Thursday, September 27, 2012

smile



In life, sometimes all you can do is SMILE and move on with your day, hold back your tears, and pretend that you’re okay...

(^_^)

 

Doaku...



Assalamulaikum

ya Allah, jika benar dia jodoh ku.. kau satukanlah kami.. jika benar dia milikku, kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam.. jika benar dia yang terbaik buatku.. kau peliharalah perasaan cinta antara kami.. agar kami saling mengasihi.. agar kami saling menghormati..

jangan ya Allah.. kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak sanggup kami terima... sungguh ya Allah, aku lemah dalam mengharungi segala ujian yang engkau turunkan.. benar ya Allah, aku sangat mencintai dirinya dan keluarganya..


Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama.. dan dia bukanlah yang terbaik untukku ya Allah.. kau tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya.. Kau jauhkanlah hati-hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang.. kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu ya Allah..


Jangan Ya Allah.. jangan kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam.. Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami... Engkau berhak ya Allah.. untuk menjauhkan hati-hati kami kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat kami...


Aku mohon ya Allah, cekalkan hati ini.. lindungilah dia jauh disana.. pertemukanlah dia dengan insan yang lebih baik dari sebelumnya.. Agar dia terpelihara, agar dia bahagia....


Jika dia tidak lagi jodohku dan bukan milikku.. kau pertemukanlah aku dengan insan yang boleh membahagiakanku......



Wednesday, September 26, 2012

Warkah Seorang Ibu Buat Anak


Assalamualaikum




Warkah seorang ibu buat anaknya yg mempunyai masalah rumahtangga dgn suaminya...

Inilah laluan CINTA

Anak ku,
Memang indah menjadi isteri yang dicintai suami.
Inilah yang menjadi impian para isteri. Tetapi indah
bukan menjanjikan tenang, bahagia apatah lagi
keselamatan yang kekal, anak ku. Kerana itulah ibu
berani berkata bahawa jika cinta suami gagal kau
perolehi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di
dunia ini. Apatah lagi, kebahagiaan yang kita burui
adalah kebahagiaan yang kekal di Akhirat nanti.
Memanglah hebat, jika suami isteri saling cinta
menyintai. Tetapi apabila berlaku tidak seperti apa
yang kita mahu, pasti ada sesuatu yang ingin diberikan
oleh Allah kepada mu...

Anak ku,
Bila engkau memandang segalanya dari Allah, yang
mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang
menjadikan sebab sakitnya hati mu, yang membuatkan
keinginan mu terhalang, serta menyusah-nyusahkan hidup
mu...pasti akan damailah hati mu. Kerana, masakan
Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu
yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup
mu, pecahnya hati mu...tapi mungkin itulah yang Dia
mahu. Kerana Dia tahu, hati yang sebeginilah selalunya
lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan
Nya.

Anak ku,
Mungkin benar, perkahwinan ini memang bukan atas
pilihanmu sendiri, tapi bila ia telah berlaku,
hakikatnya itulah pilihan yang Allah mahu untuk mu.
Ibu ayah mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia.
Tapi, terlalu banyak perkara berlaku diluar jangkaan
kita sendiri...cuma yang mahu ibu ingatkan anak ku,
perkahwinan atau suami bukanlah matlamat akhir hidup
kita. Ia hanyalah alat untuk kita merebut keampunan
dan keredhaan Illahi...

Anak ku,
Sesuatu yang kita tidak mahu cintai kadang-kadang
begitu dicintai oleh hati. Sebaliknya kadang-kadang
kita terlalu ingin dan mahu cintakan sesuatu, tapi
hati menolak. Hal ini adalah takdir yang kita sendiri
pun tidak boleh mengawal dan menentukannya, walau
siapa pun kita. Tapi ia bukan sesuatu yang perlu
engkau kesalkan anak ku..sedangkan sikap kita yang
tidak mencintai Allah pun sering kita berikan maaf,
walau ia satu kesalahan yang lebih besar, mengapa pula
sikap suami ini begitu payah untuk kita terima? 
Inilah kita anak ku. Terlalu mudah sakit bila hak
kita terabai, sedangkan bila hak Allah terbiar, hati
tidak tersentuh langsung...

Anak ku,
Allah sayang pada mu. Dia mahu engkau juga sayang dan
cinta padaNya. Kerana itulah diberiNya kesusahan pada
perasaan mu. Dia mahu engkau berpaling dari cinta
sementara yang amat engkau burui itu...kepada cinta
mutlak yang Maha Agung lagi indah. Tidakkah engkau
rasa hati mu sekarang lebih lunak untuk mengingati
Allah, jika dibandingkan dulu? Bukankah ini satu
nikmat anak ku? Maka, janganlah disia-siakan peluang
ini dengan sungutan dan rasa tidak redha mu...

