Tuesday, April 9, 2013

Border Lace


Assalamualaikum

Dari semalam saya beria cari Border Lace untuk tampal kat baju peplum hitam saya yang kosong. Baju di hadiahkan ole kawan saya yang minta saya jadi pengapit die (for the last time i think). Ni kali ke-5 saya jadi pengapit ye. Dah penat. Nk pencen. 

Nak dijadikan cerita, die kasi peplum kosong berwarna hitam.




Tu pic yang die whatsapp saya la. Nampak cam grey tapi sebenarnya hitam. So saya pon mula la ligat nak top up aksesori kat baju tu. Saya terus teringatkan border lace. Buat macam kat bawah ni.

 




Lawa kan? So dengan semangatnye saya cari border lace kat Gulati's. Sangat mahal okay! Paling murah pon RM58 semeter. Tu pon sgt simple, tak menarik dan tak cantik. Yang cantik sume above RM100++. So cancel!

Atas nasihat kawan2 dorg suh tgk kat Jakel dan Maya. So saya pegi la survey kat Maya Seksyen 7 dulu. Kwn ckp kat situ bole dapat yang lawa dengan harga RM50. Dengan gigihnya saya pegi waktu lunch hour. Terus jumpa yang berkenan.




RM45 semeter. Kira ok la. Lawa. Ikutkan if beli online lagi murah. Tapi dah tak sempat nak cari yang online nye. So grab je la yg ni. Tu pon ala2 dpt 2 meter sebab die ade atas bawah. So memang sgt berbaloi!


Beli kat MayaSilk Seksyen 7 Shah Alam. Area kawasan Jakel. Dekat ngan Gulati's yang besar tu. Kedai die hujung sekali. 


Then untuk menambahkan aksesori saya terus ke Kedai Sayangku kat Seksyen 9 untuk membeli benda2 alah kat bawah ni. Yang bunga2 comel ni seketul RM1. Mahal okey!







Padanan hitam + gold (^_^)



Balik ni nak terus jahit! DIY je sebab tak sempat nak hantar taylor. So nantikan kemunculannya! *wink*wink*

Sekian.


2 comments:

  1. Nak tumpang promote: http://www.facebook.com/LaceBeadsRhinestonesAndSuch. Akak jual pearl, satin flower, border lace, rhinestone trimming dgn harga sgt berpatutan

    ReplyDelete
  2. sekarang dapat beli border lace murah di gmklang. kedai yang jual lace murah adalah kedai my collection trading. kedai telephone 0333251470. tingkat 2f-120

    ReplyDelete