Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

Assalamualaikum.



I'm back! Finally after 7 years. Haha. And kali ni nak cerita pasal pengalaman bersalin 2 bulan lepas. Anak ke 4. Anak kedua n ketiga tal cite pon kat sini kan.


Sebabnya masa tgh sarat mengandung aritu, kite dok google la pengalaman org bersalin kat AWCSH tapi sikit sgt review yg kite jumpa. so kite dh pk kalau ade rezeki bersalin kt avisena kte nk cte pengalaman kat sini utk pengetahuan ibu2 lain yg bakal melahirkan anak. sebab ape? skg kn musim covid. hosp gomen mmg mostly penuh. baca review kat grup ibu mengandung kt fb mmg rata2 org share yg pengalaman bersalin kt gomen agak kureng la siap tak dpt katil sampai berhari2. lepas bersalin pon tak dpt katil. tak semua tp kebanyakannya mcm tu. kte rasa benda tu mmg agak logik sbb anak PKP kn ramai. haha. and kebanyakkan hosp fokus kt pesakit covid since kes tgh mencanak2 naik. 


anak ke 2 n ke 3 kte dua2 bersalin kt Hospital Shah Alam. pengalaman mmg tiptop. anak kedua emergency czer sbb fetal distress. jantung bby lemah. masa tu baru 35w6d. tak dpt dielakkan mmg kena czer. redha je la 1st time czer kan. tp doc2 mmg sgt best n cekap. misi ade sorg je yg kekwat. malas nak pk sbb lain2 semua ok. 


org kata lepas czer ble bius dh abis akan rasa sakit sikit2 kan. ohh lupa kte full bius sbb keadaan tak mengizinkan utk half bius. so masuk2 ot lepas dh siap mengucap, kita terus pengsan tak sedar ape. sedar2 masa kt wad pemantuan tu pon lepas nurse kejut. tu pon mamai2 lagi. terus pegang perut, "ëh dh leper.."

mmg since tu sikit pon takde rasa sakit kt tmpt czer until now dh 5 years dah. and tiap kali g check up semuaaaa nurse n doc ckp cantik luka czer. even masa home visit anak ke4 ni pon nurse tanya ni luka czer ke? sy ingatkan kesan perut berlipat. lawa sgt luka ni. bersalin kt mane ni? die katanya haha.

anak ke3 pon kat shah alam alhamdulillah dpt rezeki bersalin normal balik. VBAC org panggil. bersalin czer 1.6.2016. VBAC 20.5.2018. Alhamdulillah. bidan die membantu sgt2. oo lupa, masa bersalin no 3 tu, kite dok menahan contraction dari jam 4pg smp hosp, smp la 5ptg baru bersalin. sepanjang 12 jam tu tak dpt katil. tahan kat kerusi besi je. tp alhamdulillah rasa sakit tu tak teruk sgt. sikit2 je sakitnya sampai nurse tny masa dh 7cm dh masuk labor room tu, die tny btol ke dh 7cm ni? sbb masih mampu borak2 senyum2. terdiam masa contraction je. pastu borak2 balik. mayb sbb masa kul 7pg tu doc dh inject ubat tahan sakit. 1st time amik ubat tahan sakit. masa tu baru 4cm. doc offer kte pon amik la. mmg mamai2 je rasa lepas amik tu. siap tersengguk2 tertido.


So plan anak ke4 nak bersalin kt HSAS (Hospital Shah Alam) gak la.


okla sambung cerita bersalin anak ke4. melalut lak dok cte psl pengalaman anak ke2 n ke 3.


plan nak bersalin kt HSAS atau Hospital Klang 2nd choice sbb wad baru kt klang tu. shah alam penuh gila2 org ckp. ade opismate bersalin bulan 3 aritu pon ckp lepas bersalin, die dpt extend bed kat tepi pintu je. tapi kebaikan die balik cpt la ble semua dh ok. kira kalau kte beranak kul 12tgh malam, kul 6pg tu dh leh balik. tu best la. tp husband mmg takleh teman dlm LR. anak ke3 aritu husband dpt la tgk kte bertarung nyawa bersalin. anak ke2 tak dpt la sbb segala2nya terlalu cpt n kt OT mane dpt masuk kan. kalau swasta bole la kot kn. anak 1st dpt teman sbb bersalin kat umra masa tu.


nak dijadikan cerita, due date kte 11.4.2021. dari sehari ke sehari kte tgu tanda bersalin tak muncul2. even hari due tu masih bole berjalan laju tak smp org tgh sarat. jumpa doc few days before due, buat CTG stil takde contraction. zero contraction. kte check up kt AWCSH since 37w sbb plan nk bersalin sana walaupun masih berbelah bagi memikirkan kos bersalin sana. and penah czer so takut gak kot2 kena czer sbb merisikokan parut lama.

so few days before due date takde ape. jumpa doc balik 14hb doc kata n kita buat planning nak warded bila bagai. check up 14.4.2021 (3 hari overdue) masih sihat aktif bergaya. buat CTG takde contractionnnn. sedih gila dh masa tu. nk dekat sejam gak buat contcarion. dlm 40 mins. sedih n down. sbb kte taknak induce. penah rasa induce anak 1st sakit nak mammmm. serik. natural birth mcm humaira anak ke3 tu relax gle. sakit btol dlm stgh jam je. selebihnya mmg berable. 


lepas buat CTG, jumpa Dr. Norleen. My gynae. mmg mntk nk bersalin ngn die so dr awl check up ngn die. die tny "so how Mala? Stil ok, sihat, takde rasa nak beranak" kte trus takdeeeeeeee. nak nangisssssss. Doc kata tu la sy tgk CTG stil no contraction. takpe kte cuba cek jalan dulu, mana tau dh terbukak ke kan. so doc buat VE, surprisingly dah 4cm! ok dup dap2 dah ni. excited tp takut haha.


