Thursday, November 29, 2012

Kisah Si Dia & Bowling~


Assalamualaikum

Hari ni saya nak bercerita tentang hobi En Tunang. Terjumpa gambar die dgn hadiah menang masa main tournament so tetiba dapat idea nak share. Huhuhu.

FYI, tunang saya ni mmg gile bowling! Actually masa mula2 kenal die masa kt jakarta dulu pon dh tertarik sebab die minat bowling. Sama lak minat ngan saya. Tapi time tu tak sangka lak minat die memang mendalam kt bowling ni. Ingtkan minat2 gitu je macam saya. Saya ni dalam seminggu kalau bole n ade masa mesti main bowling sekali dua. Main2 je la. Tak terror pon. Main takde seni. Huhuhu.

Masa kat Jakarta dulu die n adik ipar die (Edy) cite yang dorang suka main bowling. Siap ajak saya main bowling kt Jakarta tu. Tapi baru kenal kan. Jual mahal la skit. Kikiki.

Bila balik Malaysia ni, pas die add saya kat fb, 1st PM die berbunyi macam ni, 

" jom maen bowling ptg or mlm ni klo awk free "

Tetiba! Sangat tak romantik ok! Hahahaha. Itula mula nye detik perkenalan kami. Then baru tau yang die ni hari2 g training bowling. Then almost everyday ade tournament bowling. Mula2 pelik gak die ni asyik g tournament je. Tournament ape yang ade hari2 tu? Rupanye die g open tournament. Kat Midvalley, Ole-ole, Ampang Point, Monterez, sampai ke Kuala Selangor n Melaka pon die layan. So saya yang memang dah sedia minat bowling ni rajin gak la follow die g main bowling. Tengok orang main perghhhh sume hebat2. Even 1st date kitorang pon die main bowling. Saya pon main gak la. Kat Ole-ole Seksyen 18, Shah Alam masa tu. Segan gak sebenarnya nak main bowling depan A Bowler. Huhuhuh. 1st time tengok die main rasa kagum! 1st---> sebab strike je memanjang. 2nd---> die main sangat lembut ok! Orang kata 'serupa pondeee'. Hehehehe. Die main spinner. Lembut gile tapi strike. 

Main tournament tu kadang ade luck kadang takde luck. Kadang ade pot, kadang takde pot. Biasa la rezeki kan. Penah sekali tu tetiba masa kat Ole-ole Seksyen 18 tu bole pulak die champ! Terkejut gak sebab time tu tak fokus sgt tgk die main. Tengok tu memang tengok. Duduk je kat belakang tu jadi pom pom girl kan. Tapi takde la mengharap die champ. Masa die ckp die champ tu saya mcm terkejut. Die dapat agak sebab die tgk n perhati markah2 orang lain masa tu. 

Pas abis main tetiba die datang kat saya n kata, 

"Saya champ kot malam ni ". 
Saya macam, "Eh yeke??"
Die kata, "Awak doakan la ye..."  

Tanpa awak tau yang setiap masa saya doakan awk tau. Setiap kali awak nak baling je saya kat belakang tu salu bacakan 'Bismillah' utk awak tau. Bila awak strike or spare mesti saya ucapkan 'Alhamdulillah'. Cuma bila tak dpt tu saya pk takpela, takde rezeki. Saya percaya satu hari nanti mesti ade rezeki utk awak. Selalu saya percayakan bakat awak n doakan awak.  InsyaAllah. I support u from the back bebeh! Yeehaaaaa!!

Alhamdulillah memang malam tu die champion tournament tu. Dapat la RM500. Syukur. Rezeki die. Tapi die ubah kata2 saya tu kpd, " Rezeki kita.." So sweettttt.... ;)

22 July 2012 : champion bowling tournament @ Ole-ole Seksyen 18..congrats sayang!

25 November 2012 : Final MQ @ Ole-ole Seksyen 18

2nd picture ni masa kat Ole-ole Seksyen 18. Buat final MQ masa ni. Dapat tempat ke 15 je masa ni. Hehehe. Biasa la die, RAJA SPLIT!! Kikiki.. Sin die. Psycho dowh ble banyak sgt split. FYI, En Tunang saya ni sangat pandai amik spare. Especially pin 10 n pin 7. Siyes kagum saya tgk. Tapi bile split je terus die jadi lain. Jarang la nak spare if after split. Huhuhu. Sian die. Yela, tension kot split. Padahal baling dah kepala dah. Takpe2 cuba lagi di tahun hadapan!


