Maafkan ku Wahai Sahabat...
Assalamualaikum
Tabahkan hatimu wahai sahabat..
Aku tidak akan sekali2 menghubungimu kerana aku tak mahu kau lebih terluka..
Maafkan aku untuk segalanya...
Mungkin bukan jodoh kita berdua...
Selama hampir 7 tahun kau menungguku...
Namun selama itu lah hatiku masih belum terbuka untuk dirimu...
Aku sendiri tidak tahu di mana salah dan silapnya dirimu...
Tetapi ketahuilah bahawa sesungguhnya hati kita bukan milik kita...
Hati yang rapuh ini adalah milik Allah swt...
Bukan aku tak pernah mencuba untuk menerima dirimu dalam hidupku..
Pernah...
Daripada zaman universiti dahulu sampai umurku meningkat dewasa...
Tapi sayangnya hatiku tak pernah terbuka untukmu...
Mungkin hatiku ini bukan milikmu...
Benarlah kata orang, cinta tak semestinya memiliki...
Aku bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihanku...
InsyaAllah...
Jejaka yang baru ku kenali selama hampir 5 bulan...
Alhamdulillah dengan mudah aku dapat menerima dirinya...
Sedangkan dirimu aku kenali selama 7 tahun...
Mungkin inilah yang dinamakan jodoh...
Tak ku nafikan dirimu adalah seorang insan yang baik, mulia, hampir sempurna...
Mungkin aku takkan berjumpa lagi dengan insan sepertimu...
Tapi maaf hatiku tiada padamu..
Maaf...
Maaf...
Maaf...
Aku percaya bahawa ada insan lain yang lebih baik dan layak untuk dirimu...
Mungkin kau rasakan bahawa aku yang terbaik untukmu...
Tapi hakikatnya tidak...
Di sudut lain di dunia ini ada insan yang lebih sempurna buat dirimu...
InsyaAllah...
Aku mendoakan kebahagianmu...
Aku bahagia dengan pilihan ku ini...
Alhamdulillah akhirnya Allah swt mengurniakan daku insan yang mampu membuka hatiku sepenuhnya...
Syukur Alhamdulillah...
Sesungguhnya aku amat menyayanginya...
Aku harap agar kau juga mendoakan kebahagiaan kami sebagaimana aku mendoakan kebahagiaan kamu...
Kau sahabatku yang paling setia...
Seumur hidupku takkan mungkin aku melupakan sahabat sepertimu...
Betapa setia kau menungguku selama ini...
Betapa setia kau mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ku selama ini..
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik dan keikhlasan dirimu...
InsyaAllah...
Maafkan aku kerana terpaksa menukilkan semua ini di blog ku...
Kerana aku tahu lambat laun kau pasti akan membaca nukilan ini..
Sesungguhnya aku tak akan tega untuk menghubungimu melalui SMS ataupun email...
Maafkan aku kerana SMS dan email mu ku biarkan sepi...
Aku tidak mahu balasan ku nanti membuatkan kau semakin mengharap dan akhirnya terluka...
Rasanya cukup sampi disini nukilanku untukmu...
Ku harapkan dirimu sejahtera dan sentiasa di bawah lindungan Allah Yang Maha Esa...
Aminnn....
Maafkan aku wahai sahabatku....
Comments
Post a Comment