Monday, October 24, 2011

Kelas Menjahit Baju

Last week saya attend kelas menjahit baju. Anjuran UPEN. Saje gatal2 join since takde buat ape weekend. Lagipun saya mmg minat jahit menjahit ni. UPEN jemput pengajar dari Kemuning. Cikgu Fiza Guru Besarnya. Hehe. Ok gak dorg ajar. Senang paham la. Next time leh pegi lagi. Sape2 yang minat leh tgk blog Kak Fiza @ Jalabiya House .



Day 1 : Baju Kurung Pesak Riau

blaja buat Polar utk Baju Kurung Riau

Polar Baju Kurung Riau ku :D


Cikgu Fiza..ktorg a.k.a Guru Besar ;)

cikgu tgh mengajar


saya dah nak mula potong kain..excited nye!!

terkial-kial pegang mesin jahit ;p

yeayyy...50% dh siap! ;)

Done!! Baju Kurung Pesak Riau made by Mala :D

bajunye..

kain selisih...
jual2..RM70 sepasang..ade org nk beli ke??haha

Macam tak caya je baju kat atas tu sy wat. Huhuhu. Walaupun tak cantik mane n byk cacat celanye, tapi ok la. At least ade la rupa Baju Kurung Pesak Riau. Hehehehe. Then the second day ktorg belajar buat Blouse & Kain Duyung.


Day 2 : Blouse & Kain Duyung


Polar Blouse saya :)

Polar Leher utk Blouse
kain polkadot yang saya beli kat Cikgu Fiza


ready utk memotong kain :D
bahagian leher

almost done!! :D
yeayyyy!!! Blouse comelku sudah siap!! ;)

bunga comel hasil ciptaan Cikgu Aisyah..tq Cikgu! ;)


wit Cikgu Aisyah :)

the team wit baju hasil ciptaan masing2..ngeh3..
Thanks a lot to cikgu2 yang banyak mengajar saya. InsyaAllah ilmu tu akan ku gunakan sehingga ke akhir hayatku. Huhu. Sekarang ni macam nak usha mesin jahit lak. Tangan ni cam gatal je nak menjahit. Best woo menjahit ni. Puas ati sgt2 bile dh siap. Tp baju kurung agar complicated sikit la. Sebab die ade pesak bagai. Siap dengan kain lagi. Saya lagi suka buat blouse sbb senang. Ishhh tak sabar rasanye nak menjahit lagi. :D

Fyi, kain polkadot yang saya beli tu harganye RM75 utk 4 meter.Cikgu Fiza bawak banyak sgt. Sume cantik2! Rasa nak beli sume je. If sape2 berminat leh la tgk kat website Cikgu Fiza @ Jalabiya House.

Ok, adios!



Dermalogica @ Tini's Spa, Shah Alam

Today's topic is 'Produk Pencuci Muka'. Saya nak tukar produk pencuci muka. Sebelum ni saya pakai Olay. Tapi stil ade jerawat. So rasa nak try produk baru la. Saya pilih Dermalogica since saya pegi wat facial kat Tini's Spa, Shah Alam. Bukan setakat facial, tapi massage n sume tu la. Masa tu guna voucher milkAdeal. So murah la. Just RM48 instead of RM384 for Dermalogica Facial + Aromatherapy Massage + Body Toning + Foot Soak & Light Refreshments. Murah kan? So rajin2 la bukak website milkAdeal tu. So lepas tu rasa nak try produk Dermalogica.

RM193 for Oily Skin Starter Pack
Tini's Spa

Baru pakai tak sampai seminggu. So takleh nak komen sgt la. Huhu.

Sekian.


Wednesday, October 19, 2011

Selena Gomez - Who Says


[Verse 1]

I wouldn't want to be anybody else

( Hey! )

You made me insecure
Told me I wasn't good enough
But who are you to judge
When you're a diamond in the rough
I'm sure you got some things
You'd like to change about yourself
But when it comes to me
I wouldn't want to be anybody else

Na na na na na
Na na na na na na
I'm no beauty queen
I'm just beautiful me

La na na na na na na na na!
La na na na na na na na na!