Anak ku,
Jika dalam pada engkau tahu suami mu tidak mencintai
mu tetapi engkau masih mampu memberikan khidmat
terbaik padanya, mendoakannya, maka itulah bererti
bahawa engkau memang bersungguh-sungguh untuk memburu
cinta Illahi. Jika tidak, derita mu itu hanyalah
derita yang lahir dari nafsu tercabar. Ia tidak ada
erti apa-apa anak ku, dan tidak layak untuk mendapat
simpati...

Anak ku,
Suami mu itu walau dipegang sekuat-kuatnya atau
dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak akan kekal,
hidupnya ada batas dan akhirnya dia akan pergi
daripada mu. Suatu masa nanti engkau akan tetap
kehilangannya. Kerana itu, selagi terbuka peluang
untuk engkau merebut pahala sabar, redha dan syukur
ini, rebutlah anak ku. Dan jika sakitnya terlalu
menusuk, bagaikan menghiris hati mu, datanglah pada
Allah untuk mengadu dan merayu. Katakan, bukan engkau
tidak redha, tapi engkau adalah hambaNya yang terlalu
lemah. Mohonlah pimpinan dan kekuatan dariNya...jika
belum Dia mahu mengangkat derita itu, maka minta lah
derita itu menjadi sebab untuk engkau terus berada
dalam perhatian dan kasih sayangNya.

Ingatlah juga anak ku, bahawa mungkin ini juga satu
hukuman untuk mu. Hukuman pada dosa-dosa yang tidak
bersungguh-sungguh kita memohon keampunan daripadaNya.
Dengan datangnya ujian ini, moga kita akan sedar dan
insaf sendiri. Sedar yang kita hanyalah hamba yang
layak dihukum apa saja olehNya. Supaya kita datang
kepadaNya, merayu-rayu meminta ampun pada kesalahan
kita selama ini dan meminta ketenangan abadi yang
hanya Allah sahaja boleh memberikannya...

Anakk ku,
Doakanlah terus untuk suami mu. Dan doakan juga untuk
diri mu sendiri. Engkau sedang melintasi satu
jambatan yang pendek tapi sulit, untuk pergi ke satu
mahligai yang kekal abadi dan bahagia yang hakiki. 
Berbaktilah sesungguh hati padanya, yang telah Allah
tentukan sebagai suami mu. Dan hasilnya jangan kau
tuntut darinya anak ku, tapi nantikanlah ia di Akhirat
yang kekal abadi...



Tuesday, September 11, 2012

Maafkan ku Wahai Sahabat...


Assalamualaikum


Tabahkan hatimu wahai sahabat..
Aku tidak akan sekali2 menghubungimu kerana aku tak mahu kau lebih terluka..
Maafkan aku untuk segalanya...
Mungkin bukan jodoh kita berdua...
Selama hampir 7 tahun kau menungguku...
Namun selama itu lah hatiku masih belum terbuka untuk dirimu...
Aku sendiri tidak tahu di mana salah dan silapnya dirimu...
Tetapi ketahuilah bahawa sesungguhnya hati kita bukan milik kita...
Hati yang rapuh ini adalah milik Allah swt...

Bukan aku tak pernah mencuba untuk menerima dirimu dalam hidupku..
Pernah...
Daripada zaman universiti dahulu sampai umurku meningkat dewasa...
Tapi sayangnya hatiku tak pernah terbuka untukmu...
Mungkin hatiku ini bukan milikmu...
Benarlah kata orang, cinta tak semestinya memiliki...

Aku bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihanku...
InsyaAllah...
Jejaka yang baru ku kenali selama hampir 5 bulan...
Alhamdulillah dengan mudah aku dapat menerima dirinya...
Sedangkan dirimu aku kenali selama 7 tahun...
Mungkin inilah yang dinamakan jodoh...

Tak ku nafikan dirimu adalah seorang insan yang baik, mulia, hampir sempurna...
Mungkin aku takkan berjumpa lagi dengan insan sepertimu...
Tapi maaf hatiku tiada padamu..
Maaf...
Maaf...
Maaf...

Aku percaya bahawa ada insan lain yang lebih baik dan layak untuk dirimu...
Mungkin kau rasakan bahawa aku yang terbaik untukmu...
Tapi hakikatnya tidak...
Di sudut lain di dunia ini ada insan yang lebih sempurna buat dirimu...
InsyaAllah...
Aku mendoakan kebahagianmu...

