Monday, August 5, 2013

Juadah di Pagi Raya


Assalamualaikum

Mesti korang dah tak sabar nk raya kan? Saya pon! Lusa hari raya. Yahoooo!

Dalam kepala otak ni dah tak sabar2 nak memasak. First raya as a wife so kena la mula belajar masak kan. Perut suami kena jaga tau. Walaupun die tak suruh kite masak tapi kite dengan rela hati nak belajar dan cuba memasak. Frankly speaking, akak ni tak penah buat RENDANG DAGING mahupun RENDANG AYAM mahupun KUAH KACANG mahupun KUAH LODEH.

Tapi tu la juadah yang bermain di fikiran ku tika dan saat ini. Mihmihmih (ikut trend gelak blogger sekarang).


RENDANG DAGING


Ni menu wajib. Makan lak ngan lemang. Perghhh terangkat! Balik kampung nenek kat Rembau selalu rembat benda alah ni. Hehe. Nenek punya rendang dading takde sape leh lawan!

* pic atas ni bukan rendang daging nenek tau. ni amik kat pakcik google.



RENDANG AYAM


Pic rendang ayam ni pon amik kat pakcik google gaks. Tapi rupa paras die sejibik sejiban dgn rendang ayam arwah mak. Tiap2 kali raya mesti mak masak ni. Dan kami anak beranak jadi tukang bedal. Tapi frust sebab tak sempat nak belajar ngan arwah mak. Sebab selalu wat dono je bila tolong mak masak. Takat kopek bawang, ricih2 bagai je. Taknak amik tau pon rahsia resipi mak  (T_T)


KUAH KACANG



Kuah kacang arwah mak pon tiptop! Ramai sedara yang suh mak buatkan. Pon tak sempat belajar. Takpe, akan ku usaha blaja sendiri sampai dapat rasa yang sama cam arwah mak buat ;)


KUAH LODEH




Ini den tak gomar. Tak berapa nak minat. Hirup2 kuah die bole la. Tak minat makan ngan nasi impit. So takde rasa nak buat. Ngehngehngeh.


AYAM MASAK MERAH




Ini the best menu ever in my life! Saya sangat2 suka makan ayam masak merah. Hari2 mau. Yang ni insyaAllah takde masalah nak buat sebab selalu gak buat. Nama pon favourite kan. Hikhikhik.


If dah settle wat sume tu nanti saya post ye. InsyaAllah. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri uolls! Maaf Zahir dan Batin ye.

Thanks for reading! ;)


No comments:

Post a Comment