You've got every right
To a beautiful life
( C'mon! )

Who says
Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me
That's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful
Who says

[Selena Gomez - Verse 2]

It's such a funny thing
How nothing's funny when it's you
You tell 'em what you mean
But they keep whiting out the truth

It's like a work of art
That never gets to see the light
Keep you beneath the stars
Won't let you touch the sky

La na na na na na na na na!
La na na na na na na na na!

I'm no beauty queen
I'm just beautiful me

La na na na na na na na na!
La na na na na na na na na!


You've got every right
To a beautiful life
C'mon

[Chorus]

Who says
Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me
That's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful

Who says
Who says you're not star potential
Who says you're not presidential
Who says you can't be in movies
Listen to me, listen to me
Who says you don't pass the test
Who says you can't be the best
Who said, who said
Won't you tell me who said that
( Yeah, WHO SAID!? )

Who says
Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me
That's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful
Who says(x2)

Monday, October 17, 2011

Belajar Menjahit Manik

Rasanye dah lama sungguh saya tak bercerita & membebel dalam blog ni. Agak kemalasan sikit sejak berbulan2 ni. Kihkihkih. Actually banyak benda nak cerita. Saya kena Demam Denggi (for the 2nd time in my life), Majlis Pertunangan BFF ku, dan macam2 lagi. Tapi arini saya nak bercerita tentang manik. Jahitan manik. rasanye awal tahun saya ade buat entry pasal manik. Pastu senyap. Ok, arini saya nak sambung pasal hobi manik saya ni. Kali ni saya nak belajar buat Manik Crumble. Tapi since baru belajar, tak Crumble sgt la. Huhu.


Saya pilih baju pink ni.. Baju polkadot yang saya beli kt Plaza Masalam. Tak mahal pon. RM59.00 je. Ramai opismate beli baju ni. Cumanye color je lain. Ade yang beli color biru, ade yang color peach n mcm2 lagi. So nak bagi baju nampak lain sikit, so saya taruk la manik kat baju ni. Kira mcm baju eksperimen la ni. Hehehe.

Ok, pastu kena la beli manik. Ade sorang akak kat opis ni ajar beli manik kat GM Klang. Die kata banyak sangat maniknye. Dan murah. So saya pun try la pegi. Kak Aisyah kata kedai n blok color hijau. Masuk2 n try cari then terjumpa. Serius rambang mata! Banyak gile manik die! Harga pon not bad. If beli 12 kalung, manik kecik tu dpt la harga RM1.50. Sederhana pon RM1.50. Yang agak besar sikit harganye RM2.50. Okla tu. If beli kat kedai yang jual packet kecik tu, aritu tgk kt kedai Sayangku Seksyen 9, die jual packet kecik saiz sederhana tu RM4.50. Sangat berbeza ok. Dahla sikit je maniknye. Mau dalam suku je dari full kalung ni. So kira2 rugi dalam RM12.00. Gile tak?? So saya pun advice la korg2 yang nak beli manik tu, beli la kat GM Klang ye. Mmg murah n puas ati.


Saya beli 12 kalung termasuk tasbih tu. Tasbih tu manik yang kilat2 belah kanan skali. Yang tu mahal gak la. Satu kalung tu RM5.20. So tak beli banyak. So total price utk manik ni dlm RM20++. Tak sampai RM30.00 pun.

 

 

So this is the first step. Dah 2,3 kali gak la cabut manik yang dah siap full jahit kat tangan. Biasa la, budak baru belajar. Hehehe. Saya taruk basic dulu so nanti senangla nak jahit yang lain. Idea pk sendiri. Sebab tu tak bape nak cantik. Huhu.







Taraaaaaa. Baru siap takat ni. Haha. Sabar la ye. Nanti dah siap saya update n upload picture lagi ye. Belum kesempatan nak siapkan sume. Saje nak bagi intro dulu kat sini. Hehe.

Ok, adios!

Friday, October 7, 2011

Bersabarlah Duhai Hati



Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

Kenapa Aku Masih Solo?



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.  

