Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!
Assalamualaikum
Orang lain sibuk buat preparation nk raya, kita sibuk bagi resipi kan. Takpe, sebagai panduan bagi mereka yang berniat nak buat Rendang Daging di pagi raya tapi takut tak jadi. Dok cari2 kat encik google jumpa resipi yang banyak step n memeningkan (pening bagi orang macam kami tau. yang dah expert tu takyah cite la. kacang je kot. mihmihmih)
Saya dok cari2 resipi yang mudah tapi stil tak rasa sume tu mudah. Saya ni tak suka jintan, bunga cengkih, bunga lawang bagai. I tak minat. Nasib baik dapat en suami yang tak minat gak sume tu. Cari punya cari memang susah la nak jumpa yang tak taruk sume tu. Nampak sangat orang lain expert, tak macam awak! *malu*
So saya pon ringankan mulut tanya opismate n ex-housemate saya, Cik Linda yang cantik. Die pon kata tak susah wat rendang ni. Die biasa wat simple je. Takde letak rempah bagai. Yess! So dengan tekunnya saya pon salin la resipi yang die bagi sambil ingat tips2 yang diberikan. Malam tadi saya saje try buat dalam 1kg daging. Alhamdulillah, menjadi! Siyes wehh tak sangka jadi. First attempt dan rasa die sangat memuaskan hati. Pendek kata sedap la. Huahuahua. Tak tipu ni.
En suami pon masa mula2 rasa terkejut sebab saya dok kata tak pandaila, takut tak jadi la, tetiba bile buat die kata sangat sedap! Tinggal bape ketul je daging tu pagi ni. Sahur dengan Rendang Daging dan nasi impit. Kul 3 pagi en suami makan rendang dan nasi impit dengan banyaknya. Kul 430 pagi die makan lagi dengan banyakknya. Sahur katanye. Happy sangat rasa hati ni bila en suami makan masakan kita dengan seleranya. Syukur alhamdulillah.
Rendang Daging Mudah dan Sedap
Bahan-bahan
1kg daging batang pinang (tak perlu rebus dulu sebab daging ni memang dah lembut)
3 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
(dalam picture tak cukup bawang sebab tambah last minute)
*ricih dan blend bahan2 kat bawah ni sampai hancur.
Hancur sampai jadi macam ni:
Cili mesin (sama banyak macam bahan blend tadi)
1 paket kerisik (if nak sedak2 die banyak, taruk lebih la kerisik)
Gula Melaka (hiris sikit n sesuaikan rasa ngan rendang)
Garam
Daun Kunyit (ricih)
Cara-cara Membuatnya
1. Tumis bahan-bahan blend tadi sampai naik bau.
2. Masukkan cili mesin dan masak dengan api perlahan. Bagi cili tu masak betul. Kalau tak, bole sakit perut oiiii
3. Bila agak-agak dah masak cili tu, masukkan daging tadi dan kacau.
4. Masukkan santan cair (pati santan + air) dan kacau.
5. Biar sampai mendidih. Bagi daging masak.
*saya punya kuah ni terlebih lak rasanye. macam bole wat utk 2kg daging. so saya keluarkan yang lebih tu n simpan peti ais. Esok bole masak balik ngn daging cuma tambah pati santan, kerisik n daun kunyit je.
6. Masukkan pati santan. Kacau seketika. Pastu masukkan kerisik dan perasakan dengan gula n garam.
7. Masukkan daun kunyit n kacau sebati.
SIAP!!!!!!!
Boleh hidang n makan ngan lemang or nasi impit. Selamat mencuba! (^_^)
Nasihat saya, jangan mengalah sebelum mencuba. Saya dari dulu dok kata tak reti wat rendang. Susah. Takde inisiatif langsung nak buat. Tapi bila dah kawin ni automatik rasa nak mencuba tu ade. Sebab dah ade orang yang kita kena jaga kan. Alhamdulillah rasa nak memasak tu kuat setelah kawin. Ngeee~
Thanks for reading! ;)
Salam sy nak tny?ni Daging tempatan atau daging import...
ReplyDeletesalam amy..sy tak sure la..sy guna daging dengdeng beli kat pasar basah je ^^
Deleteresepi awak terbaik lah...sedap'
ReplyDeletethanks...
dah try ke linda??yeayyy...memang sedap n sgt mudah..alhamdulillah ;)
Deletegula melaka tu mse bile nk ltak???
ReplyDeletemaizatul: gula melaka tu sy letak sebelum sy letak daging..
DeleteNak Cuba buat jugak ;)
ReplyDeletetry la! excited ni org nak try resipi yg kite post..hehe ;)
DeleteTk pakai rempah ke
ReplyDeletesaya nye resepi tak pakai rempah langsung..jintan masin ke bagai sume saya tak pakai sebab saya tak minat..huhuhu :)
DeleteTeruja plak dapat resepi rendang daging mudah mcm ni. . .nk try buat rendang sendiri la pasni. .xyah tggu balik kmpung ;-)
ReplyDelete-ciknab-
try la ciknab! sgt simple kan..sesuai utk si pemalas cm saya..hehehe
DeleteKalaau tak guna daun kunyit blh tak?
ReplyDeletebetter guna la..sebab rasanye lain if tak pakai..pada saya lagi byk daun kunyit lagi sedap..sbb daun tu la rasa rendang tu naik..pada saya la :)
DeleteAssalam sis. .Trimekaseh tips nye ye sis, dh try..mmg sedap, en.hubby pon kate sedap.
ReplyDeleteMkn smpai menjilat jari hehe. .
