Tuesday, July 16, 2013

Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang


Assalamualaikum

Semalam untuk menu berbuka saya masak lauk Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang. Nyum2! Last minute baru terpikir nak masak. Malas sikit nak masak pasal air kar dapur tu kecik. Bulan2 pose ni buat hal lak air tu. Kat tempat lain ok. Sinki tu je kecik. Ape jadah tah.

Kuar2 opis semalam dalam kul 4.40ptg (bulan pose saya masuk kul 7.30 pagi, balik 4.30 ptg. Bulan pose je ye) lalu pasar kat belakang opis ni. Saya ni pantang nampak pasar. Ade je nak survey n beli lauk basah cam ikan, udang, ayam, sotong bagai. Sambil usha2 tu kepala pk nak masak ape. Tetiba semalam nampak udang rasa la nak buat lauk seperti yang tertera di atas (ayat gomen sangat). So beli la udang dan bahan2 masakan.

Terus balik umah, sampai dalam kul 5.15 ptg. Kul 6 ptg as usual g pasar ngan en suami. Tanpa melengahkan masa saya cpt2 masak. Dalam kul 6 en suami dh cal tanya nak g bazar tak? Kelam kabut si isteri masak nasi n mintak belas ehsan si suami untuk ke bazar lewat sikit dlm 6.15 ptg. Dengan tak bersiap nye lagi kan. Mujur si suami jenis yang memahami. (^_^)

Ni la hasil masakan yang kelam kelibut.




Konon nak tapaukan utk en suami. Tapi tak sempat lak. Balik keje tu en suami makan. Die kata sedap! Siap tambah lagi. Masa sahur pon die makan lagi. Sampai licin lauk tu katanye. Hehe. Bila saya tanya sedap ke tak, die selalu kata, "Mestila sedap. Isteri abg kan pandai masak..." Alahaiii sweetnye suami syg ni... (^_^)

Okay saya bg resipi yang ala kadar ye. Sebab saya buat pon ala kadar je. Sukatan pon main agak je. InsyaAllah akan menjadi!



Bahan2:

*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci kunyit hidup
*5 biji cili api (if nk pedas taruk banyak. mak mertua saya tak makan pedas so taruk sikit je)

*blend bahan2 kat atas ni. better tumbuk sebab rasa die lagi sedap n dapat hancurkan biji cili

udang
sayur kacang panjang
sebiji santan
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit


Cara2 Membuat:


1)  Letakkan santan yang cair (bukan pati) dalam periuk. Masukkan sekali bahan2 blend tadi. Bukak api. Then kacau2 santan tu smpai bahan tumbuk tadi sebati. Kacau non stop supaya tak pecah minyak. Pecah minyak nanti tak sedap dan tak cantik lauknye. Minyak masak tak perlu tau utk masakan ni.

2)  Lepas kuah agak menggelegak, masukkan garam n rasakan cukup atau tak (bulan pose terkecuali ye). If kuah agak2 tak berapa nak pekat, tambah serbuk kunyit smpai warna die agak cantik.

3)  Masukkan sayur kacang panjang dan kacau lagi. Beberapa minit pastu baru masukkan udang. 

4)  Bila sayur tu dah lembut n udang dah merah n masak, masukkan pati santan tadi. 

5)  Kacau seketika dan angkat. Siap!

*nak masak lauk ni kuah tu kena sentiasa kacau supaya tak pecah minyak.



Okay, pasni nak buat Ketam Masak Lemak Cili Api lak! Nyum2! Selamat mencuba!


Thanks for reading! ;)


1 comment: