Satu macam perasaan


Assalamualaikum...

Arini saya ingin meluahkan perasaan dgn serius. Serius ok. *takut*

Sekarang saya berada di rumah. Rumah sewaku yang semakin jarang ku kunjungi. Rumah ni memberi banyak kenangan kepadaku. Kenangan pahit. Kenangan manis. Banyak perkara yang mengembirakan berlaku di sini dan juga banyak perkara yang menyedihkan berlaku di sini. Asalnya aku sgt sayangkan rumah ni. Seolah2 hanya di sini tempat yang bole ku tuju dalam setiap hari2 yg ku lalui. Dan sejujurnya aku masih sayangkan rumah ini.

Rumah ni seakan2 memberikan sentimental value kpd ku. Ape yang ku rasakan kini adalah SEDIH. Baru je melangkah ke dlm rumah ini, hati ni rasa sayu dan sedih. Selama 3 tahun aku menginap di sini. Menyewa di sini. Pada ku itu jangka waktu yg lama bagiku. Dan selama 3 tahun itu juga la arwah abah pergi meninggalkan ku sekeluarga. Selepas pemergian arwah abah, aku hanya menginap di sini. Tiada kampung halaman. Hanya ada rumah kakak n abang2 ku yang seringku kunjungi hingga kini. Pahit manis kehidupan. Jerih perih kehidupan semua ku lalui di sini. Su gguh tempat ini la yang menjadi saksi aku jatuh. Bangun semula. Jatuh dan bangun semula berkali2 sehingga aku berada di mana aku berada kini. Alhamdulillah. Aku sgt selesa dgn ape yg ku miliki kini. Syukur Ya Allah.

Sekurangnya2nya perasaan sedih yg ku rasakan kini tidak lagi ku rasai sejak hadirnya insan istimewa dlm hidupku. Sebelum hadirnya dia, tempat ini la persandaranku pada setiap hari. Setiap minggu. Setiap detik. Berseorangan di sini. Bersendirian. Menangis sendiri memikirkan diri yang malang. Sungguh! Rasa diri ini malang. Hidup tanpa ibu bapa. Tanpa kampung halaman. Tanpa insan istimewa. Astaghfirullahalazim. Aku sangat jahil pada waktu itu. Sangat kufur. Aku terlalu melayan perasaan sehingga aku lupa bahawa ada insan yg lebih malang dariku. Kini aku sedar. Syukur Ya Allah. Terima kasih kerana kembali membuka pintu hati ku.

Selama 28 tahun aku hidup di dunia, saat paling gentar yg ku lalui bermula pada 3 tahun yg lepas. Tahun 2010 onwards. Bermula pertengahan tahun 2012, kesedihanku beransur hilang perlahan2. Syukur.

MOHD SHUKRY BIN NOH. Awak segalanya buat saya kini. Insan yang berjaya menghilangkan kedukaan hati ini. Aku tak mencari insan yang paling sempurna di dunia ini. Cukup la insan yang mampu membuatkan daku rasa sempurna. Insan yang berjaya mengembalikan keceriaan dan kegembiraanku. Insan yang berjaya membuatkan daku tersenyum dengan ikhlas. Insan yang berjaya membuatkan ku ketawa dgn gembira. Awak. Awak la insan tu. Semoga urusan kita utk membina mahligai bahagia tercapai dan dpt diharungi dgn cekal dan tabah. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT hendaknya. Aminnn... Amin Ya Rabbal Alamin....

Saya terlalu sayangkan awak, MOHD SHUKRY NOH....

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2