Esok nye (after final MQ kat Ole-ole) die wat final MQ gak tapi kt Midvalley Megamall. Time tu dapat tempat ke 16. 9 game masa tu. Akak ni esoknye dh la keje. Kul 1 gak la habis game dorang. Stat dlm 9.30mlm. Tapi saya tak kisah. Seronok teman die main bowling. Sebab saya pon minat kan. Rasa nak mainkan utk die pon ade. Erkkk! Terror ke?? Orang tu main sampai 250, awak tu 150 pon belum tentu! Huhuhu. Plus saya jadi pemerhati utk die. Die baling betul ke tak, tangan angkat ke tak, menghenjut ke tak.. Sume tu la. Then kite tegur la die. Baru die betulkan balingan die. Die mane nak perasan masa membaling tu kan. Kita ni la jadi tulang belakang die. Cewahhhh!

Awk selalu tanya saya bila awk nk terror balik macam dulu kan. Awk jangan risau, one fine day hari tu akan tiba. Saya percayakan awak. Saya tak penah give up teman awak main bowling hampir setiap hari. Kita doa je k? InsyaAllah.. Sy percayakan awak. Chaiyokk2!!


Sekian. 

 *p/s: dalam banyak2 gmbar, dua tu je yg sy jumpa..yang lain ntah ke mane tah..huhuhu

Sunday, November 25, 2012

DELETE!!!




Assalamualaikum

Delete!!! Delete ape?? Delete folder?? Delete files?? Bukan.. Tapi DELETE perkara yang dah lepas!! Delete segala jenis kenangan, memory, kisah silam, n anything yang dah lepas. Bole tak? Susah memang susah. Tapi tak mustahil. Nothing is impossible. Yeszaaa!

Kadang2 kenangan silam tu manis. Tapi kadang2 kenangan silam tu menyakitkan hati. Memeritkan. Buatkan kita rasa kita taknak ingat. Manis tu datang sekejap je. Bila pikir punya pikir, yang manis tu akan jadi sangat2 pahit. Melupakan bukan bererti kita membenci. Tapi kita mengelak untuk membenci. Yela, if ingat then kita sakit ati n bengang then what for kita ingat kan? So better kita lupakan then lama2 perasaan tu jadi neutral je. InsyaAllah. If kita benci, bila terjumpa atau terserempak cnfrm2 la kita buat2 tak nampak kan? If let say la perasaan tu jadi natural so automatically kita akan anggap seseorang tu kawan. Bole bertegur sapa, borak n share perkembangan masing2. 

Maybe certain orang akan anggap kita ni kejam sebab nak lupakan kenangan lama. But for me, i have to do it! Seriously! Saya taknak kenangan lama tu mengganggu hubungan yang sedia ada. Sat g kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. So beringat2 la sebelum terlambat.

Lagi pun sebelum kita memulakan hidup baru bersama seorang insan yang bergelar suami (insyaAllah) kita kena prepare mental kita. Buang ape2 yang patut dalam kepala otak ni. Ape yang tak perlu ade kita kena buang. As a wife, tak elok kita ingatkan orang lain (lelaki) apatah lagi rindukan lelaki lain. Berdosa!! Astaghfirullahal azimm. Nau'zubillahi minzalik! Mintak jauh la sume tu. Even if perasaan rindu tu datang sekalipun, cepat2 la beristighfar dan ingat status kita sebagai seorang isteri. 

Itu la yang saya nak praktikkan sekarang ni. So far Alhamdulillah hati saya ade satu je. Iaitu pada En Tunang *wink*wink* Romantik kan saya? Hehehe. Saya juz ingatkan diri saya tentang DELETE if in case saya teringat 'mereka' yang saya kenali dulu. Kalau bole taknak ingat langsung yang saya penah kenal atau rapat dgn orang lain. Hohoho. Kamu kejam MALA! Kejam untuk mendapatkan pahala. Salah ke? As i mentioned earlier, saya taknak jadi isteri yang derhaka. Tujuan kita berkahwin adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Redha Allah datangnya dari redha seorang suami terhadap diri kita. Itu yang saya pegang kuat selama ni. Alhamdulillah. Moga2 pegangan saya tu kuat sampai ke akhir hayat saya. 


