Sunday, April 15, 2012

Mesin Jahit Pertamaku...


Assalamualaikum

Dah lama nak beli mesin jahit. Teringin sgt2. Cuma belum kesampaian. Hukhuk. Cumanye weekend aritu masa pegi umah abang, teringat kakak penah kata yang Abg Long ade mesin jahit kat umah. So try la tanya, then die kata mmg ade. Yess!! Tak sia2 membodek die semalam. Tolong sidai baju bagai. Hikhikhik. Ckp ngn die nak pinjam boleh tak? Die dgn murah hatinya kata, "Boleh. Pinjam la.. Kat umah ni tak pakai pun" Yess!! Yess!!! Alhamdulillah. Ini la rezeki namanye.. *wink*wink*


Inilah die mesin jahit Abg Long. Brand BLUEsky. Jenama biasa2 saja. Tapi cukup membuatku puas hati. Okla dari takde kan? Hepi tak terkata ble abg kasi pinjam mesin ni. Die kata lama dah die beli. Dlm 3, 4 tahun lepas jugak la. Tapi dah lama tak pakai. 

Cumanya die kata ade beberapa benda yang takde. Cable, manual, dan ape tah namanye tu. Saya panggil tempat pijak kaki je. Huhu. So nak kena survey la benda2 alah tu. Agak2 mahal ke tak ek harga tempat letak kaki tu. Huhu. Hopefully tak sgt la. If tak, pokai la makcik! (-_-!)

Ble survey2 kat pakcik google, baru tau brand ni keluaran Carrefour. So balik ni terus shoot pegi Carrefour. Tengok jam. Lambatnye nak kul 5!

Sebenarnya idaman hatiku adalah Brand Singer atau Brother. Mcm kat bawah ni.



Ni mesin jahit Singer jenis 2808. Harga lebih kurang RM700.00. Fuh! Harapkan orang bagi hadiah je la ye. Walaupun besday lambat lagi.. (-_-!)

Jenama Brother pon best.



Suka yang ini! Sbb ianya berwarna purple, my fav color! Hehe.

Takpe2, biar pakai yang biasa2 dulu. Bila dah makin mahir baru beli yang mahal skit kan. Lagipun ni pinjam je kot! Tak kuar modal pun. Kuikuikui. So silalah bersyukur ye. InsyaAllah. Alhamdulillah. 


Yeayyy!! Tak sabar nak jahit baju kurung moden utk raya! Yeayyy!!!






2 comments:

  1. Mala, lepas ni ape projek jahitan? teringin nak jahit gak...tapi saya enggak kreatif macam kamoo..hehe

    ReplyDelete
  2. cik shaaa...ehh puan shaa...hehehe..lepas ni projek jahitan baju kurung moden for raya..nak hantar tempah takut lambat dpt..so better jahit sendirik!hahaha..saya pun tak terror..tgh bertatih ni haaa... *tepuk dahi*

    ReplyDelete