Umrah...


Assalamualaikum





Umrah. Dah lama saya rasa nak pegi umrah. Tapi belum kesampaian. Dan pada masa-masa ni saya rasa teringin sgt n berhajat sgt untuk menunaikan umrah. Nak lari dari bumi Malaysia yang penuh dgn sandiwara, perkara-perkara yang lagho, manusia2 yang penuh hipokrit, hidup dan hati yang penuh dengan noda hitam. Astaghfirullah. Makin bertambah usia, makin besar dugaan dan ujian yang ku hadapi. Lepas satu, satu. Ntah la. Ntah kuat atau tak aku hadapi semua ni. Rasa seolah2 hidup seorang diri. Tanpa kampung halaman, tanpa ibu bapa. Insan sekeliling ade yang ikhlas, ade yang tidak. Ade yang bertindak mengikut rasa hati tanpa memikirkan perasaan insan lain. Orang kata, "ikut suka die je..." Seolah2 dlm kepala otak die kata, "aku tak hadap la takde kwn mcm ko!" Suka hati. Ko kwn la dgn sape2 yang ko rasa ko hadap. 

Masa zaman belajar dulu rasa best sgt. Masa zaman mula2 keje masa kt FSTEP pun best. Rasa mcm diri ini dipenuhi insan2 yang penuh dengan keikhlasan. Kak Mas, Kak Yan, Kak Jue, Kak Yani, Heliah, Epul, Kuri. Miss u guys. Hukhukhuk. Tapi makin lama makin byk ragam manusia yang saya jumpa. Saya pun bukan seorang yang perfect. Serius tak. Saya pun jahat jugak. Kadang2 termengumpat jugak. Termengata. Tapi seboleh2nya saya cuba la elak semua tu. Tapi rasanya takde la saya bertindak sesuka hati tanpa memikirkan hati seorang insan yang bernama 'Sahabat'. Ntah la... Nasib kau la labu......

Setelah rasa penat nak hidup berpura-pura dlm dunia yang penuh hipokrit ni, saya rasa nak membawa diri ke bumi yang penuh barakah iaitu Makkah al-Mukarramah.

Tapi persoalannya kat sini, nak pegi ngan sape ye...?? Hmmm....


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2