jgn terlalu mencari kesempurnaan....


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu....
Dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu...
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya....
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
Cukuplah sekadar KEPERLUAN mu...
Kerana apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa....
Kerana apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya....
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu....Mengenyangkan... Berkhasiat....
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain....
Terlalu ingin mengejar kelazatan....
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya....
Kamu akan MENYESAL...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
Yang pasti MENYAYANGIMU....MENGASIHIMU.....
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain....
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN....
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain....
Kamu juga yang akan MENYESAL....
 

*maka hargailah seseorang dengan sebaiknya...ingatlah bahawa kita akan merasai kehilangan seseorang setelah ia tiada di pandangan mata....peluang datang hanya sekali...jgn terlalu mencari kesempurnaan...dan ingatlah juga bahawa  tiada manusia yang sempurna di dunia ini...mungkin ada kekurangan yg kita nampak pd seseorang...tp boleh jadi kekurangan itu tak dpt diatasi oleh kebaikan yg telah ditaburkan dan diberikan....bukalah hati kita utk belajar menerima kekurangan seseorang....dan belajarlah utk menghargai seseorang yang menyayangi kita.....* 

- pendapat ini lahir dari hati saya yang tulus ikhlas...cewahhh!!  (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2