Aku bahagia dengan pilihan ku ini...
Alhamdulillah akhirnya Allah swt mengurniakan daku insan yang mampu membuka hatiku sepenuhnya...
Syukur Alhamdulillah...
Sesungguhnya aku amat menyayanginya...
Aku harap agar kau juga mendoakan kebahagiaan kami sebagaimana aku mendoakan kebahagiaan kamu...

Kau sahabatku yang paling setia...
Seumur hidupku takkan mungkin aku melupakan sahabat sepertimu...
Betapa setia kau menungguku selama ini...
Betapa setia kau mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ku selama ini..
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik dan keikhlasan dirimu...
InsyaAllah...

Maafkan aku kerana terpaksa menukilkan semua ini di blog ku...
Kerana aku tahu lambat laun kau pasti akan membaca nukilan ini..
Sesungguhnya aku tak akan tega untuk menghubungimu melalui SMS ataupun email...
Maafkan aku kerana SMS dan email mu ku biarkan sepi...
Aku tidak mahu balasan ku nanti membuatkan kau semakin mengharap dan akhirnya terluka...

Rasanya cukup sampi disini nukilanku untukmu...
Ku harapkan dirimu sejahtera dan sentiasa di bawah lindungan Allah Yang Maha Esa...
Aminnn....

Maafkan aku wahai sahabatku....



Monday, September 10, 2012

Teman Pengganti







Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama



Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka


Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah



Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami


Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri



Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Gubahan Barang Hantaran



Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya saya dpt idea utk buat barang hantaran. Ngee~























Cantik kn?? Hantaran tu guna ala2 alas bantal. Sgt cantik ok! Saya tgk kat blog Amirul (kat bwh ni) ni nampak senang la nk buat. Tak susah. Tak sabar rasanye nak buat. Huhu.












Cantikk... Doakan saya dpt buat dgn cantik ye. Ok bye! (^_^)

Thursday, September 6, 2012

Checklist for Majlis Pertunangan




Assalamualaikum...


Adoiii pening! Pening! Pening! Rupanye nak bertunang ni tak semudah ABC kan. Huhuhu. Byk gak benda nak kena pk dan buat. Tu baru nak bertunang. Awak dah pening. Nak kawin nanti lagi la. Huhuhu.

Ok, utk permulaan, saya akan buat checklist dulu utk Majlis Pertunangan saya nanti. InsyaAllah. (^_^)


1) Cincin Tunang / Cincin Merisik
2) Bekas Cincin
3) Barang-barang Hantaran
4) Tempahan Baju Tunang
5) Baju Melayu Bakal Tunang
6) Caterer
7) Pelamin Mini
8) Photographer
9) Make up
10) Senarai Jemputan


Emm, so far itu je yg sy terpikir. Ape lagi ye?? Itu je pon dh rasa pening kot. Huhu. Ok, sekarang kte tgk bape percent yg dh settle ikut checklist tu.




1) Cincin Tunang & Cincin Merisik (DONE!!)

2) Bekas Cincin
3) Barang-barang Hantaran
4) Tempahan Baju Tunang (DONE!!)
5) Baju Melayu Bakal Tunang 
6) Caterer 
7) Pelamin Mini 
8) Photographer 
9) Make up 
10) Senarai Jemputan 


Aiyokk, baru 2 benda je yg betul2 settle. Tinggal lagi 4 minggu je ni. Gulp! 
Takpe2 slow2 k.


1) Cincin Tunang & Cincin Merisik


Cincin Tunang & Cincin Merisik dah beli last week. 31 Ogos 2012 (Merdeka!!). Nak tunjuk pic ke? Takyah la. Kasi surprise sikit. Hehehe.

2) Bekas Cincin

Bekas Cincin tu memang nak cari yang lawa sikit nak taruk sebagai hantaran. So nak cari yang sesuai sikit la. Barang-barang hantaran lak beli yang simple2 je. Nama pun bertunang je kan. Watpe nak lebih2 kan. Kikiki.

3) Barang-barang Hantaran

Mengikut perbincangan diantara kedua2 belah pihak, barang2 hantaran yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Hantaran Pihak Lelaki kpd Pihak Perempuan:

1) Tepak Sirih / Tempat Cincin
2) Telekung
3) Kain Pasang
4) Tuala Selamat Bertunang
5) Kek
6) Buah-buahan
7) Coklat

Hantaran Pihak Perempuan kpd Pihak Lelaki:


1) Sirih Junjung

2) Kemeja / Seluar Slack
3) Kain Pasang (lelaki)
4) Tuala Selamat Bertunang
5) Sejadah
6) Kek
7) Buah-buahan
8) Coklat
9) ??? (no idea)


4) Tempahan Baju Tunang


Baju tunang saya baru hantar tempah aritu. InsyaAllah tailor kata bole amik pada 25/9/2012. Color ala2 peach oren camtu. 







