Wednesday, July 24, 2013

Bonus Sebulan Untuk Kakitangan Awam Di Selangor



Assalamualaikum

Yeayyyy!!! Alhamdulillah. Dapat bonus sebulan untuk raya tahun ni. Thanks Kerajaan Negeri Selangor n of cos thank to Allah! ;)

petikan dari Berita Semasa

____________________________________________________


Bonus Raya Kerajaan Selangor 2013 : Nampaknya perang pembayaran bonus raya 2013 dimulakan terlebih dahulu oleh kerajaan Selangor apabila baru sahaja sebentar tadi, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bonus kakitangan kerajaan Selangor sempena Hari Raya 2013 kali ini.

Butiran Bonus Kerajaan Selangor Sempena Hari Raya 2013

  1. Nilai bonus raya kakitangan kerajaan Selangor : bonus sebulan gaji (setiap seorang) @ bonus sebulan setengah gaji sekiranya kerajaan Malaysia mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam
  2. Jumlah pembayaran bonus raya 2013: RM30 juta
  3. Penerima bonus raya : 21,776 kakitangan kerajaan Selangor (samada tetap, kontrak dan sambilan)
  4. Pembayaran bonus raya : Selewat-lewatnya hujung bulan Julai 2013
Bonus Raya

Agak menarik. Apabila kerajaan Selangor merancang untuk menambah bonus setengah bulan gaji jika kerajaan Malaysia di bawah Datuk Najib Razak memberikan bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam.
Nampaknya kerajaan Selangor dilihat mahu berlumba-lumba untuk menjadi penyumbang terbanyak bagi membantu meringankan tanggungan warga kerjanya bagi menghadapi persiapan Hari Raya kelak.

__________________________________________________________


Thanks for reading! ;)

 

2 comments:

  1. sorry. tumpang tanya. u ambil butik mana untuk dress baju kahwin n nikah?

    ReplyDelete
  2. i amik ngan butik pesona asmara seksyen 7 shah alam..blog die www.personabridal.com :)

    ReplyDelete