Tuesday, April 30, 2013

My New Style.. Cewahhh!



Assalamualaikum

Hye uolsss!! I'm back!! Huhuhu. Dah lama menyepi. Kali ni nak membebel lak. Kali ni saya balik bukan sebarang balik tau. Tapi balik dengan imej baru yang lebih comel & elegen!




Comel tak?? Comel kan Kak Ton....

Kikiki.. *saje nak hiburkan diri sendiri*

Okbai!

Sekian.

Wednesday, April 17, 2013

Ohh Allah...



Ohh Allah the one who turns hearts,
 make my heart firm in faith...

Amin Ya Rabbal Alaminnn...



Tuesday, April 9, 2013

Border Lace: DIY done!

Assalamualaikum

Hye semua! Semalam dgn gigihnye saya menjahit border lace sampai abaikan kfc di sebelah. Balik keje kuar jalan2 jap ngan En Tunang. Sampai2 umah je teruskan misi menjahit border lace sampai juling bijik mata akak ni!

Ok, since update guna handphone so gambar berada di bawah sekali. So paham2 la sendiri flow gambar tu ye. Huhuhu
















Testing

Assalamualaikum

Nape takleh update blog guna desktop ni? Hmmm musykil makcik!

Border Lace


Assalamualaikum

Dari semalam saya beria cari Border Lace untuk tampal kat baju peplum hitam saya yang kosong. Baju di hadiahkan ole kawan saya yang minta saya jadi pengapit die (for the last time i think). Ni kali ke-5 saya jadi pengapit ye. Dah penat. Nk pencen. 

Nak dijadikan cerita, die kasi peplum kosong berwarna hitam.




Tu pic yang die whatsapp saya la. Nampak cam grey tapi sebenarnya hitam. So saya pon mula la ligat nak top up aksesori kat baju tu. Saya terus teringatkan border lace. Buat macam kat bawah ni.

 




Lawa kan? So dengan semangatnye saya cari border lace kat Gulati's. Sangat mahal okay! Paling murah pon RM58 semeter. Tu pon sgt simple, tak menarik dan tak cantik. Yang cantik sume above RM100++. So cancel!

Atas nasihat kawan2 dorg suh tgk kat Jakel dan Maya. So saya pegi la survey kat Maya Seksyen 7 dulu. Kwn ckp kat situ bole dapat yang lawa dengan harga RM50. Dengan gigihnya saya pegi waktu lunch hour. Terus jumpa yang berkenan.




RM45 semeter. Kira ok la. Lawa. Ikutkan if beli online lagi murah. Tapi dah tak sempat nak cari yang online nye. So grab je la yg ni. Tu pon ala2 dpt 2 meter sebab die ade atas bawah. So memang sgt berbaloi!


Beli kat MayaSilk Seksyen 7 Shah Alam. Area kawasan Jakel. Dekat ngan Gulati's yang besar tu. Kedai die hujung sekali. 


Then untuk menambahkan aksesori saya terus ke Kedai Sayangku kat Seksyen 9 untuk membeli benda2 alah kat bawah ni. Yang bunga2 comel ni seketul RM1. Mahal okey!







Padanan hitam + gold (^_^)



Balik ni nak terus jahit! DIY je sebab tak sempat nak hantar taylor. So nantikan kemunculannya! *wink*wink*

Sekian.


Monday, April 8, 2013

Satu macam perasaan


Assalamualaikum...

Arini saya ingin meluahkan perasaan dgn serius. Serius ok. *takut*

Sekarang saya berada di rumah. Rumah sewaku yang semakin jarang ku kunjungi. Rumah ni memberi banyak kenangan kepadaku. Kenangan pahit. Kenangan manis. Banyak perkara yang mengembirakan berlaku di sini dan juga banyak perkara yang menyedihkan berlaku di sini. Asalnya aku sgt sayangkan rumah ni. Seolah2 hanya di sini tempat yang bole ku tuju dalam setiap hari2 yg ku lalui. Dan sejujurnya aku masih sayangkan rumah ini.

