Thursday, April 26, 2012

Dominasi Otak


Assalamualaikum

Cuba korang tgk gambar kat bawah ni. Arah mane die berpusing? Kanan ke kini?


Saya baca blog seseorang katanya seperti ini:

Mengikut kajian, kebanyakkan lelaki melihat wanita ini berpusing ke kanan (mengikut arah jam)
Manakala sebahagian besar wanita melihat ia seakan berpusing ke arah kiri (lawan jam)


Dikatakan sekiranya kita melihat ia berpusing kearah kanan maka otak kita dominan di kanan.
Dan sekiranya kita melihat ia berpusing ke kiri maka otak kita dominan di kiri.


Dan saya?? Saya dapat melihat kedua-dua arah. Kanan dan kiri. Tapi saya pelik macam mane bole jadi mcm tu. So saya perhatikan gambar tu tanpa henti. Cewahhh! Dan, hasil kajian saya pula mendapati bahawa gambar tersebut yang memusingkan diri sendri. Hahaha! Lawak kan? Tapi tu la hakikatnya. Juz perhatikan kaki wanita tersebut. Bila die pusing ke kanan, kaki kiri die yang berdiri tegak. Bila kita nampak die berpusing ke kiri, kaki kanan die pulak yang berdiri dengan tegak. Cuba korang tengok. Betul tak kajian saya ni? 


 



Thursday, April 19, 2012

Wednesday, April 18, 2012

Mesin Jahit Komputermatik Singer


Assalamualaikum

Semalam g survey mesin jahit lagik! Kali ni pegi Singer lak. Tanya2 org kedai n bos nye kata bole pulak buat ansuran guna debit card. Taktau nak hepi atau nak sedih. Hukhukhuk. Hepi sebab nampak hajat bakal tercapai tak lama lagikkkk :D

Tapi sedih sebab duit pon larikkk tak lama lagi. Huwaaaaaaa!!! ;(

Tapi kannnn.... Bila test2 mesin jahit tu semalam rasa nak beli tu makin membuak2! Serius! Ishhh.. Tokei tu la. Paksa org try mesin jahit die. Org takmo try tapi die suh gak. Malu sebenarnya nak try. Sbb dah lama tak pegang. Last masa kelas jahitan Baju Kurung Pesak Riau tu la. Hujung thn lepas tak silap. Huhu.

Tokei n akak kedai tu suggest beli Mesin Jahit Komputermatik Confidence - 7465



Features:

50 built-in stitches
2 one-step buttonholes
6 direct-stitch button selection
Push-button stitch selection - select your stitch easily with buttons, not dials
Auto tension - ensures stable stitch quality for every type of fabric
Vivid screen: LED - Clear, crisp display of stitch selection

Price*: RM 1,545 (WM)   RM 1,595 (EM)

Bayar ansuran sebulan dalam RM136 (12 bulan). Yang ini bezanya dengan yang lain2 adalah die punye... Ermm die punyeee... Ape ek die sebut smlm?? Quil.. Quit.. Eh ape tah. Tak ingat makcik! Alaaa, benda alah yang taruk benang bulat2 tu. Mcm kat bawah ni.


Haa yang tu la. Benda alah yang kat gambar tu kan biasa kat bawah tu. Leceh sikit la. Sebab benang selalu putus so kena betulkan baru leh jahit dgn sempurna. So kat sini sy nak bgtau yg mesin jahit model 7465 tu, benda alah nye terletak di atas. Sebaris dengan tmpt jahit. So kebarangkalian untuk putus adalah kurang. Dan senang la nak betulkan if putus. Tak payah nak bukak bagai die punya case kat bawah tu. Akak kat kedai Singer tu kata if baru nak berjinak2 dengan mesin jahit, elok benda model ni la. Senang.