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Rahsia Untuk Menjadi Isteri Solehah




Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Baitul muslim atau rumah tangga Islam adalah lahir daripada gabungan suami dan isteri yang soleh dan solehah. Tanpa wujud kedua-duanya atau salah satunya tidak soleh maka akan berlaku kekurangan dan kepincangan maka tidak mungkin baitul muslim tersebut dapat dibena untuk menjadi rumahtangga bahagia.

Isteri yang  solehah adalah komponen penting untuk membentuk rumahtangga bahagia tetapi sebaliknya jika para isteri yang tidak memahami akan tanggungjawabnya sudah pasti akan melahirkan rumahtangga yang kucar-kacir. Kita sedar dan faham terdapat tiga perkara yang membahagiakan iaitu  isteri yang solehah, jiran-tetangga yang baik dan kenderaan yang sempurna.

Wanita adalah penentu buruk baik sebuah masyarakat. Sedangkan masyarakat yang baik lahir dari rumahtangga dan keluarga yang bahagia. Wanita dengan sifat kehalusan yang dianugerahi oleh Allah SWT, sesuai sekali sebagai pengasuh, pendidik anak-anak, pembimbing dan juga penghibur hati suami. Dari sifat asal dengan kehalusan sifat kewanitaan ini jika dididik dan diasuh serta dihalusi hatinya sejak awal-awal maka akan melahirkan kematangan berfikir dan tingkah laku yang mulia sebagai persiapan seorang isteri yang solehah, sudah pasti berhasil.

Ada yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), mempunyai ilmu Islam yang tinggi atau pandai menafsir al-Quran?

Jika memiliki kelebihan tersebut adalah bonus, tetapi jika tidak memiliki sepenuhnya masih layak menjadi isteri yang solehah.

Sebenarnya untuk menjadi isteri solehah bukanlah suatu perkara sukar, dia mesti pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya dan merasai seronok berada disampingnya.
Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Sekiranya senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.
Sahabat yang dimuliakan,
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.?

Rasululullah SAW pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Sabda Rasulullah SAW. dari Ibnu Abbas r.a maksudnya : "Maukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu  wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, gembiralah dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Dari hadis di atas jelaslah kepada kita ukuran seorang isteri yang baik. Ia mampu melayani suami sebaik mungkin dalam segala bidang; ketaatan yang tidak berbelah-bahagi asalkan yang diredai Allah SWT dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suaminya ketika tidak ada di rumah.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.?

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya  adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit daripada golongan kamu yang dapat melakukannya."(Hadis Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita reda atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (Hadis Riwayat Ibn Hibban) 

Isteri yang sengaja enggan melayan hajat suami di tempat tidur tanpa alasan yang menasabah akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Nabi SAW bersabda maksudnya :  "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi."
(Hadis Riwayat  Bukhari)  
Menurut satu kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman dan ketaatan adalah senjata untuk memikat hati suami dan menjamin kebahagiaan rumah tangga yang sedang dibena.

Walaupun kalian belum sempurna dengan ciri-ciri isteri solehah, kalian perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi kriteria ini dengan berdoa dan berazam untuk mencapai tahap solehah yang akan meletakkan kalian menjadi perhiasan terbaik di dunia seperti  hadis Nabi SAW  yang menyatakan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

Thursday, October 6, 2011

Kasih Sayang Allah...


" Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya daripada usaha yang sepertinya sia-sia,
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha...
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih,
Allah sudah menghitung air matamu...

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja,
Allah sedang menunggu bersama denganmu...
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi,
Allah punya jawapannya...
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau berasa tertekan,
Allah dapat menenangkanmu...

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan,
Allah sedang berbisik kepadamu...
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur,
Allah telah memberimu rahmat...

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah telah tersenyum padamu...
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi-mimpi untuk digenapi,
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu...

Ingatlah bahawa di mana pun kau atau ke mana pun kau mengadap,
Allah SWT Maha Mengetahu dan Maha Mendengar..."

~Stanza Cinta~


*Subhanallah...betapa besarnya kasih Allah pada hamba-hambanya...terasa kerdil dan malu diri yang seringkali alpa dan lalai ini.. ;( *