Tuesday, February 28, 2012

Umrah...


Assalamualaikum





Umrah. Dah lama saya rasa nak pegi umrah. Tapi belum kesampaian. Dan pada masa-masa ni saya rasa teringin sgt n berhajat sgt untuk menunaikan umrah. Nak lari dari bumi Malaysia yang penuh dgn sandiwara, perkara-perkara yang lagho, manusia2 yang penuh hipokrit, hidup dan hati yang penuh dengan noda hitam. Astaghfirullah. Makin bertambah usia, makin besar dugaan dan ujian yang ku hadapi. Lepas satu, satu. Ntah la. Ntah kuat atau tak aku hadapi semua ni. Rasa seolah2 hidup seorang diri. Tanpa kampung halaman, tanpa ibu bapa. Insan sekeliling ade yang ikhlas, ade yang tidak. Ade yang bertindak mengikut rasa hati tanpa memikirkan perasaan insan lain. Orang kata, "ikut suka die je..." Seolah2 dlm kepala otak die kata, "aku tak hadap la takde kwn mcm ko!" Suka hati. Ko kwn la dgn sape2 yang ko rasa ko hadap. 

Masa zaman belajar dulu rasa best sgt. Masa zaman mula2 keje masa kt FSTEP pun best. Rasa mcm diri ini dipenuhi insan2 yang penuh dengan keikhlasan. Kak Mas, Kak Yan, Kak Jue, Kak Yani, Heliah, Epul, Kuri. Miss u guys. Hukhukhuk. Tapi makin lama makin byk ragam manusia yang saya jumpa. Saya pun bukan seorang yang perfect. Serius tak. Saya pun jahat jugak. Kadang2 termengumpat jugak. Termengata. Tapi seboleh2nya saya cuba la elak semua tu. Tapi rasanya takde la saya bertindak sesuka hati tanpa memikirkan hati seorang insan yang bernama 'Sahabat'. Ntah la... Nasib kau la labu......

Setelah rasa penat nak hidup berpura-pura dlm dunia yang penuh hipokrit ni, saya rasa nak membawa diri ke bumi yang penuh barakah iaitu Makkah al-Mukarramah.

Tapi persoalannya kat sini, nak pegi ngan sape ye...?? Hmmm....


Alhamdulillah...terima kasih byk2 atas fitnah yang ditaburkan....


Assalamualaikum

First of all, saya nak ucapkan terima kasih byk2 kepada 'kamu' yang telah menfitnah saya. Alhamdulillah. Seriously, terima kasih la byk2 ye. 'kamu' yang tidak ku kenali yang tak pernah dan takkan pernah ada kena mengena dgn hidup saya telah menaburkan fitnah yang sgt tak boleh ku terima. Thanks! 

'kamu' tak pernah tau cerita sebenar. 'kamu' hanya mendengar cerita yang belum tentu sahih atau tidak. Mendengar cerita dari pihak yang terang dan nyata akan mempertahankan diri mereka. Takpe, Allah Maha Mengetahui. Alhamdulillah. Aku menjadi mangsa fitnah 'kamu'. Semoga 'kamu' mendapat hidup dan rezeki yang berkat hasil daripada apa yang akan 'kamu' buat. Tapi sebelum 'kamu' gunakan otak 'kamu' yang sgt terburu-buru dan tidak matang, baik kamu hayati dulu terjemahan dan hadis kat bawah ni:


Allah SWT menegaskan:"...dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan..." (surah Al Baqarah ayat 217)

Dan andai engkau tidak bertaubat dari dosa fitnahmu serta tidak memohon kemaafan dari saudara yang kamu fitnahi  itu baik berupa kata-kata, tulisan mahupun gambar, maka ingatlah tempat tinggal kamu selepas mati adalah di dalam neraka yang menyakitkan. Syurga nan indah tidak pernah disediakan buat para pemfitnah.

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat: 6)

Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Maka silalah kamu berfikir dengan sedalam-dalamnya sebelum menaburkan fitnah dan menyebarkannya kepada seantero dunia. Saya tak akan membalas perbuatan kamu. Tidak. Kerana saya yakin Allah SWT pasti akan membalas perbuatan kamu dengan setimpalnya. Dan saya juga tidak bodoh untuk turut menjadi kurang bijak seperti kamu. Setiap perbuatan yang kamu buat saya hanya akan ucapkan "Alhamdulillah..." Semoga Allah sentiasa bersama anak yatim piatu yang dizalimi ini. InsyaAllah. 


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "takutilah orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya antara dia dengan Allah tidak ada dinding." (hadith Riwayat Bukhari)


Sekian.


Monday, February 27, 2012

makin berisi


Assalamualaikum



Saya sedang kebosanan. So cari idea untuk menaip benda yang boleh dikongsi se'simple' mungkin. Huhu. 

