Thursday, November 21, 2013

Perginya Seorang Pemuda Islam Yang Mulia



Assalamualaikum

Saya tak pandai nak berkata-kata atau bermadah puisi. Sungguh bukan saya lah kalau saya bermadah puisi tu. Hari ni setelah 19 hari berlalu, baru la saya tahu akan kisah yang sangat menakjubkan bagi saya. Kisah yang menyayat hati dan terkesan dalam hati. 

Kisah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.

Seorang pemuda (satu2nya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)  yang sedang menuntut di Istanbul, Turki telah kembali ke Rahmatullah pada 2 November 2013..hari jadi ku :( 

Allahyarham meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dilanggar oleh ambulans ketika sedang berjalan kaki. 

Ironiknya kisah Ammar ni adalah beliau dikatakan MATI SYAHID. Subhanallah! 

Pagi2 datang ke opis seorang opismate, Kak Fara tetiba kata, "Sedih jugak tengok video Ammar ni kan.."

Saya blur. Saya terus tanya, "Sape Ammar?"

Tetiba kat fb saya terjumpa link berkenaan beliau. Saya bukak n baca link tu. Terus terdetik nak tgk video yang dikatakan sedih n menyayat hati. Sungguh saya menangis tgk video tu! Mengalir air mata n meremang bulu roma ni tengok video selama lebih kurang 25 minit tu.

Saya takleh bukak youtube kat sini. Tapi korang bole juz klik 'Ammar Dalam Kenangan'. Terus akan ade video tu. Saya advise, tengok lah. Boleh datang satu perasaan yang luar biasa dalam diri ni. Sampaikan saya dah tak sanggup nak tengok muka Allhyarham Ammar. Saya tak kenal n tak penah kenal beliau. Tapi kisah beliau dan perjungan beliau sebagai seorang pelajar, muslim, anak, memang sangat terkesan di hati.

Pemimpin dari Turki sendiri mengatakan beliau mati syahid. Nampak tanda2 mati syahid antaranya keluar peluh di dahi. Wajah beliau sangat tenang sebelum dan selepas dimandikan. Mati syahid. Subhanallah. Perkara yang diidamkan oleh semua umat Islam di dunia ni.

Saya sangat kagum dengan perjuangan beliau. Baru berumur 20 tahun tapi dah banyak yang disumbangkan demi memperjuangkan Islam. Dan jenazah beliau dimuliakan dengan ditempatkan di Tanah Perkuburan Eyub yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi salah seorangnya Abu Ayyub al-Ansar.

“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!” – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H


Ade satu blog berkenaan Ammar yang tersentuh dihati saya iaitu Al-Mukminah As-solehah

Al-Fatihah : Ahmad Ammar Ahmad Azam


Tatkala diri terleka dengan dunia, ada insan muda yang membuatku terjaga, bangkit dari mimpi dan angan-angan yang tiada sudah....insan yang dipilih Allah ini, membuatku terpana seketika, betapa usia itu perlu dimanfaatkan sehabis mungkin.....salam takziah...al-fatihah buat mu adik Ahmad Ammar Ahmad Azam...




"setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.  (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.."
-al-imran:185

...pengakhirannya tergambar dengan hidupmu kini...
 



Terasa gelap pandangan seketika, apabila menerima berita yang sangat menyedihkan. Adinda kami, Ahmad Ammar Ahmad Azam, pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul, telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Seorang anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya, seorang sahabat yang terbaik kepada kami semua, dan seorang anak muda yang penuh iman di dadanya dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-citanya, bagi berbakti kepada umat.

Semasa di Istanbul, saya meluangkan masa berbincang dengan beliau dan sahabat-sahabatnya yang menuntut di sana, tentang banyak persoalan, terutamanya keprihatinan beliau tentang program pengajian Sejarahnya yang ketiadaan elemen 'Ilahiyat' untuk membentuk pandangan hidup Muslim. Ia penting kerana Ammar bukan hanya mahu menjadi sejarawan, tetapi sejarawan yang jati diri dan dasar intelektualnya adalah ISLAM.

