Resipi Karipap Sardin 'Most Wanted'


Assalamualaikum

Geli tak baca tajuk entry ni. Karipap Sardin 'Most Wanted'. Nama tu diberi oleh kakak gue. Actually die buat karipap inti daging masa berbuka ramai2 satu family kat umah die. Asal letak je abis. Letak je abis. Thats why die nama kan karipap tu most wanted. Ngehngeh.







Saya dan en suami merempit ke umah kakak aritu sebab nak elak jem. en suami balik keje kul 6 ptg. dari Setia Alam nak ke Wangsa Melawati. Jem oiiiiii. The best part is en suami belikan kite helmet pink!! Yeayyyyy. Sayang abang banyak2!


Ok sambung ---> Adik die yang tak berapa nak reti memasak ni dok tanya la resipi karipap sardin kat die. Esok nye dengan penuh semangat terus buat! Sebab nye en suami tetib bersuara masa kt umah kakak tu, "kalau inti sardin pon sep gak ni". Ok die bagi hint kat si isteri utk buat karipap sardin! ;)


1st attempt jadi alhamdulillah. Dpt pujian yang nampaknye mcm ikhlas dr en suami. Dan karipap sebanyak lebih kurang 20 biji daku licin dimakan oleh en suami dan family mertua *wink*wink*



Resipi Karipap Sardin 'Most Wanted'


Bahan-bahan:


Inti sardin:


1 tin sardin saiz sederhana

3 tangkai cili merah (if suka pedas tambah cili api)
2 biji kentang yang dah siap direbus (kasi lembut)
2 biji bawang besar (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
10 tangkai cili kering (blend dengan sedikit air) / cili mesin


Kulit Karipap:

tepung gandum
buttercup
sedikit garam
air



*pembetulan: alat pengayak --> alat penguli :)



Cara-cara membuatnya:

1)  Asingkan isi sardin dn kuah. Ketepikan.
2)  Tumiskan bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.







3)  Masukkan 3 sudu cili mesin





*Iklan: Ade pulak yang mengendeng masa tengh masak ni. Haishhh. Sila abaikan surat khabar yang menyemak kat situ sebab ade kaca pecah masa tu. Elakkan dari terkena kasi. Tak senonoh! 





4)  Masukkan isi sardin dan kacau.





5)  Masukkan pula kuah sardin dan cili merah. Masukkan sedikit garam.




6) Masukkan kentang yang dah dipotong kecil. Kacau sampai sebati. 




Inti Sardin siap!!







Cara Membuat Kulit Karipap:


1)  Gaulkan suku buttercup dgn tepung gandum. Agak2 je kuantiti tepung tu. Tak ingat lak banyak mane. Sowieee... Huhuhu. Taburkan garam sikit. Sikit je.




*gaul sampai jadi kuning macam ni:




2)  Masukkan air sedikit demi sedikit bagi doh tu sebati n melekat antara satu sama lain. Maaflah, ni bahasa org yang tak reti memasak.





3)  Sebatikan sampai jadi doh mcm kat bawah ni. Jangan keras sangat n jangan lembut sgt. If keras sangat, tambah air. If terlalu lembut, tambah tepung.





4)  Uli tepung jadi mcm bawah ni:




5) Tekapkan doh tu dgn cawan bulat. Lepas tu letakkan isi n kelim la sendiri.





Saya kelim sume tu sendiri tau. Cantik kan? Kahkahkah. Amik bakat arwah mak :)


Goreng.



Siap untuk dimakan. Nyumms!




*tips utk tak hangus atau hitam karipap. Panaskan minyak. Bila dah panas, tutup api then masukkan karipap. Pastu on balik api dgn sederhana. Sentiasa kacau dan balikkan. Cuba la!


Selamat mencuba kawan2.

Thanks for reading! ;)


Comments

  1. Wah sedapnya ni karipap sardin... thanks 4 the recipe

    ReplyDelete
  2. terbaik karipap sardin awk kelim...seronok tgok org buat kuih2 nie..nk try la

    ReplyDelete
  3. Tak berapa nak kelim..makanya guna acuan je la...��

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2