Cantik tak?? Cantik tak?? Cantik kan... (^_^)

Kain ni dah setahun lebih saya simpan. Dah lama beli okay! Masa tu belum ade sape2 lagi. Saje teman BFF beli barang utk majlis die masa tu. PAstu terberkenan lak kat kain ni. Color die sangat sweet plus kain yang lembut. Harga RM100++ masa tu. Kain 4 meter + lace 2 meter. Kira murah la tu. Masa tu ade promotion. Kat Semua House. Nama Kedai SB Bridal Fabrics tingkat 1 kot. Dekat ngan eskelator.




bukti pembelian. resit pon dah kuning. huhuhu

Akhirnya pakai jugak kain ni. InsyaAllah. Byk kali dah sedey bila tgk kain ni. Bila la nak anta tempah. Emo! Kuikuikui. Hantar tempah kat PKNS. Four 'H' Design, Tingkat 1. Tailor tu amik harga RM150 untuk design baju kurung moden. Not bad la. Memang dah agak price range die around !00++. Ok, tak sabar nak tgu 25hb! Nak try fitting baju ni. Weee~


5) Baju Melayu Bakal Tunang

If ikut adat dan kebiasaan bakal tunang saya tu, bila bertunang si lelaki mesti pakai baju melayu sama color. Tujuan utk bergambar. Saya jenis tak kisah. So layankan je la. Masa adik si dia bertunang dulu pon diorang wat mcm tu. So nanti bila baju tunang saya dah siap baru ingat nak g cari baju bakal tunang sekali dengan tudung dan veil saya. Veil saya nak cari yang simple je. Tudung lak nak pakai tudung bawal je. Simple mcm kt bwh ni.







Cantik dan sweet kn? Tak kenal pon die ni. Jumpa kat pakcik google. Hehehe. Orangnye pon sweet so berganda2 la sweetnye. Nak pakai tudung bawal mcm die + veil yang simple mcm tu. (^_^)



6) Caterer


Yang ini penting. Abg long kasi contact number utk  UBE Catering (Usaha Bangi Enterprise). Link die kat sini UBE Catering. Saya baca review die mmg sgt bgs la caterer ni. Byk dpt positif feedback. Pastu tgk website die mmg tiptop la. So mmg cnfrm la nk amik die. Abg long suruh wat appointment ngn caterer ari sabtu ni. Pilih menu bagai.


Tup2 caterer tu kata dorg fully booked the date yg sy nak tunang. Adoiii... Pening2. Abg long kata die akan cuba cari caterer lain. Thanks Abg Long!! (^_^)



7) Pelamin Mini 

Pelamin mini impianku adalah seperti berikut:


























Tu semua pelamin impian saya utk Majlis Pertunangan saya. Tapi mcm kena pendam je hasrat tu sebab harga pelamin2 di atas adalah above RM500++. Hukhukhuk ;(


p/s: if ade yg baik hati nk sponsor pon best gak..kikikiki ;p



8) Photographer  


Photographer pon nk kena ade gak. Yela, bertunang sekali seumur hidup kan. InsyaAllah. Aminnn...

Bakal tunang saya kata die ade sedara yang bole tlg jd photographer. Harga pun murah. Adik die dulu pun pakai photographer yg sama dan hasil yg sy tgk mmg tiptop la.

Ok, tu die yg settlekan. 


9) Make up

Haa, yang ini saya tengah pening. Saya dh setahun dua ni memang dh aim sorang akak ni utk jadi mak andam saya baik masa tunang atau nikah / sanding. Akak ni mekap mmg cantik. Sgt natural. Ex housemate saya kawin dulu akak ni yang mekap. Maybe ade yang kenal die. Kak Fadh. Blog die Natural Makeup by Fadh Adnan. Saya berkenan betul die make up housemate aritu. 

Tapi alangkah kecewa nya bila bukak2 blog die terbaca post kat bwh ni




Huwaaaa... Sadis!! ;(

Ade sape2 ade suggestion utk mak andam? Plezzzz....



10) Senarai Jemputan  

Saya serahkan sepenuhnya kpd Abg Long selaku ketua keluarga. 


11) Hand Bouquet

Yang ini taktau nak kena ade ke tak. Senang je if nak buat sendiri. Tgk la if rajin. Benda ni KIV jadi last thing.








p/s: agak2 perlu ke tak utk Majlis Pertunangan??



Ok, cukup setakat ni utk arini. Saya penat sudaaa. Sape2 yang tinggalkan cadangan or any good idea dipersilakan. For those yang dah ade experience dan nak advise saya, u are most welcome to do so. Tqvm! (^_^)