Emm betul jugak tu. Tapi masalahnye design die kurang menarik. Saya minat yang lagi satu ni. Model Mesin Jahit Komputermatik Brilliance - 6180 mcm kat bawah ni 





Features:

80 built-in stitch programs: 6 styles of 1-step buttonholes, decorative stitches, and more
Optimal pre-set optimal stitch settings, fully adjustable
Push button, computerized stitch selection with LCD display
Automatic needle threader
Free arm with accessory storage
Decorative stitch tie off function
3 needle positions
Up to 6.5mm wide zigzag to create more beautiful stitches
Bright LED light
Vertical rotary hook
Complete with extension table

Price*: RM 1,395 (WM)   RM 1,445 (EM)


Features die lagi banyak la. Dan design die pun banyak. Ade 80 corak jahitan berbanding Model 7465, ade 40corak jahitan. Harga pun tak banyak beza. Murah sikit dari 7465 sebab benda alah yang kat atas bawah tu kot. Akak kat kedai yang jual tu la yang bgtau. Emm.. Sekarang ni tgh cnfius nak yang mane satu. Haa, lagi satu beza yang saya suka adalah Model 6180 ni ade meja tambahan. So kain tak senang lari la. Best tu.

Tambahan gambar dan komen yang saya amik kat blog Baisuddin Mesin Jahit untuk Mesin Jahit Komputermatik Brilliance - 6180.

tanpa meja tambahan


 


dengan meja tambahan

"Mesin Jahit Komputermatik Singer 6180 merupakan mesin jahit mudah alih yang komputermatik. Mesin ini amat sesuai untuk para pelajar dan tukang jahit kerana kepelbagaian fungsi baru yang diperkenalkan. Mesin ini dilengkapi dengan motor dan pemijak kaki elektronik yang memudahkan anda mengawal kelajuan mesin disamping memastikan anda mendapat pengalaman menjahit yang menyeronokkan. Jika anda ingin mencari mesin yang mudah dan ringkas, tetapi padat dengan fungsi yang pelbagai, mesin jahit komputermatik Singer 6180 amat sesuai untuk anda.

Antara ciri-ciri utama mesin ini adalah dilengkapi dengan 80 corak jahitan yang tersedia didalam mesin. Corak-corak ini merangkumi kepelbagaian jahitan bercorak terbaru, dan dilengkapi sehingga 6 jenis lubang butang dengan hanya 1 langkah yang mudah. Anda boleh menjahit jahitan biasa seperti jahit lurus atau jahitan zigzag, atau boleh menjahit jahitan bercorak yang boleh dipilih di hujung jari anda sahaja. Untuk menjahit jahitan bercorak, anda hanya perlu menjahit mengikut garisan lurus sahaja kerana mesin ini sendiri akan menggayakan corak yang dipilih. Mudah sahaja.

Mesin jahit komputermatik Singer 6180 menyediakan penggunaan antaramuka yang mudah guna dengan hanya sentuhan butang. Dengan menekan butang yang disediakan, anda dapat memilih corak, mengubah jarak atau saiz corak mengikut kesesuaian fabrik dan corak yang anda perlukan. Selain itu, anda juga akan mendapat lebih idea dengan menggabungkan corak ini mengikut kretiviti anda. Mesin jahit ini juga menyediakan paparan LCD yang risngkas dan mudah difahami bagi memudahkan anda melihat jenis corak yang dipilih dengan sekali imbas pandangan mata sahaja."

Copypaste blog beliau.


So sekarang saya pon taktau which one yang patut saya beli. Ermmm....


 

Monday, April 16, 2012

Bercuti!


Assalamualaikum




10 more days to go. Weeeee~

InsyaAllah saya akan bercuti and going somewhere. Hehehe.. Excitednye. Tak sabar rasanye nak tunggu hari tu. Lagi 10 hari je. Sabar2. 

Padahal nak g kejap je *kecoh*

Sekian.

My wishlist for 2012


Assalamualaikum


Wishlist saya utk tahun 2012 adalah seperti berikut:


1) Mesin Jahit
2) Cake Mixer / Hand Cake Mixer


Dua je! Huhu. Semalam pi survey kat Carrefour sebab nak cari Foot Controller utk Mesin Jahit BlueSky tu. Tapi payah gak nak jumpa. Model yang saya ade tu pun tak dijual di Carrefour Shah Alam. Pastu mata dan hati terpaut pada Mesin Jahit Brother. Huhu. Tapi orang ckp if rosak or hilang, spare part Brother susah nak cari. Thats why saya lebih prefer Singer sbb spare part die senang cari. InsyaAllah akan diusahakan mesin jahit tu secepat mungkin. Aminnnn... ;)