Saya rasa badan saya dah makin berisi. Berisi sana sini. Tapi yang peliknya nape berat badan saya tak naik. Maintain 48-49kg. Dah penat makan banyak. Bosan.

Yang penting, kucing kat atas tu tetap comel. Hikhikhik

mind your own business!!


*sigh*

Tuesday, February 21, 2012

Jom Belajar Mengaji Al-Quran!

Assalamualaikum..



 Jom kita belajar mengaji Al-Quran. Huhu. Actually saya yang nak belajar mengaji. Nak masuk kelas mengaji balik. Nak belajar balik tajwid, nahu. Last masuk kelas mengaji masa sekolah dulu la. Biasa la, budak2 kan. Mak ayah suh g mengaji kat jiran sebelah rumah. Pegi tu memang la pegi. Masa tu darjah 4 dah naik Al-Quran. Tapi tu la, tak diamalkan baca tiap2 hari sampai dah lupa segala ilmu tajwid yang penah saya belajar. Masa sekolah agama dulu pun belajar sume tu. Naik sekolah menengah dah mula sibukkan diri dengan ilmu duniawi sampaikan makin lalai. Masa kat UUM dulu ade la amik kelas Bahasa Arab. Dengan ustaz dari Arab. Purely Arabian. Nama die tak silap Ustaz Al-Ateef kot. Die ajar memang sgt bagus la. N mudah terima n mudah faham. Belajar basic je la. Arab 1 je kan. Alhamdulillah dapat A masa tu. Berkat ajaran ustaz Al-Ateef.

Ok, back to topic tadi, saya nak masuk balik kelas mengaji. Rasanya dah lintang pukang tajwid bila baca. Setakat syok sendiri je baca. Astaghfirullahalazim. Tak baik betul. Baca pun ikut kerajinan. Ishh, nak berubah la lepas ni. Dulu2 rasa baik la sikit dari sekarang ni. Sejak dah bekerja ni makin lalai. Maybe jugak faktor masa. Tapi benda tu takleh dijadikan alasan. So stop salahkan masa. No no no.

Sedih lak tetiba rasanye mengenangkan diri yang makin lalai dan alpa ni. Rasa nak ulang balik zaman kegemilangan dulu. Huhu. Gemilang sgt tu tak la. Poyo je lebih. Nape la dengan kamu ni Anne (panggilan saya dlm family n diri sendiri). Ish2... 

Dulu pakai tudung bidang 60... Sekarang pakai tudung takde bidang...
Dulu rajin g masjid... Sekarang rajin g shopping kompleks...
Dulu sebelum tido wat Solat Sunat Taubat n baca Surah Al-Mulk... Sekarang sebelum tido bukak Galaxy Tab n main game Smurf...

Astaghfirullahalazim... Berubah la kamu ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah.. So first step nak kukuhkan n betulkan balik ilmu mengaji.. Saya dah survey sikit Kelas Mengaji Di Masjid Negeri, Shah Alam.. So sape2 yang berminat sila la ke blog Faz Melati. Moh le kita ramai2 ke kelas mengaji.. Yuk!

Monday, February 20, 2012

Wanita Paling Cantik Di Dunia!


Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah 2 bulan rupanye saya tak update blog. Lama gak tu. Huhu. Byk kali terpikir nak update tapi asyik tak sempat je. Nak cerita pasal denggi, masuk sepital, Meritus Pelangi Beach Hotel & Spa, kahwin.. Ehh salah...kursus kahwin :p 

Tapi arini nak update pasal perkara yang tak tersebut di atas. Banyak kan topik yang nak dibicarakan? InsyaAllah if ade masa, dapat la diceritakan di sini. Hikhik

Ok, arini nak cite psl Wanita Tercantik Di Dunia. Sape? Cuba teka...... Jeng! Jeng! Jeng!



































































See?? Super duper cantik kan die ni? Sape tak kenal wanita secantik ni. Datin Norjuma Habib. For me, die sgt cantik. Subhanallah. Cantik sungguh ciptaan Allah swt. Takde org yang boleh tandingi die. Sebut je sape? Datuk Siti Nurhaliza, Maya Karin, Neelofa, Nasha Aziz, Britney Spears, Jennifer Lopez? Sume kalah. Hehe. Pada saya la. Pandangan setiap orang berbeza.

Persoalannya kat sini, macam mane nak jadi cantik mcm die ni ek? Bole?? Memang tak laaa. Huhu. Puas la google gambar2 die. Takde satu pun yang menunjukkan die ni tak cantik. Even masa gambar die pregnant yang sgt bulat tu pon stil tak mencacatkan wajah die ni. Saya bukan mengagungkan die ni. Tak. Cuma memuji ciptaan Allah swt (^_^).















Tapi memang tabik la die ni. Tak penah tinggalkan tudung bawal die. Penah sekali dua je la tgk die pakai tudung selain bawal. Tapi memang cantik la die pakai bawal. Asal saya pakai bawal tak cantik ek? Musykil betul la... Huhu