Wednesday, July 24, 2013

Bonus Sebulan Untuk Kakitangan Awam Di Selangor



Assalamualaikum

Yeayyyy!!! Alhamdulillah. Dapat bonus sebulan untuk raya tahun ni. Thanks Kerajaan Negeri Selangor n of cos thank to Allah! ;)

petikan dari Berita Semasa

____________________________________________________


Bonus Raya Kerajaan Selangor 2013 : Nampaknya perang pembayaran bonus raya 2013 dimulakan terlebih dahulu oleh kerajaan Selangor apabila baru sahaja sebentar tadi, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bonus kakitangan kerajaan Selangor sempena Hari Raya 2013 kali ini.

Butiran Bonus Kerajaan Selangor Sempena Hari Raya 2013

  1. Nilai bonus raya kakitangan kerajaan Selangor : bonus sebulan gaji (setiap seorang) @ bonus sebulan setengah gaji sekiranya kerajaan Malaysia mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam
  2. Jumlah pembayaran bonus raya 2013: RM30 juta
  3. Penerima bonus raya : 21,776 kakitangan kerajaan Selangor (samada tetap, kontrak dan sambilan)
  4. Pembayaran bonus raya : Selewat-lewatnya hujung bulan Julai 2013
Bonus Raya

Agak menarik. Apabila kerajaan Selangor merancang untuk menambah bonus setengah bulan gaji jika kerajaan Malaysia di bawah Datuk Najib Razak memberikan bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam.
Nampaknya kerajaan Selangor dilihat mahu berlumba-lumba untuk menjadi penyumbang terbanyak bagi membantu meringankan tanggungan warga kerjanya bagi menghadapi persiapan Hari Raya kelak.

__________________________________________________________


Thanks for reading! ;)

 

Tuesday, July 23, 2013

Pemeriksaan Kesihatan Di Klinik Kerajaan


Assalamualaikum

Hye uolllssss!! Korang penah tak berada dalam dilema mcm kat bwh ni:

"Alamakkk... kena wat medical check up?? kat klinik kerajaan lak tu.. dengar kata kena wat appointment.. mesti lambat!!"

Haaa, iolss mengalami dilema sebegitu la beberapa hari yang lepas. Tapi nak taknak memang kena buat la. SYMP!

Kawan2 pon ramai kata dh wat appointment ngan klinik kerajaan. Sebulan gak la queue. Rata2 ckp mcm tu. Kita ni pk nak wat kat private je. Sebab cepat. Masa mula2 masuk service (government) dulu saya wat medical check up kat SMC je. (Selangor Medical Centre, Seksyen 20, Shah Alam). Bole buat weekend n ari tu gak dpt result. 

Tapi kali ni memang kena wat kat klinik kerajaan je. Sape2 yang keje gomen kena aware borang baru utk medical check up ye. Dah ade pekeliling baru berkuatkuasa pada 12 Mac 2013.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013 - Pemeriksan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam

Bole download kat sini --->  Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013

Ni ade Lampiran A (Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dlam Perkhidmatan) 

dan

Lampiran B (Borang Pemeriksaan Perubatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam)

So utk mereka yang baru dilantik dan yang dah berkhidmat. Both.





Ok, so saya planning utk ke Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam sebab saya banyak kali g sana memang service die cepat since die pon baru gak la bukak. Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam dah crowded sangat. Rasanye ramai yang taktau kewujudan KK Seksyen 19 ni. Elok gak supaya tak crowded cam KK Seksyen 7. Kuikuikui. Selfish! :p

Sampai2 sana tengok banyak gak kete beratur kat luar KK tu. Masuk dalam mak aiii dah makin ramai umat manusia. Pegi kaunter amik nombor. 2150. No sekarang 2148. Aikkk cepat gak. Tunggu 2 minit dah kena panggil.

Tunjuk borang dlm pekeliling tu, die kata kena wat appointment kat Kaunter 4. Kat situ memang ade buku jadual utk medical check up. Tebal gak. Tengok die selak2 buku tu dalam hati kata, "Mau sebulan dua gak ni kena tunggu. Adoiiii..."

