Kasih Sayang Allah...


" Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya daripada usaha yang sepertinya sia-sia,
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha...
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih,
Allah sudah menghitung air matamu...

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja,
Allah sedang menunggu bersama denganmu...
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi,
Allah punya jawapannya...
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau berasa tertekan,
Allah dapat menenangkanmu...

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan,
Allah sedang berbisik kepadamu...
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur,
Allah telah memberimu rahmat...

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah telah tersenyum padamu...
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi-mimpi untuk digenapi,
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu...

Ingatlah bahawa di mana pun kau atau ke mana pun kau mengadap,
Allah SWT Maha Mengetahu dan Maha Mendengar..."

~Stanza Cinta~


*Subhanallah...betapa besarnya kasih Allah pada hamba-hambanya...terasa kerdil dan malu diri yang seringkali alpa dan lalai ini.. ;( *

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2