so doc kata mayb esok dh leh bersalin. abis check up ni kte terus kena buat swab test dgn husband skali sbb nk teman. esok dh leh dtg masuk ward lepas result dh dpt. so just nice la if esok bersalin. tapi perancangan Allah lagi hebat.


kita n husband trus buat swab test dlm kul 12 tghari gak la lepas settle check up. masa tgu turn nak buat swab test tu kte dh mula rasa sakit2. masa pagi td jumpa doc sikit pon takde sakit2 mcm ni. ni dh sakit2 mcm contraction tp blm regular. masih mampu tahan n bole jalan tanpa benti2. so kte ckp lambat lg la ni. kul 3ptg kte makan mee goreng mamak. hari tu 3 ramadhan. kte tak puasa sbb perut tak tahan lak pagi tu. 

sambil makan sambil stop2 makan sbb mcm makin sakit n dh regular tp kejap 10 minit, kejap 20 minit. takpe kte tahan lg. dlm hati konon nak la mcm org lain. sampai2 hosp dh 6 ke 7cm trus tolak LR n terus beranak. tp dlm kepala pk gak since kte ni GBS positif mcm takleh nk lambat sgt. kang tak smpt nk on antibiotik lak before bersalin. sat g bby kena infection lak. masa tu mmg dh serabut pk mcm2 tp lantak kan je la.

nak dijadikan cerita lagi, hari tu pulak gas habisssss..habis die tu lepas shuk baru lepas balik amik iman dr sekolah. so gas ke mane, lauk berbuka ke mane. dh shuk ngn mak die nk buka ape lak kan. dlm sakit2 tu kte masih pk kan shuk n mak mertua haha. cal gas dh sejam tak smp2. dh kul 6 lebih nk dekat kul 7 dh masa tu. mak mertua lak tak reti pakai pressure cooker utk masak. kte pon offer diri masak menu paling simple. kari ayam. since mak mertua pon mmg plan nk masak kari aritu. kte masak sambil2 stop sbb contraction. tapi berjaya jugak buat kari ayam sedap hahahaha. dlm hati nak makan mee kari lewat2 sikit lepas dh relax2. masa buka kte makan tepung pelita 2 ke 3 ketul tah. tak selera lg nk makan.

so lepas maghrib kte relax2 kt bilik. masa tu shuk solat sebelah kte. kte diammm je sambil tahan airmata. dh menangis dh pon masa tu haha. die tny nk g hosp tak? mcm dh sakit sgt ni die kata. kte kata takpe leh tahan lagi. lepas tu kte caj hp siap main2 hp. tp ble sakit kte stop kejap. shuk kejap2 masuk bilik tny ok tak. ok tak. setiap 2 minit kot. tak die, die mntk anak die masuk bilik cek ummi ok ke tak. ummi pk esok beranak kot ni. so mlm ni ummi ak tdo dulu puas2. haha. ade hati

sampai la satu tahap ni shuk baru je lepas jenguk kte, tetiba kite rasa dlm perut ni bby tendang sekuat hati! tendang tu sbb sebijik mcm humaira tendang masa dlm LR 3 tahun lepas utk pecahkan air ketuban.

dlm hati ummi, ni jap g pecah ni air ketuban. ummi trus pusingkan badan nk turun dr katil. nak bgn tak larat sbb tgh contraction. so pusing je la takut katil basah kan. elok je abis pusing zassssss mengalir air panas keluar. sambil melutut tu ummi nak jerit panggil abah tp tak larat sbb tgh sakit sgt. so tarik nafas dlm2 n jerit panggil abah sambil keluar tak keluar la suara. iman yg ade depan bilik masa tu trus pggl abah kata ummi pggl. 

kelam kabut abah berlari masuk n ummi suh bukak lampu nk tgk air ketuban color ape. die dh cuak dh. since floor ktorg color coklat ummi tak nmpak la color hijau ke tak air tu. tgk mcm jernih je color. abah trus angkat ummi bawak masuk toilet. haa time tu la keluar segala jenis tanda. lendir campur darah berketul2 n air ketuban sambung mengalir lagi. dh color hijau okay. ummi trus mandi n tuka baju nk g hosp. abah dh mcm tak betul kejap ke sana kejap ke sini haha. nasih jgk mak mertua ade so tggl je la bdk2 ni kat umah ngn die. masa tu kul 9.10mlm lebih kurang. dlm kepala ckp alaa tak smpt mkn kari ayam hahahaha. lapar okay masa tu. ni klo air ketuban tak hijau mmg ummi makan jap ni. haha. sbb risau kat bby takut die makan najis die ktorg pon trus la keluar nak g hosp.

dlm lif ckp ngn shuk ni mcm ade kemungkinan besar utk czer ni sbb bby dh berak dlm perut. so kte g gomen je la. nak g shah alam ke klang? die kata takyah pk la. kte pegi je avisena. dlm kepala ummi dh pk belas2 ribu nak kena czer hahaha. syg pulak rasa duit tu. baik beli emas kan. 

so trus la kte ke avisena. masa otw tu kepala dh pk baik la g gomen. smp2 trus beranak n esok dh leh balik. pree je semuaaaa. jimat savings ktorg huhuhu. tp takpela kte g je la avisena. dlm kete mmg diam la sambil mulut non stop doa macam2 n doa nabi yunus tak lekang. 

sambung kat post sebelah la sbb mcm panjang sgt pulak.

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2