Tup2 die kata, "Buat medical check up esok ptg leh?" Kita pon cam blur2 sbb tak sangka cepat. Sok kul 1.45 petang wat medical check up. Fuhhh pantas dan tangkas la KK Seksyen 19 ni! *thumbs up*

Again, Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam is highly recommended for those yang nak buat medical check up di klinik kesihatan! (^_^)





en suami.. peneman.. pendamping... penjaga... penghibur... penyejuk hati...



Oh lupa nak tanya pasal payment. Tapi dengar if kat klinik kerajaan kena bayar RM20 utk medical check up. Rasanye la. Pape nanti dh settle i update uolsss ye... tata titi tutu!

Thanks for reading! ;)


Wanita-wanita pilihan kalbu a.k.a. usahawan muda


Assalamualaikum

Arini kita puasa dari bercerita tentang en suami je. Today I nak bercerita tentang wanita yang I admire. Helloooo! Jgn pk bukan2 k. I just suka tengok kecantikan dan kesopanan mereka sahaja. Setakat ni ade 3 orang yang terlintas di fikiran iaitu Lynda Roslan,  Farah Lee dan Rina Salleh.


Ally Iskandar, Aizul Marcello, Lynda Roslan & Farah Lee

Lynda Roslan


Lynda Roslan ni seorang blogger dan mula terkenal sejak menjadi model Radiusite. Tapi skg die dah tak jadi model radiusite dah. Tak sangka pengganti model radiusite tu kawan iols sendiri. Nida. Hukhukhuk. Nur Shaznida Hassan. Kenal masa sama2 internship kat OCBC Bank dulu. She is very kind n down to earth punya person! :)



Cantik kan die? Kat atas ni pic ngan husband die, Hasyiir. Pilot okay! Dari zaman OCBC lagi dorg dah couple. Husband die sangat sweet. Sanggup datang utk lunch ngan Nida. If husband die ade, tak dpt la ktorg lunch sama2. Nak dijadikan cerita, husband die ni kawan sepermainan bowling ngan my husband. Haha. Terkejut masa nampk si hasyir ni kat bowling tournament. What a small world (^_^).


Nida ni natural beauty. Beliau sangat cantik in person! Tak tipu punye. Hari2 ngadap die kot. Tak pnh nmpk die ni tak cantik. Plus die ni sangat baik. Family type punye person. Tak sosial punye orang. Pandai jaga diri walaupon cantik!

Bawah ni pic kenangan ngan Nida masa tahun 2008 (^_^)







Ok, cite pasal linda balik. Linda ni dah officially married to top blogger named Aizul Marcello. Adik die pon glamer gak. Irine Nadia Marcello. Haishhh bile la nak glamer cam dorang ni :p

Suka tgk linda sebab dressing die sgt sopan and most of the time die pakai tudung yang menutup dada (ke all the time ye? Ntah.. Ngeee~)

Tudung2 yang die jual pon cantik2. HER by LYNDAROSLAN. Nampak sgt cantik die pakai. Alaa orang dah cantik pakai ape pon cantik kan (^_^)



Farah Lee




Seperti sume orang tau, Farah Lee ni isteri tercinta kepada selebriti Ally Iskandar. Untung Ally dapat Farah! Bukan ke patutnye Farah yang untung sebab dapat kawin ngan artis. Haha.

Farah ni sangat la manis dan cantik. Sopan. Islamik. Educated! Die ni student Mechanical Engineering kat Inha University, Incheon, South Korea tau! Haaa, bukan calang2. Bukan cam kite ni graduted kat local university je. Heii local university pon bagus what! U should proud of it! Yesss!

Keislamikan (cam pelik je) die bole korang tgk kat blog die. Kunfayakun. Suka baca entry2 die. Tenang je. FB die pon bagus. Tp takleh add dah. Account dah full. Fan page die kat FB bole la like.

Farah ni pon dh jadi usahawan muda. FARAHiskandarTapi webpage die tak update sangat. Kena tengok kat FB die. Search je FARAHiskandar. Siap ade tutorial die pakai tudung lagi.


