Resipi Biskut Famous Amos


Assalamualaikum

Sesungguhnya makanan paling ku gemari di dunia ini adalah biskut FAMOUS AMOS!! Takleh tahan bila lalu kat kiosk famous amos ni. Mesti nak beli jugak! Bila kesuntukan kewangan (bole ke pakai kesuntukan wang??), mesti berdiri sebelah kiosk tu setengah jam semata2 untuk amik bau. Okay tipu.






Sedap kan?? So saya search la resipi famous amos cookies ni. Jumpa 2 yang mudah n cpt... Jom try!


_________________________________________________


First dari blog She Is Zaty

Recipe: My Famous Amos

Assalamualaikum ^_^


Akhirnya siap jugak biskut famous amos aku pagi tadi...famous amos lah sangat! Hahaa. Actually biskut chocolate chips je. Tapi disebabkan bau aroma dia semasa dibakar tu betul2 menyengat hidung sesiapa saje tu memang sebijik macam bau famous amos. Rasa pun lebih kurang sama lah. Tapi aku punya coklat cip tu,  takde lah cair macam famous amos punya. Pandai2 lah cair kan sendiri dalam mulut. Hewhew


Ni pun resepi kawan mak. Aku suka sangat kongsi resepi ni kat orang. Kadang2 kalau rajin, aku buat pastu bawak lah pegi hostel bagi member2 makan. Kalau raya pulak, aku selalu bawak balik kampung. Tak sampai setengah jam dah abes dah eh biskut ni. Laju je dorang makan. Aku pun sempat capai 3-4 biji je daripada 1 balang yang aku bawak..So harini aku pun nak kongsi jugak lah dekat blog kesayangan ni.

Bahan-bahan:

1)    2 cawan gula castor (mine use 1 1/2 je sebab taknak manis sangat)  |  1 buttercup

2)    4 biji kuning telur  |  1 camca teh esen vanilla

3)    4 cawan tepung penaik  |  1 cawan milo

4)   1 camca teh soda bikarbonat  |  chocolatechips



Sebelum tu panaskan oven pada suhu 180 celcius selama 20 minit



FIRST
Campurkan Bahan 1



SECOND
Campurkan Bahan 2. Tapi sebelum tu kacau dulu kuning telur bersama dengan esen vanilla.


THIRD
Masukkan milo dulu, pastu baru tepung. Tepung masukkan 1 cawan pastu kacau, masuk 1 cawan lagi, then kacau...sampai lah cawan ke-4



FOURTH
Masukkan soda bikarbonat. Lepas tu masukkan chocolatechips ikut suka nak masuk banyak mana =)



FIFTH
Bentuk kan bulat-bulat.
Bakar adunan selama 10 minit dengan suhu 150 C.






DAH SIAP!!!





____________________________________________________


Second dari blog Sweet Vanila


RESIPI biskut ala2 FAMOUS AMOS CHOC CHIP COOKIES



hyee2...
seperti yg rai janjikan kat facebook...
semalam rai buat biskut choc chip ala2 famous amos....
resipi rai ambil dari www.myresipi.com
credit kepada resipi asal di sini....
tapi rai ada ubah sket2....
bahan2 dia dan cara2 sangat2222 lah mudah...
so korang mmg patut cuba tau resipi ni...
masa bakar....
pergh harum semerbak bau rumah dengan cookies ni..
dah cm kedai famous amos plak!
hahhahahahaha.....

masa berbuka....
adik2 papa n mama rasa..
alhamdulillah diorg ckp lagi sedap dari chipsmore...
biskut nie rangup oo...
then makan xleh henti....
haha... 

ok2.... xnak buang masa....

bahan2 yang diperlukan 1 adunan (lebih kurang 100 pcs):


Bahan2 A(satukan dalam mixer bowl):

1 biji telur
(dlm gambar rai guna 2 biji telur sebab buat 2 adunan)
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
1 cawan butter(dilembutkan suhu bilik)
1 cawan minyak jagung
1 sudu besar susu segar
1 sudu besar esen vanilla



Bahan2 B (satukan semua):

4 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil cream of tartar (beli kat supermarket/kedai bahan2 bakery, dia dalam bentuk serbuk)
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan walnut cincang ( rai ganti dengan badam cincang yang dipanggang)
2 cawan choc chips (rai bubuh 3 cawan..haha.sebab nak banyak choc chip)


cara2 membuatnya:

1) Pukul bahan A hingga kembang

2) Bila dah kembang, satukan dengan Bahan2 B.....


3) kaup balik gunakan senduk kayu/spatula sehingga menjadi doh.... kemudian rai rehatkan 1 jam dalam fridge... supaya adunan dia tak mencair masa bentuk2kan... 



4) bulat2 kan doh tadi kemudian tekankan menggunakan garfu...


5) Bakar pada suhu 180 celsius selama 15-20 minit. bergantung pada oven...
rai bakar 15 minit je.. jangan panic kalau kuarkan dia mcm lembik sket ke pe tau....
biarkan dia sejuk sndri kat luar... nanti dia akan mengeras... =)










Okay balik ni nak cari biskut ni! Berbuka ngan Famous Amos je.. Bole?? (!-_-)

p/s: nak tambah sikit...disebabkan kecintan ku terhadap biskut FAMOUS AMOS ni, kedua2 hantaran ku (tunang n kahwin) ade biskut tu...thanks en suami yang memahami! Die memang tu isteri die ni pantang skit ngn famous amos..huhu

hantaran tunang..siap ngan DAIM lagi tu!mantop!!

blur kan muka yang buruk.. tak reti nak buang mekap (-_-)

hantaran kahwin...btw nk bgtau hantaran kawin kte wat sndri tau :p


Thanks for reading! ;)



Comments

  1. wah senang je rupanya eh. Okey. wajib try neh. heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je kn?ingatkan payah..hehe..ok selamat mencuba! ;)

      Delete
  2. Follow you dan ambil resepi! :)
    Thank you

    www.jalinan-cintaku.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Awk rse, which 1 yg lebih sedap?resepi 1 atau resepi 2? :)

    ReplyDelete
  4. sama tak rasa nye kak ??

    ReplyDelete
  5. dear,rasa memang sam a?
    Famous Amos biscuit

    ReplyDelete
  6. Banyak dah resipi digoogle...mcm2 ada...let we try satu persatu k..nanti kita rs mn yg paling sedap.yelah tekak org x sama

    ReplyDelete
  7. Kak, mmg kene gune tepung yg ditunjukkan dalam gambar diatas ke? kalau saya gune tepung plain boleh ke? maksudnya saya gune tepung biase. boleh ke??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2

Ujian Kehamilan