Terlalu banyak persoalan berbangkit. Tidak sempat dibual sepenuhnya. Bersambung sedikit di Ankara. Kemudian berjanji untuk menyambung diskusi di rumah saya apabila beliau dan rakan-rakan pulang bercuti ke tanah air musim panas baru-baru ini. Namun jadualnya penuh. Saya pun begitu juga. Kami tidak sempat berjumpa. Buku-buku yang saya siapkan untuk bekalannya juga tidak sempat saya serahkan.

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akan dikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.

Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita.


-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
 – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H











Tuesday, November 19, 2013

Touching


Assalamualaikum


Semalam borak dgn encik suami pasal kursus 6 bulan kita.

Die banyak kali tanya kite kena posting kat mane. 

Samada Kedah @ Terengganu @ Johor.

Die kata die nak tuka tempat keje kat mane kite kena posting. 

Tukar sementara sampai kite habis kursus.

Kite terkejut sangat.

Sampai macam tu sekali die sanggup buat.

Tak penah terpikir sampai macam tu sekali die sanggup.

Saya terharu.

Saya sayang sangat awak Suami!


Dari, Isterimu...

*terharusampainaknangis*


Thursday, November 14, 2013

eh eh dah 5 bulan laaaa...


Assalamualaikum

Hye uols! Harini 15 November 2013 genap lah 5 bulan usia perkawinanku. Sedar tak sedar dah 5 bulan dah rupanye. Mesti korang kata, "Alaa baru 5 BULAN... Bukan 5 TAHUN.." Ye betolll!!

Tapi utk org yang newly married macam iols ni jakunnye tak abis lagi. Ngeh3~

Sebelum tu nak cite dulu kejadian malam tadi. Malam tadi kami ade aktiviti di luar. Cehh poyo je. Balik tu dlm kul 11 lebih nak dkt kul 12 la. Kite ni dah penat sgt2. Dalam kete pon dah takleh nak senyum dah sebab ngantuk n letih badan ni. En suami pon suh baring kat pangkuan die sementara die drive nak balik ke umah. Lena uols! 

Tapi die kata kite dah macam Tompok (kucing kesayangan. dah arwah kot *nangis*). Sebab nye die tepuk2 peha die kite pon lentok kat situ. Die gelak2 kata dh macam Tompok! Hampeh

Sampai2 umah kite terus masuk bilik tanpa cuci kaki. Padahal kite bulan jenis yang macam tu. Kite ni disiplin sikit la sebenarnya. Puji diri sendiri. Sebelum tido mesti cuci kaki, gosok gigi, basuh muka. If ade terlebih iman sikit kite amik la wudhuk. Paling penting, masuk bilik je mesti g cuci kaki dulu before naik atas katil. Sebab tah ape2 kite pijak atau bawak dari luar sana tu kan. Nanti bawak tido sekali. En suami bukan jenis macam tu. Die main redah je terus landing. Tapi alhamdulillah lepas kawin die dh terbiasa ngan cara kite. 

Biasa nya kite yang bebel kat die suh cuci kaki bagai. Tapi malam tadi kite yang kena bebel ngan die. Kite dah landing atas katil tapi kaki tak kena katil la. Kira cam senget la. Die bebel suh cuci kaki dulu. Kite wat dono je sebab dh ngantuk sgt. Tak pk nak tido trus pon sebenarnya. Ingat nak rehat jap. Tup2 tertido. Sedar2 hubby tengah lap kaki kite. Alahaiii sweetnye kamuuuu!!! Pastu die alihkan kaki kite naik atas katil. Pastu siap tuka kan kite baju tido. Bagun pagi tadi baru la terpikir sume tu. Rupanye memang kite tdo trus. Haishh teruk!


HOLD MY HAND..... AND NEVER LET GO~









Thanks for reading! ;)



Monday, November 11, 2013

Percutian ke Bukit Tinggi, Pahang Day 1


Assalamualaikum Semua!

