Abang Tidak Pernah Berikan Cinta Yang Saya Inginkan
Suami
saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya
menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3
tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui,
bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan
halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah
saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.
Rasa
sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang
romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap
cinta yang ideal.
Suatu
hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa
saya inginkan penceraian.
“Mengapa?”
Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti
letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.”
Dia
diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah
sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah,
seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh
saya harapkan daripadanya?
Dan
akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?”
Saya
merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti
ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan
mengubah fikiran Siti.
Seandainya,
Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua
tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang
akan lakukan untuk Siti?”
Dia
termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”
Hati
saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di
rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji
gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan:
.
‘Sayangku,
Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk
menjelaskan alasannya.”
Kalimah
pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti
boleh menaip di komputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya
menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh
membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
.
“Siti
selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan
kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika
pulang.”
.
“Siti
suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya
sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari
satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke
rumah.”
.
“Siti
selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan
Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu.”
.
“Siti
lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’.
Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau
meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti
selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata
Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat
menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan
Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati
matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang
bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi
sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak
sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku,
Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang
mencintai Siti.”
“Untuk
itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak
cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan
mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata
saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi
saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan
sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan
semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong
bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu
jawapan Siti.”
“Tetapi,
jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan
barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah,
bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya
terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera
berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah
gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya
tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.
Itulah
cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita
kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita
inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita
bayangkan sebelum ini..
dari:
http://akuislam.com/blog/renungan/berikan-cinta-yang-diinginkan/#ixzz2CwP9QT5V
Subhanallah...
Kisah ni sangat menyentuh hati saya...
;(
salam kenal..cerita ni sgt menyentuh ati sy.follow kamu
ReplyDelete