ptg....sepanjang hari ni (3 Mac 2011) sy dok dgr lagu ni je.....pasang kt PC ni haa....smp ade sorg kwn ni kata...."ehh mala pon frust jugak ke dok dgr lagu ni..??" erkkkk??no komen!!ok la...cukup la cte panjang2...sila2 la hayati liriknye ye....n rajin2 la mendengar lagu ni....mmg akan memberi kesan yang cukup mendalam buat mereka yang kehilangan insan tersayang.........




Perpisahan ini.....




Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

 songs by Aizat Amdan

~Cinta dan Perkahwinan~


kisah yg menyentuh hati dan perasaan...kiter dh lama baca kisah ni...1st time baca mmg tersentap...dan berfikir panjang...baru2 ni dok teringat kisah ni...tu pon lps meluahkan perasaan (perasaan n pendapat la...) kt my bestfren a.k.a Nurdhiya Iylia (kite panggil die 'D') ....die pulak panggil kiter 'mal'...special kan..??org special je panggil kiter 'mal'... ;) mcm ni dialog nye...ala2 la ye...takde la exactly sama...but more or less mcm ni la dialog nye...:

D      : mal....awk ingat tak kisah ranting tu??
Mal  : kisah ranting??yg mane ek??
D      : kata, "alaa...yang bdk tu pegi hutan nk cari ranting terbaik...die memilih sgt smp die tak dpt satu ranting pon.."
Mal  : ooooooooooooooo (ehh panjang ooo nye) kiter ingt...kiter ingt... *terdiam sebentar*
D      : mal...???mal...r u ok??nape tetiba diam...??? (dialog ni tambah je ye...kihkihkih...)

emm tu la..terdiam sbb teringt cte tu....then hati ni tak sabar2 la nk baca blk cite tu...tgk2 dlm email ssh la pulak nk cari...yela...bertahun2 yg lps kot org email cte tu kt sy....so try search kt internet....then dapat!!! alhamdulillah....dpt pun baca cte ni.....baru cari arini sbnrya kisah ni....then trus post kt ni....buat tatapan semua....hayatilah kisah ni dgn mendalam ye.....

terimalah kisah 'CINTA DAN PERKAHWINAN'..... (^_^)






Suatu ketika plato terlibat pembicaraan dengan gurunya...

Plato mempertanyakan MAKNA CINTA dan gurunya pun menjawab:

"masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun...

Gurunya bertanya, maka jawab Plato: "Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yg bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yg sudah saya tinggalkan tadi lah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa." 

Guru itu pun berkata: "ITULAH CINTA"

Lalu Plato pun bertanya apa MAKNA PERKAHWINAN. Guru pun menjawab:

"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan & keluarlah Plato dengan membawa pohon yg tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah. 

Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato: "Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya...tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan...akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin bisa merawatnya & menjadikannya indah."

Lalu sang guru berkata: "ITULAH MAKNA PERKAHWINAN" 

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon berserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih...tidak satu pun akan kita dapati, karena kesempatan itu hanya sekali & kita harus terus maju seperti waktu yg bergulir ke depan yg tidak pernah tersimpan pada hari semalam & bersemayam pada masa lalu kita....