Rina Salleh




Nak kagum n admire kat kawan sendiri leh?? Haha. Rina ni kawan masa matriks dulu. Kolej MARA Kuala Nerang. Tapi ktorg takde la bape rapat sgt sebab clas n kuliah tak sama. Cumanya masa tu matriks ktorg total student ade dlm 300++ je so kenal la sume org. Masa tu die specky. Tahap2 sempoi n selekeh cm ktorg gak la. Tapi selekeh2 die, die lawa. Tak macam iols! Haha. Masa die add fb kite (before die glamer) tu kte pon tanya die. Ni Rina KMKN ke? Die pon ye kan n kata die pon ingat2 lupa kite. Yela, bertahun kot tak jumpa. Muka masing2 dah lain. Haha.

*pembetulan: rina yg tanya saya dulu. baru jumpa dalam fb conversation ktorg :)






FYI, Shukry Mala tu saya ye. Saje gabungkan nama kami suami isteri dalam fb since en suami pon dah takde fb. So kira kongsi fb gak la ni. Huhu

Ok sambung. Tup2 beberapa tahun pastu tetiba nampk muka dalam cite Gadis Melayu 3. Eh bukan cerita. Tapi realiti TV. Kite pon macam, "Ehhh ni kawan kite!!"

Nak dijadikan cerita, die juara Gadis Melayu 3. Alhamdulillah. I'm proud of u my fren!! Tapi tak sampai situ je. Die sekarang jadi usahawan yang cantik. Die ade butik jual tudung n baju muslimah. Kat Seksyen 7, Shah Alam. Online pon ade. RinaSallehClothing a.k.a. RSC. Blog die Rina Salleh.

Haishh kagum tengok dorg bertiga ni. Dah la cantik. Bijak. Educated. Jadi usahawan lak tu. Saya pon ade cita2 nak bukak butik satu hari nanti. InsyaAllah. Moga tercapai hajatku. Aminn (^_^)

Thanks for reading! ;)

Monday, July 22, 2013

*big grin*


Assalamualaikum

Hye uols! Iols happy ni. Sebab semalam i got this!




Terliuq tak?? Tak?? Ok kita zoom in sikit.


Sekarang terliuq tak?? Tak jugak? Ok, uols memang takde perasaan! Hehe.

Semalam pegi berbuka ngan en suami kat tempat keje die. Yela, sian si isteri asyik berbuka kat rumah tanpa ditemani en suami. En suami pon ajak la buka sama2 ngan die dan kwn opis die di tempat keje. =D


Tu pic otw ke tempat keje en suami. Pic ngan die dalam hp die. Sebab masa g tempat keje die hp saya tertinggal dalam kereta. Hikhik

Before buka tu sempat laa menyinggah ke FAMOUS AMOS tu *sebenarnya excited nak g tempat keje en suami sebab nak beli biskut FAMOUS AMOS tu la* ;p

Ok la uols. Selamat menjalani ibadah puasa! ;)

Thanks for reading! 


Resipi Biskut Famous Amos


Assalamualaikum

Sesungguhnya makanan paling ku gemari di dunia ini adalah biskut FAMOUS AMOS!! Takleh tahan bila lalu kat kiosk famous amos ni. Mesti nak beli jugak! Bila kesuntukan kewangan (bole ke pakai kesuntukan wang??), mesti berdiri sebelah kiosk tu setengah jam semata2 untuk amik bau. Okay tipu.






Sedap kan?? So saya search la resipi famous amos cookies ni. Jumpa 2 yang mudah n cpt... Jom try!


_________________________________________________


First dari blog She Is Zaty

Recipe: My Famous Amos

Assalamualaikum ^_^


Akhirnya siap jugak biskut famous amos aku pagi tadi...famous amos lah sangat! Hahaa. Actually biskut chocolate chips je. Tapi disebabkan bau aroma dia semasa dibakar tu betul2 menyengat hidung sesiapa saje tu memang sebijik macam bau famous amos. Rasa pun lebih kurang sama lah. Tapi aku punya coklat cip tu,  takde lah cair macam famous amos punya. Pandai2 lah cair kan sendiri dalam mulut. Hewhew


Ni pun resepi kawan mak. Aku suka sangat kongsi resepi ni kat orang. Kadang2 kalau rajin, aku buat pastu bawak lah pegi hostel bagi member2 makan. Kalau raya pulak, aku selalu bawak balik kampung. Tak sampai setengah jam dah abes dah eh biskut ni. Laju je dorang makan. Aku pun sempat capai 3-4 biji je daripada 1 balang yang aku bawak..So harini aku pun nak kongsi jugak lah dekat blog kesayangan ni.

