Saturday, August 3, 2013

Nukilan menjelang raya


Assalamualaikum

Tinggal lagi beberapa hari je nak raya kan? Lagu raya berkumandang kat sana sini. Kadang2 rasa hepi. Yela first raya bersuami tercinta ;)

Tapi kadang2 rasa sedih. Makin nak dekat raya ni makin teringat n rindu kat arwah mak n arwah abah. Rindu sangat2 kat dorg. Malam tadi tido sampai mengalir airmata. Mimpi mak abah. Rindu sangat2.

Teringat saat2 dulu menyambut raya bersama mak abah. Hepi sangat2. Kadang2 rasa tension pon ade. Sebab kena buat keje umah! Haha. Suruh lap perabot la, cuci cermin la, cat umah la, tunggu depan oven sampai tertido2 sebab nak tunggu biskut raya masak sampai berloyang2, isi biskut raya dalam balang. Selalu saya la jadi mangsa mengisi biskut raya. Masa tu arwah mak selalu bagi ayat manis, "anne pandai susun..anne susun cantik.." kite yang hati dah kembang pon dgn paksa rela susun semua tu. Haha

Pastu shopping baju raya sama2. Tema memang takde la. Sebab masing2 ngan color fav sendiri. Time tu kesian tgk arwah abah sebab banyak sangat keluarkan duit utk kitorg. Masa tu rasa tak sampai ati nak beli baju banyak2. Tapi kejap je rasa tak sampai ati tu. Pujuk2 n buat muka kesian sikit kat abah mesti dapat. Hehe. Sian abah. Barang abah jangan harap la nak beli. Baju melayu abah tu bertahun2 abah pakai yg sama. Sebabnya abah utamakan keperluan mak n anak2 die. Masa tu dah nekad, bila anne dah keje nanti anne lak belikan brg n keperluan raya utk abah. Tapi sayangnya tak kesampaian. Terkilan sgt2.

Sejak mak abah dah pergi, semangat raya sume dah hilang. Tak penah lagi rasa bahagia nak raya macam yg penah saya rasa dulu masa ngan mak n abah. Memang betul la takde sape bole gantikan tempat mak n abah. Tapi syukur alhamdulillah tahun raya saya agak berbeza. Dengan kehadiran suami tercinta, mak mertua dan family mertua. Terasa terisi kekosongan ni. Terutamanya ngan adik ipar yang happy go lucky n banyak cakap. Ade je benda yang nak diceritakan. Huhuhu. Terhibur rasanye.

Semoga raya tahun ni dan raya2 akan datang semakin bermakna dgn kehadiran insan2 baru dalam hidupku. Aminnn... :)

P/s: tak sabar nak posing2 bergambar berbaju raya dgn en suami! ;)

Thanks for reading!

No comments:

Post a Comment