Pandang lelaki lain disekeliling saya tanpa perasaan. Datang la lelaki hensem mane pon, saya tetap ingat yang saya dah ade tunang n of cos tunang saya lagi hensem sebab die selalu n sentiasa cuba utk membuatkan saya tersenyum n bahagia. Sayang awak! *malu* 

Except for Aaron Aziz la. For me die tetap hensem! Hahahaha. Mintak maaf ye En Tunang. Saya tak gurau je. (walaupun hakikatnya awak tau saya akan tersenyum2 tergedik2 bila awk sebut nama Aaron Aziz n akhirnya membuatkan awak merajuk!) Tapi comel awak merajuk sebab tu la saya lagi suka kat Aaron Aziz tu! Hehehehe. 

Ok, mari kita tatap gambar Aaron Aziz pujaan ku ;p






Saje taruk pic die ngan family die. Supaya tak cair sgt bila tgk die. Hehehe..

Okbai!






Thursday, November 22, 2012

Abang Tidak Pernah Berikan Cinta Yang Saya Inginkan

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.

Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.”

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?

Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?”
Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan:
.
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.”

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh menaip di komputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
.
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”
.
“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
.
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
.
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.

Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini..


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/berikan-cinta-yang-diinginkan/#ixzz2CwP9QT5V


Subhanallah... Kisah ni sangat menyentuh hati saya...  ;(

Wednesday, November 21, 2012

Tuesday, November 20, 2012

Radiusite : Lynda Roslan (nak jadi cantikkkk!!)



Assalamualaikum

Nak jadi cantikkk.... Jelesnye tengok orang yang cantik2. Hukhukhuk. Especially model Radiusite. Cuba tengok si cantik manis kat bawah ni...
































Cantik kan?? Sangat manis n ayu je. Teringin nak jadi cantik macam die! Bila diselidiki die nama die Lynda Roslan. Dah bertunang seminggu lepas saya tunang (nak jugak mentionnn!! Kikiki) Die bertunang dgn Aizul Marcello pada 14 Oktober 2012 if tak silap. Aizul Marcello pon seorang blogger terkenal. Type je kat pakcik google nama Aizul Marcello. Confirm keluar address blog die. Lynda ni pon blogger gak tapi since nama die dah naik takleh bukak lak blog die. Maybe ade privacy die yang perlu dijaga. Bagus gak. Sat g ade yang dengki mendengki kang menyalahgunakan gmbar2 die atau kisah peribadi die. Goog jod Lynda! Nanti bila saya jadi famous pon nak kena tutup gak blog ni. Kahkahkah! Perah santan la kamu Mala!

Tetiba rasa nk beli tudung Radiusite. Sebab nak jadi cantik cam Lynda ni haa.. Bole ke??

Tapi nak kena bersihkan kulit muka dulu. Makin lama jerawat makin naik lak. Adoiii stress mak! Dah ramai sangat tegur muka saya makin banyak jerawat. I hate u JERAWAT!!

Nak gun balik produk Dermalogica. Elok n kena kat kulit muka saya ni. Pernah try tahun lepas. Alhamdulillah dapat kesan yang positif. Tapi biasa la bila dah abis produknye malas lak nak g beli. Hampeh. Selain tu nak start balik makan Glow n Jamu Perawatan Remaja Putri. Dua benda tu memang melicinkan kulit muka saya suatu masa dulu. Ramai tegur kata nampak elok n cerah kulit muka. Tapi tula, kamu tu pemalas nak g beli bila stock dah abis! Ishhh2...

Btw bawah ni pic Lynda tanpa mekap

 

Pon cantikkk. Teringin nak pakai tudung macam kat bawah ni









Tapi kena ke ngan bentuk muka saya yang berbentuk2 ni? *gulp*

Sekian.





Thursday, November 8, 2012

Petua Aman Dalam Rumahtangga


Assalamualaikum


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin 
harian tadi dengan pelukan dan kucupan.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras\ menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

Monday, November 5, 2012

dugaan orang bertunang...