Seminggu menghilang. Hoho. Kesibukan dan kemalasan melanda. Tapi Alhamdulillah masih hidup dengan bahagia. Ngeee~

Nak cite ni. Aritu kan kite g bercuti ngan husband kite. Ktorg g Bukit Tinggi. Bukan Bukit Tinggi Indonesia tau. Tapi Bukit Tinggi kat Pahang je. Kite dah lama sangat sangat sangat sangat sangat simpan n pendam harapan nak ke sana tau. Since sekolah menengah teringain sangat nak g sana. Tapi tak kesampaian. Takde orang nak bwk g sana. Sob sob.

Tetiba hubby ajak g sana. Yehuuuu! Asalnye die ajak g Cameron Highlands sebab hubby kite yang tak penah cuti on weekend tetiba dapat cuti ari Ahad. What a miracle! Hehe

So sabtu tu die request keje pagi. Planningnye die balik keje dalam kul 6 ptg ktorg shoot g Cameron Highlands n bermalam satu malam kat sana. Yela isnin masing2 dah keje. Esoknye tu selasa cuti raya haji laks. Tapi pk punye pk Cameron tu agak jauh so hubby suggest g Bukit Tinggi. Kite pon of cos la setuju!

Rupanye dekat je Bukit Tinggi tu ek. Lagi dekat dari Genting Highlands. Dan tempatnye Subhanallah tenang dan aman sangat! Very the santai one la. Especially time malam. Relax sangat2. Sejuk sampai menggigil. 

Perjalanan dari Setia Alam dalam sejam lebih je nak sampai ke sana. Hotel satu2 nya yang ada kat sana adalah Colmar Tropicale. Quite expensive gak la. Satu malam utk 2 orang (Superior Twin Room) dalam RM284.20. Kite booking online. Tu la harganye. Tapi die bagi Deluxe Room without any charge. Rasa cam takde beza je ngan Superior Room tu. Ngehngehngeh.

Ktorg sampai sana malam dalam kul 8 lebih. Malam tu sempat la amik picture gedik sampai kat bilik. Pastu amik pic kat luar n makan malam sekali. Ade beberapa kedai la kat situ. Ade kedai tulis menu in France lagi. So saya n hubby cari kedai yang tulis dalam bahasa yang kami paham. Haha. Dua2 bengong. 



























Ok sambung lain kali sebab susah bebenor nak upload picture!


Thanks for reading! :)







Terserlah sikap seorang suami


Assalamualaikum

Kita lupa nak share something.Cerita bulan 9 aritu.

Something yang tak pernah terjangkau dek otak.

Tak sangka husband kita sebegitu rupa orang nya.

Sebelum kahwin memang tak kenal sangat.

Dah kahwin sikit2 kita nampak macam mane die yang sebenarnya.

Ade sekali tu masa kita penat2 baru balik keje, hubby tengah tengok tv kat ruang tamu. Aritu die cuti.

Macam biasa la, die sambut kite dengan senyuman yang manis membuatkan hati sejuk dengan panggilan yang sgt suka kite dengar. "Sayangggggg......" Thats why saya sentiasa cair ngan abg tau!

Borak2 kejap, pastu hubby suh g naik atas mandi n rehat. Jap g die naik katanye. Kite pon memang penat. So kite pon naik la atas. Bukak2 je pintu bilik. SURPRISEEEE!!!!










*pelakon tambahan*





Ok kite sangat terkejut. Tergamam kejap masa bukak pintu tu. Tersengih2 kite sorg2. Pastu tetiba hubby naik sambil buat muka bangga. Ngehngeh. You are so sweet hubby! Hilang segala penat lelah kite keje aritu. Sempena ape? Hubby pon taktau. Tetiba die rasa nak buat macam ni. Haishhh taktau la nak kata ape.

Yang penting kite terus update instagram kite.




I love u so much sayang!!

Thanks for reading! :)