Then sambil2 tu usha la jugak Cake Mixer atau Hand Cake Mixer. Sebab sekarang ni tgh bercita2 nak buat apam polkadot. Huhu. Ade sorg kwn ofis ni die buat apam polkadot aritu. Bukan setakat polkadot la. Ade bentuk 'cinta' (bak kata anak buah), 'lalat' (juga kata anak buah), Strawberi n mcm2 bentuk lagi. Sangat comel ok! Dan juga sangat sedap! Saya tak minat sgt sebenarnya benda2 mcm tu. Setakat tgk n suka sebab comel ade la. Utk makan tu tak la. Tapi tak mcm mane termakan n sampai sekarang dok teringat2. Huhuhu. So niat di hati utk cuba buat la. Dah dapat resipi dah dr die. So sekarang kena beli cake mixer n mesin pengukus je la. InsyaAllah... (^_^)

Tengok la apam yang die but kat bawah ni. Comel sgt! 







gambar selingan..hehehe


1) Mesin Jahit 





Tengok la harganya.. Hoho. Saya mau yang RM799 tu. Kihkihkih. If tak pun, maybe amik Brand Singer kot.


2) Cake Mixer / Hand Cake Mixer





Hand Cake Mixer ni harganye reasonable jugak la. Below RM100 dah leh dpt. Hehe. Yang agak mahal tu rasanye Mesin Jahit tu je la. Berpeluh nak beli tu. Hehehe ;p




Sunday, April 15, 2012

Mesin Jahit Pertamaku...


Assalamualaikum

Dah lama nak beli mesin jahit. Teringin sgt2. Cuma belum kesampaian. Hukhuk. Cumanye weekend aritu masa pegi umah abang, teringat kakak penah kata yang Abg Long ade mesin jahit kat umah. So try la tanya, then die kata mmg ade. Yess!! Tak sia2 membodek die semalam. Tolong sidai baju bagai. Hikhikhik. Ckp ngn die nak pinjam boleh tak? Die dgn murah hatinya kata, "Boleh. Pinjam la.. Kat umah ni tak pakai pun" Yess!! Yess!!! Alhamdulillah. Ini la rezeki namanye.. *wink*wink*


Inilah die mesin jahit Abg Long. Brand BLUEsky. Jenama biasa2 saja. Tapi cukup membuatku puas hati. Okla dari takde kan? Hepi tak terkata ble abg kasi pinjam mesin ni. Die kata lama dah die beli. Dlm 3, 4 tahun lepas jugak la. Tapi dah lama tak pakai. 

Cumanya die kata ade beberapa benda yang takde. Cable, manual, dan ape tah namanye tu. Saya panggil tempat pijak kaki je. Huhu. So nak kena survey la benda2 alah tu. Agak2 mahal ke tak ek harga tempat letak kaki tu. Huhu. Hopefully tak sgt la. If tak, pokai la makcik! (-_-!)

Ble survey2 kat pakcik google, baru tau brand ni keluaran Carrefour. So balik ni terus shoot pegi Carrefour. Tengok jam. Lambatnye nak kul 5!

Sebenarnya idaman hatiku adalah Brand Singer atau Brother. Mcm kat bawah ni.



Ni mesin jahit Singer jenis 2808. Harga lebih kurang RM700.00. Fuh! Harapkan orang bagi hadiah je la ye. Walaupun besday lambat lagi.. (-_-!)

Jenama Brother pon best.



Suka yang ini! Sbb ianya berwarna purple, my fav color! Hehe.

Takpe2, biar pakai yang biasa2 dulu. Bila dah makin mahir baru beli yang mahal skit kan. Lagipun ni pinjam je kot! Tak kuar modal pun. Kuikuikui. So silalah bersyukur ye. InsyaAllah. Alhamdulillah. 


Yeayyy!! Tak sabar nak jahit baju kurung moden utk raya! Yeayyy!!!






Monday, April 2, 2012

A Thousand Years



Suka sangat lagu ni! Enjoyyy... (^_^)

A Thousand Years


Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you

Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

Time stands still

Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer

I have died everyday waiting for you

Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

And all along I believed that I would find you

Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more

One step closer

One step closer

I have died everyday waiting for you

Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you

Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more

~Christina Perri~

 

Sunday, April 1, 2012

Pasrah Segalanya



Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
 
Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya

Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi

Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
 
Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri

Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci


~dehearty~