Rumah ni seakan2 memberikan sentimental value kpd ku. Ape yang ku rasakan kini adalah SEDIH. Baru je melangkah ke dlm rumah ini, hati ni rasa sayu dan sedih. Selama 3 tahun aku menginap di sini. Menyewa di sini. Pada ku itu jangka waktu yg lama bagiku. Dan selama 3 tahun itu juga la arwah abah pergi meninggalkan ku sekeluarga. Selepas pemergian arwah abah, aku hanya menginap di sini. Tiada kampung halaman. Hanya ada rumah kakak n abang2 ku yang seringku kunjungi hingga kini. Pahit manis kehidupan. Jerih perih kehidupan semua ku lalui di sini. Su gguh tempat ini la yang menjadi saksi aku jatuh. Bangun semula. Jatuh dan bangun semula berkali2 sehingga aku berada di mana aku berada kini. Alhamdulillah. Aku sgt selesa dgn ape yg ku miliki kini. Syukur Ya Allah.

Sekurangnya2nya perasaan sedih yg ku rasakan kini tidak lagi ku rasai sejak hadirnya insan istimewa dlm hidupku. Sebelum hadirnya dia, tempat ini la persandaranku pada setiap hari. Setiap minggu. Setiap detik. Berseorangan di sini. Bersendirian. Menangis sendiri memikirkan diri yang malang. Sungguh! Rasa diri ini malang. Hidup tanpa ibu bapa. Tanpa kampung halaman. Tanpa insan istimewa. Astaghfirullahalazim. Aku sangat jahil pada waktu itu. Sangat kufur. Aku terlalu melayan perasaan sehingga aku lupa bahawa ada insan yg lebih malang dariku. Kini aku sedar. Syukur Ya Allah. Terima kasih kerana kembali membuka pintu hati ku.

Selama 28 tahun aku hidup di dunia, saat paling gentar yg ku lalui bermula pada 3 tahun yg lepas. Tahun 2010 onwards. Bermula pertengahan tahun 2012, kesedihanku beransur hilang perlahan2. Syukur.

MOHD SHUKRY BIN NOH. Awak segalanya buat saya kini. Insan yang berjaya menghilangkan kedukaan hati ini. Aku tak mencari insan yang paling sempurna di dunia ini. Cukup la insan yang mampu membuatkan daku rasa sempurna. Insan yang berjaya mengembalikan keceriaan dan kegembiraanku. Insan yang berjaya membuatkan daku tersenyum dengan ikhlas. Insan yang berjaya membuatkan ku ketawa dgn gembira. Awak. Awak la insan tu. Semoga urusan kita utk membina mahligai bahagia tercapai dan dpt diharungi dgn cekal dan tabah. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT hendaknya. Aminnn... Amin Ya Rabbal Alamin....

Saya terlalu sayangkan awak, MOHD SHUKRY NOH....

Saturday, April 6, 2013

lahar cinta



Tersingkaplah tirai cintaku yang lalu
Hangatnya bagai lahar yang membakar bumi
Sehinggakan aku menggelumpur kelecuhan
Bila engkau pergi tak kembali

Kala itu sayangnya engkau padaku
Dan kutelani segala kata indahmu
Kerana ku sangka kau kan terus bersamaku
Tapi hanya sekadar waktu

Seluruh cintamu itu hidup segar dijiwaku
Masih kuterasa
Tak layu ditelan waktu
Tak pudar kasih hatiku
Dan kau masih lagi kusayangi

Walaupun engkau tiada
Namun cintamu terasa
Membendung rinduku sejak dulu hingga kini
Indahnya ku kenang dan pahitnya dah kutelan
Begitu kasihku kepadamu

Ingin aku mengulangi saat indah waktu dulu
Tapi bagaimana dapatkah berulang lagi
Bersamalah kita jadikan pengajaran
Betapa pedihnya oh perpisahan

Mengapa di waktu ini
Aku teringat kembali segala kenangan
Adakah engkau pun sama masih ingat kepadaku
Seolah kita tak pernah berpisah


Tuesday, April 2, 2013

busy


Assalamualaikum

Fuhh dah lama tak update blog! Busy sikit. Dalam masa 2 minggu saya merantau ke 2 negara. Ehh silap! Negeri. Melaka. Perak. Melaka again. So agak tidak berkesempatan utk meng'update'.

Arini rasa nak upload pic malam tadi.




Sesi menayang gigi. 


Gambar home alone wajib ada. *wink*wink*



Lately ni macam2 perasaan ade. Suka. Marah. Geram. Cukup la 3 tu. Tapi taktau nak cerita dari mane. Last2 satu ape pon tak cerita. Haha.

Okay la nak sambung kije.

Sekian.