Alhamdulillah...terima kasih byk2 atas fitnah yang ditaburkan....
Assalamualaikum
First of all, saya nak ucapkan terima kasih byk2 kepada 'kamu' yang telah menfitnah saya. Alhamdulillah. Seriously, terima kasih la byk2 ye. 'kamu' yang tidak ku kenali yang tak pernah dan takkan pernah ada kena mengena dgn hidup saya telah menaburkan fitnah yang sgt tak boleh ku terima. Thanks!
'kamu' tak pernah tau cerita sebenar. 'kamu' hanya mendengar cerita yang belum tentu sahih atau tidak. Mendengar cerita dari pihak yang terang dan nyata akan mempertahankan diri mereka. Takpe, Allah Maha Mengetahui. Alhamdulillah. Aku menjadi mangsa fitnah 'kamu'. Semoga 'kamu' mendapat hidup dan rezeki yang berkat hasil daripada apa yang akan 'kamu' buat. Tapi sebelum 'kamu' gunakan otak 'kamu' yang sgt terburu-buru dan tidak matang, baik kamu hayati dulu terjemahan dan hadis kat bawah ni:
Allah SWT menegaskan:"...dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan..." (surah Al Baqarah ayat 217)
Dan andai engkau tidak bertaubat dari dosa fitnahmu serta tidak memohon kemaafan dari saudara yang kamu fitnahi itu baik berupa kata-kata, tulisan mahupun gambar, maka ingatlah tempat tinggal kamu selepas mati adalah di dalam neraka yang menyakitkan. Syurga nan indah tidak pernah disediakan buat para pemfitnah.
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat: 6)
Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maka silalah kamu berfikir dengan sedalam-dalamnya sebelum menaburkan fitnah dan menyebarkannya kepada seantero dunia. Saya tak akan membalas perbuatan kamu. Tidak. Kerana saya yakin Allah SWT pasti akan membalas perbuatan kamu dengan setimpalnya. Dan saya juga tidak bodoh untuk turut menjadi kurang bijak seperti kamu. Setiap perbuatan yang kamu buat saya hanya akan ucapkan "Alhamdulillah..." Semoga Allah sentiasa bersama anak yatim piatu yang dizalimi ini. InsyaAllah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "takutilah orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya antara dia dengan Allah tidak ada dinding." (hadith Riwayat Bukhari)
Sekian.
La tahzan ya ukhti (jangan bersedih wahai saudaraku)...krn sesungguhnya ALLAH SWT takkan mempersia2kan pahala orang yang bersabar seperti awak, firman ALLAH SWT: "Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya ALLAH tidak mempersia2kan pahala orang yang berbuat kebaikan" (Surah Hud: 115)dalam ayat yang lain ALLAH berfirman: "Sesungguhnya ALLAH berserta orang2 yang sabar"(Surah al-Baqarah:153) "Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik" (Surah al-Ma'arij:5)
ReplyDelete