Assalamualaikum


Alhamdulillah arini 6/11/2012 genap sebulan sudah sy menjadi tunangan kpd Mohd Shukry Noh. Pejam celik pejam celik sebulan sudah. Sebulan ni sebenarnya takde la lama sgt. If nak cerita pasal dugaan bertunang ni rasanye stil belum layak kot. Huhuhu. Tapi so far alhamdulillah hubungan saya dengan En Tunang berjalan dengan baik (^_^)


Kalau nak ikutkan, sebelum tunang lagi banyak perselisihan faham. Nak kata gaduh tu tak la sebab kami tak pernah berperang mulut. Alhamdulillah. Cumanye kadang2 ade perselisihan kat situ la, sini la Biasa la, orang baru kenal n baru nak memahami diri masing2 kan. Bayangkan kitorang kenal dalam bulan 5. Actually kenal hujung bulan 4 masa g Bandung - Jakarta. Tapi bulan 5 baru start kenal2 la. Pastu bulan 10 dah bertunang. Kejap kan? 5 bulan je ktorg kenal then terus bertunang. Taktau la nape hati ni mudah sangat terima En Tunang. Pelik gak tapi tu la kuasa Allah. If itu jodoh kita (insyaAllah) kejap je Allah campakkan rasa suka dalam hati kita. Masa mula2 tu takde la layan sgt En Tunang tu. Jarang la balas sms n call die. Hehehe. Sampai sekarang die dok sebut benda tu. Dulu orang sms bukan main susah nak balas! Call langsung tak angkat! Kikiki. Biasa la, jual mahal sikit. Hehehehe ;p


Ok bila dah mula rapat saya jadi senang ngan die. Sebabnye die selalu buatkan saya ketawa, tersenyum, happy. Die seorang yang sangat sempoi, relax, cool, pelawak (lawak yang spontan). Saya suka sangat sikap yang ade pada die. Ape yang penting? Kerjasama! Eh tu wonderpets la! Ape yang penting, die selalu buatkan saya happy. Pernah sorang member die tanya saya," Ape yang membuatkan Mala tertarik ngan Shuk?" Masa tu 2, 3 bulan kenal kot. Saya pon terpikir, nape ye? Tetiba dalam hati saya dapat jawapan yang sangat ikhlas. Cewahhh! Saya terus jawab kat Abg Jojo," Die selalu buatkan saya happy..." Terus Abg Jojo tersenyum n kata, " Abg setuju! Abg pon selalu pegi umah Shuk n jumpa die bila Abg tension. Memang die mampu buatkan Abg senyum." Ye! Memang tepat jawapan saya tu. Sy memang rasa happy setiap kali dgn die. Die selalu buatkan saya ketawa, senyum, ceria. Die pandai menghiburkan saya. Sangat2 pandai. Die bukan seorang yang membosankan, skema rama, cover sana sini. Die sgt sempoi n relax..... ;)


Sepanjang perkenalan before tunang agak mencabar gak la. Masing2 dengan sikap masing2. Masing2 dengan fikiran masing2. Fuhh memang banyak gak makan hati time tu. Pernah gak sampai terfikir nak teruskan hubungan ni ke tak. Tapi berkat dorongan kwn2 baik n ahli keluarga alhamdulillah hubungan kami dpt diteruskan dengan baik dan sampai jugak ke ikatan pertunangan. Syukur Alhamdulillah.


Makin lama kenal En Tunang makin tenang rasa. Masing2 bole adapt dengan sikap masing2. Diri masing2. Otak saya yang selalu pk negatif dulu slowly hilang. Kadang2 saya rasa hubungan kitorang ni pelik. Biasa orang lain akan manis dulu di permulaan hubungan dan perkenalan. Semua  nye baik2 belaka. Tapi kitorang ni terbalik. Mula2 lagi masing2 dah tunjuk sikap masing2. Diri sebenar. Dan dari situ ktorg cuba terima diri masing2, sikap masing2, ubah mane2 yang perlu. Saya rasa bagus jugak macam tu. Sebab hipokrit tu takde. InsyaAllah. Jangan pas dah ade ikatan baru nak tunjuk belang dah la kan. Kikiki. So far ngn En Tunang ni, tunjuk belang dulu baru ade ikatan. :)


After tunang lagi best! Die layan saya dengan baik sangatttt... Actually few days / few weeks before tunang lagi die dh berlembut dgn sy. Sampai saya jadi pelik. Die sangat baik n berlembut dgn saya. Bukan la saya nak kata die kasar before tunang tu. Tapi die sangat sempoi n kadang2 tu ckp main lepas je. Kadang tu geram jee... Memang die gurau je tapi geram gak kadang2. Hehehe. Bila die dh start sangat lembut dgn sy tu fuhh cairnye saya ngn sikap die tu Allah je yang tau. Bila tanya tu tanya lembut sgt. Bahasa tu pon sangat sopan n baik la! Tgh marah pon hati bole sejuk beku mcm ais. Huhuhu. Dan Alhamdulillah sikap die tu berterusan sampai sekarang (^_^) Thanks En Tunang!! *love*