Bahan-bahan:

1)    2 cawan gula castor (mine use 1 1/2 je sebab taknak manis sangat)  |  1 buttercup

2)    4 biji kuning telur  |  1 camca teh esen vanilla

3)    4 cawan tepung penaik  |  1 cawan milo

4)   1 camca teh soda bikarbonat  |  chocolatechips



Sebelum tu panaskan oven pada suhu 180 celcius selama 20 minit



FIRST
Campurkan Bahan 1



SECOND
Campurkan Bahan 2. Tapi sebelum tu kacau dulu kuning telur bersama dengan esen vanilla.


THIRD
Masukkan milo dulu, pastu baru tepung. Tepung masukkan 1 cawan pastu kacau, masuk 1 cawan lagi, then kacau...sampai lah cawan ke-4



FOURTH
Masukkan soda bikarbonat. Lepas tu masukkan chocolatechips ikut suka nak masuk banyak mana =)



FIFTH
Bentuk kan bulat-bulat.
Bakar adunan selama 10 minit dengan suhu 150 C.






DAH SIAP!!!





____________________________________________________


Second dari blog Sweet Vanila


RESIPI biskut ala2 FAMOUS AMOS CHOC CHIP COOKIES



hyee2...
seperti yg rai janjikan kat facebook...
semalam rai buat biskut choc chip ala2 famous amos....
resipi rai ambil dari www.myresipi.com
credit kepada resipi asal di sini....
tapi rai ada ubah sket2....
bahan2 dia dan cara2 sangat2222 lah mudah...
so korang mmg patut cuba tau resipi ni...
masa bakar....
pergh harum semerbak bau rumah dengan cookies ni..
dah cm kedai famous amos plak!
hahhahahahaha.....

masa berbuka....
adik2 papa n mama rasa..
alhamdulillah diorg ckp lagi sedap dari chipsmore...
biskut nie rangup oo...
then makan xleh henti....
haha... 

ok2.... xnak buang masa....

bahan2 yang diperlukan 1 adunan (lebih kurang 100 pcs):


Bahan2 A(satukan dalam mixer bowl):

1 biji telur
(dlm gambar rai guna 2 biji telur sebab buat 2 adunan)
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
1 cawan butter(dilembutkan suhu bilik)
1 cawan minyak jagung
1 sudu besar susu segar
1 sudu besar esen vanilla



Bahan2 B (satukan semua):

4 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil cream of tartar (beli kat supermarket/kedai bahan2 bakery, dia dalam bentuk serbuk)
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan walnut cincang ( rai ganti dengan badam cincang yang dipanggang)
2 cawan choc chips (rai bubuh 3 cawan..haha.sebab nak banyak choc chip)


cara2 membuatnya:

1) Pukul bahan A hingga kembang

2) Bila dah kembang, satukan dengan Bahan2 B.....


3) kaup balik gunakan senduk kayu/spatula sehingga menjadi doh.... kemudian rai rehatkan 1 jam dalam fridge... supaya adunan dia tak mencair masa bentuk2kan... 



4) bulat2 kan doh tadi kemudian tekankan menggunakan garfu...


5) Bakar pada suhu 180 celsius selama 15-20 minit. bergantung pada oven...
rai bakar 15 minit je.. jangan panic kalau kuarkan dia mcm lembik sket ke pe tau....
biarkan dia sejuk sndri kat luar... nanti dia akan mengeras... =)










Okay balik ni nak cari biskut ni! Berbuka ngan Famous Amos je.. Bole?? (!-_-)

p/s: nak tambah sikit...disebabkan kecintan ku terhadap biskut FAMOUS AMOS ni, kedua2 hantaran ku (tunang n kahwin) ade biskut tu...thanks en suami yang memahami! Die memang tu isteri die ni pantang skit ngn famous amos..huhu

hantaran tunang..siap ngan DAIM lagi tu!mantop!!

blur kan muka yang buruk.. tak reti nak buang mekap (-_-)

hantaran kahwin...btw nk bgtau hantaran kawin kte wat sndri tau :p


Thanks for reading! ;)