Salam sis. Yeke? Alhamdulillah. Pandai awk buat..hehe..no worries..sharing is caring kn? ;)
DeleteTq sis 4 e resepi. ..ptg ni me nj try lah...resepi simple nmpk senang!! Tq again..inshaAllah me akan try ;)
ReplyDeleteCili basah ke cili kering & berapa banyak?
ReplyDeletealhamdulilah...sy baru je cube td...tp lupe letak gula melaka...blh x klo x letak gula melaka?
ReplyDeleteAs Salam Puteri. Terima kasih resipi. Farah dah cuba. mudah dan sedap. :) Entry Farah kat sini http://notamummyfarah.blogspot.com/
ReplyDeleteTerima kasih resepi..first time bt rendang kt perantauan...menjadi dan sedap...
ReplyDeleteAslm. Tahniah puteri. makcik tua ni pun geng malas. jumpa resipi puteri ni, seronok. Nak share idea ngan puteri dan pembaca. Kalau nak buat stai n9 pure, ganti cili kering dengan cili api dan tambah kunyit hidup sebesar ibujari atau kunyit serbuk dalam 1 sudu makan. Sekilo daging, dalam 15 tangkai clili api kampung pedas biasa. Kalau cili extra pedas, 10 tangkai cukup. Gula melaka ganti dengan gula kasar biasa je sbb x mau pudarkan warna kuning tu. Nak buat rendang ayam pun sama je. tq sbb sharing resipi mudah puteri tu. senang anak makcik nak cuba nanti. wslm. - MKCK NOOR, SH ALAM-
ReplyDeleteYeah.. Jumpa pun resepi rendang simple.. Boleh try puasa and raya thn ni.. Thanx ayu...
ReplyDeletewww.shelovevitamin.com
salam...wahhh menarikk sy nk cube lah...
ReplyDeleteKalo xmo daging nk gune ayam ley x sis?
ReplyDelete(e-dah)
memang btul pun.lepas kawin otomatik jiwa nak memasak tu makin kuat.dlu sy pun jarang masak n kdg2 mlas..tp bila tgok org lain pandai memasak rasa tercabar saya dan lama2 sy pon da tahu memasak..hahahah:)
ReplyDeletetq sebab share
Nampak best..lecor liur..musti cuba resepi ni..tq.
ReplyDeleteTq sis..1st time try msak rndang umo dh cecah 29 guna resepi sis puteri.kihkih...2nd plk cr kt google lg rspi sis ni sbb x ingat rspi..teruja coz smua mber mkn smpai licin..
ReplyDeleteTq for sharing...alrealdy try 2×
ReplyDeletefes timer jgk cinet nak buat rendang ni (n lepas kawen jgk br nak buatnye.haha....mcm best resepi ni boley try..sbb xsuke jgk ltk rempah ratus ribu tu..mcm masak kicap je...hihi...thanks sharing..
ReplyDeletesalam singgah.;)
Mudah & sedap!! �� �� Thanks for sharing ��
ReplyDeleteThanks for the recipe, Sis. I ganti blended chilies dengan chili powder pun jadi. Simple and sedap!
ReplyDeletetq..nt uncle nak cuba..duduk seorang di sandakan ni..nak mencuba semua resepi...heheh..keep up the good job..jaga baik baik famili ye..
ReplyDeleteResepi ni mmg win, tetiap kali ada event, org suh masak rendang ni. Hahahha kali ke5 dh rasenye.tq tuan resepi
ReplyDeleteThanks for the simple recipe. dh 3 kali buat guna resepi ni.mmg simple dan sedap
ReplyDeletesya dh try dh resepi sis bulan lepas,,mmg sedap,ni husband request lg utk buat hari ni,,kira lulus la en husband kata..hehe..
ReplyDeletesya dh try dh resepi sis bulan lepas,,mmg sedap,ni husband request lg utk buat hari ni,,kira lulus la en husband kata..hehe..
ReplyDeleteAkk kalo gula melaka gnti dgn gula bole ke?
ReplyDeleteboleh. sebab saya pun guna gula biasa. nak bagi balance rasa pedas, masin, manis.
DeleteHi...boleh tak kite tukar daging ke ayam guna resepi ini..
ReplyDeletepun boleh jugaaa. saya dah buat. sedapppp.
DeleteFirst time buat ni, alhamdulillah menjadi. Makan panas-panas sedap. Tapi daging tu saya tukar ayam. Daun kunyit pulak takde. Tak pakailah. Alhamdulillah rasa rendang tak hilang punnn. Seronok betul masak. Family siap bertambah lagiii. Thanks tau share resepi ni.
ReplyDeleteYeay thanks for the simple recipe. Memang menjadi rendang daging ni.
ReplyDeleteMakan dengan pulut kuning sedap nii
ReplyDeleteSaya try rendang ni untuk Raya ni ..... Tq
ReplyDeleteSalam sis...selamat hari raya...trima kasih kongsi resepi, isteri pregnant minta nk mkn rendang..sy lelaki tak pernah masak rendah, ni pertama kali cuba resepi mudah dan senang nk dpt..yg penting sedap sgt..cuma daging keras sikit sbb daging import tdk rebus dulu..kiki..
ReplyDeleteThank you sebab postkan resipi ni. Saya 1st time masak rendang, semalam, dan alhamdulillah menjadi. Semua orang kata sedap. Resipi yang sangat simple dan sesuai utk 1st timer macam saya ni. Tq ��
ReplyDeleteTerima kasih kak share resepi yg simple sgt. First time buat. Alhamdulillah sedap.
ReplyDelete