Perginya Seorang Pemuda Islam Yang Mulia



Assalamualaikum

Saya tak pandai nak berkata-kata atau bermadah puisi. Sungguh bukan saya lah kalau saya bermadah puisi tu. Hari ni setelah 19 hari berlalu, baru la saya tahu akan kisah yang sangat menakjubkan bagi saya. Kisah yang menyayat hati dan terkesan dalam hati. 

Kisah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.

Seorang pemuda (satu2nya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)  yang sedang menuntut di Istanbul, Turki telah kembali ke Rahmatullah pada 2 November 2013..hari jadi ku :( 

Allahyarham meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dilanggar oleh ambulans ketika sedang berjalan kaki. 

Ironiknya kisah Ammar ni adalah beliau dikatakan MATI SYAHID. Subhanallah! 

Pagi2 datang ke opis seorang opismate, Kak Fara tetiba kata, "Sedih jugak tengok video Ammar ni kan.."

Saya blur. Saya terus tanya, "Sape Ammar?"

Tetiba kat fb saya terjumpa link berkenaan beliau. Saya bukak n baca link tu. Terus terdetik nak tgk video yang dikatakan sedih n menyayat hati. Sungguh saya menangis tgk video tu! Mengalir air mata n meremang bulu roma ni tengok video selama lebih kurang 25 minit tu.

Saya takleh bukak youtube kat sini. Tapi korang bole juz klik 'Ammar Dalam Kenangan'. Terus akan ade video tu. Saya advise, tengok lah. Boleh datang satu perasaan yang luar biasa dalam diri ni. Sampaikan saya dah tak sanggup nak tengok muka Allhyarham Ammar. Saya tak kenal n tak penah kenal beliau. Tapi kisah beliau dan perjungan beliau sebagai seorang pelajar, muslim, anak, memang sangat terkesan di hati.

Pemimpin dari Turki sendiri mengatakan beliau mati syahid. Nampak tanda2 mati syahid antaranya keluar peluh di dahi. Wajah beliau sangat tenang sebelum dan selepas dimandikan. Mati syahid. Subhanallah. Perkara yang diidamkan oleh semua umat Islam di dunia ni.

Saya sangat kagum dengan perjuangan beliau. Baru berumur 20 tahun tapi dah banyak yang disumbangkan demi memperjuangkan Islam. Dan jenazah beliau dimuliakan dengan ditempatkan di Tanah Perkuburan Eyub yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi salah seorangnya Abu Ayyub al-Ansar.

“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!” – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H


Ade satu blog berkenaan Ammar yang tersentuh dihati saya iaitu Al-Mukminah As-solehah

Al-Fatihah : Ahmad Ammar Ahmad Azam


Tatkala diri terleka dengan dunia, ada insan muda yang membuatku terjaga, bangkit dari mimpi dan angan-angan yang tiada sudah....insan yang dipilih Allah ini, membuatku terpana seketika, betapa usia itu perlu dimanfaatkan sehabis mungkin.....salam takziah...al-fatihah buat mu adik Ahmad Ammar Ahmad Azam...




"setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.  (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.."
-al-imran:185

...pengakhirannya tergambar dengan hidupmu kini...
 



Terasa gelap pandangan seketika, apabila menerima berita yang sangat menyedihkan. Adinda kami, Ahmad Ammar Ahmad Azam, pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul, telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Seorang anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya, seorang sahabat yang terbaik kepada kami semua, dan seorang anak muda yang penuh iman di dadanya dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-citanya, bagi berbakti kepada umat.

Semasa di Istanbul, saya meluangkan masa berbincang dengan beliau dan sahabat-sahabatnya yang menuntut di sana, tentang banyak persoalan, terutamanya keprihatinan beliau tentang program pengajian Sejarahnya yang ketiadaan elemen 'Ilahiyat' untuk membentuk pandangan hidup Muslim. Ia penting kerana Ammar bukan hanya mahu menjadi sejarawan, tetapi sejarawan yang jati diri dan dasar intelektualnya adalah ISLAM.

Terlalu banyak persoalan berbangkit. Tidak sempat dibual sepenuhnya. Bersambung sedikit di Ankara. Kemudian berjanji untuk menyambung diskusi di rumah saya apabila beliau dan rakan-rakan pulang bercuti ke tanah air musim panas baru-baru ini. Namun jadualnya penuh. Saya pun begitu juga. Kami tidak sempat berjumpa. Buku-buku yang saya siapkan untuk bekalannya juga tidak sempat saya serahkan.

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akan dikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.

Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita.


-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
 – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H











Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2