Orang kata dugaan bertunang ni banyak. Saya takut gak nak bertunang sebenarnya sebab byk sgt dh org kata 'bertunang ni banyak dugaannye'. Sampai saya dah naik jemu nak dengar! Kadang tu rasa taknak bertunang. Nak kawin je terus. Tak pon bertunang sehari dua je. Bole?? Hehehe. Sbb sy benci bila dgr org ckp 'bertunang ni banyak dugaannye'. Serius saya benci. Sebab saya tak suka! Last2 saya cuba ubah perasaan takut tu kepada membuktikan. Yes! Buktikan yang kami mampu lalui dugaan bertunang ni dgn baik! InsyaAllah...


Dan setakat ni Alhamdulillah kami dapat lalui tempoh sebulan pertunangan kami dgn baik. Sangat baik. Boleh dikatakan langsung takde pertelingkahan. Memang kami tak pernah bertelingkah pon. Sepanjang 6 bulan kami kenal ni tak pernah lagi bergaduh. Berselisih paham tu penah la. Tu pon bole kira dgn jari. Setiap kali berselisih paham tu mesti kitorg dapat berbincang dengan baik. Hati yang marah ni pon bole sejuk n memafkan. Pernah sekali tu berselisih paham, ktorg buat hal masing2. Die pegi tah ke mana n saya langsung tak tanya. Time tu saya borak n spend time dengan adik n mak die. Makan beberapa jam gak la die kat luar. Bila die dah balik tu die datang kat saya n tegur sy dgn sangat lembut. Siap panggil 'syg' (biasa la org nak pujuk. kikiki). Saya pon time tu yang dah sejuk jadi makin sejuk hati ni. Dengan muka die yang sangat manis n rasa bersalah tu terpujuk terus hati saya. Betul la org kata, bila tengah marah kita bagi ruang pada pasangan utk tenangkan diri. Kita jangan turut marah bila pasangan tengah marah. Puncanye sebenarnya adalah sy tuduh die something. Jahatnya kamu! Ish3. Then die hangin terus die tinggi suara kat saya. Tak pepenah die tinggi suara macam tu. Saya terus terdiam. Takut ok! Saya tergamam n terdiam je. Dh ras nak nangis tapi tahan je. Huhuhu. Bila diselidiki rupanye memang saya yang salah. Adik die explain perkara sebenarnya kat saya. Benda tu saya tau beberapa hari after gaduh. Dah baik pon time tu. Rasa bersalah lak. Dushhh! Paling menyentuh perasaan adalah lepas dah berbaik tu ktorg keluar. Naik kereta yang die naik masa keluar berjam2 tu la. Dalam kereta tu bila on radio je terpasang lagu 'Tuhan Jagakan Dia'. And guest what?? Kat button radio tu appear icon 'repeat'. That means he keep repeating the same song again and again and again. Bila saya tanya, memang die kata sepanjang die keluar tadi, die dengar lagu tu je. N hati die jadi sejuk bila dengar lagu tu sambil teringat saya. Nah, tu lagi sekali die tunjukkan sikap romantik die dalam diam! Saya tersenyum dalam hati. :)


Ni lirik lagu Tuhan Jagakan Dia - Motif Band



Hanya dirimu yang ku cinta

Takkan membuat aku jatuh cinta lagi

Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku


Aku sungguh mencintai

Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau tak sempurna

Takkan membuat aku jauh darimu

Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai

Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai

Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh sungguh mencintai

Sungguh menyayangi setulus hatiku






Ku bahagia! Terima kasih Ya Allah...



*p/s: tujuan saya share sume ni bukan utk menunjuk pada sape2 atau riak. tapi niat saya hanyalah utk meluahkan perasaan dan ape yang saya lalui di blog saya so that satu hari nanti saya bole baca balik kenangan2 lama saya n insyaAllah if ade jodoh kami dan rezeki kami, saya nak bagi anak kami baca balik kisah perkenalan Ibu dan Abah mereka. Aminnn (^_^)