Posts

Showing posts from September, 2012

smile

In life, sometimes all you can do is SMILE and move on with your day, hold back your tears, and pretend that you’re okay... (^_^)  

Doaku...

Assalamulaikum ya Allah, jika benar dia jodoh ku.. kau satukanlah kami.. jika benar dia milikku, kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam.. jika benar dia yang terbaik buatku.. kau peliharalah perasaan cinta antara kami.. agar kami saling mengasihi.. agar kami saling menghormati.. jangan ya Allah.. kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak sanggup kami terima... sungguh ya Allah, aku lemah dalam mengharungi segala ujian yang engkau turunkan.. benar ya Allah, aku sangat mencintai dirinya dan keluarganya.. Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama.. dan dia bukanlah yang terbaik untukku ya Allah.. kau tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya.. Kau jauhkanlah hati-hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang.. kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu ya Allah.. Jangan Ya Allah.. jangan kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam.. Engkaulah yang Maha B

Warkah Seorang Ibu Buat Anak

Assalamualaikum Warkah seorang ibu buat anaknya yg mempunyai masalah rumahtangga dgn suaminya... Inilah laluan CINTA Anak ku, Memang indah menjadi isteri yang dicintai suami. Inilah yang menjadi impian para isteri. Tetapi indah bukan menjanjikan tenang, bahagia apatah lagi keselamatan yang kekal, anak ku. Kerana itulah ibu berani berkata bahawa jika cinta suami gagal kau perolehi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di dunia ini. Apatah lagi, kebahagiaan yang kita burui adalah kebahagiaan yang kekal di Akhirat nanti. Memanglah hebat, jika suami isteri saling cinta menyintai. Tetapi apabila berlaku tidak seperti apa yang kita mahu, pasti ada sesuatu yang ingin diberikan oleh Allah kepada mu... Anak ku, Bila engkau memandang segalanya dari Allah, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hati mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusah-nyusahkan hidup mu...pasti akan damailah hati

tears of sadness~

Image

Maafkan ku Wahai Sahabat...

Assalamualaikum Tabahkan hatimu wahai sahabat.. Aku tidak akan sekali2 menghubungimu kerana aku tak mahu kau lebih terluka.. Maafkan aku untuk segalanya... Mungkin bukan jodoh kita berdua... Selama hampir 7 tahun kau menungguku... Namun selama itu lah hatiku masih belum terbuka untuk dirimu... Aku sendiri tidak tahu di mana salah dan silapnya dirimu... Tetapi ketahuilah bahawa sesungguhnya hati kita bukan milik kita... Hati yang rapuh ini adalah milik Allah swt... Bukan aku tak pernah mencuba untuk menerima dirimu dalam hidupku.. Pernah... Daripada zaman universiti dahulu sampai umurku meningkat dewasa... Tapi sayangnya hatiku tak pernah terbuka untukmu... Mungkin hatiku ini bukan milikmu... Benarlah kata orang, cinta tak semestinya memiliki... Aku bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihanku... InsyaAllah... Jejaka yang baru ku kenali selama hampir 5 bulan... Alhamdulillah dengan mudah aku dapat menerima dirinya... Sedangkan dirimu aku kenali selama

Teman Pengganti

Image
Ketawa bersama Menangis bersama Ku bersumpah harap kita Mati pun bersama Sejak dua menjak ini Makin kerap ku diganggu visi Bila celik, juga bila mimpi Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi Dia membelaimu dengan izin dan permisi Sentuhan katanya semuanya kau iakan Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan Aku redha walau tidak ku damba Walau hampa semuanya dah dijangka Beberapa purnama dulu cinta bertahta Kenangan dibina kita indah belaka Ketawa bersama, menangis bersama Ku bersumpah harap kita mati pun bersama Namun hakikatnya, bukan mudah Aku sembunyikan gulana-gundah Segalanya kan berubah Dengarkan apa yang ku mahu luah Rahsia ini Telah lama ku pendamkan Tiba masanya Segala-galanya Ku ceritakan Aku kan pergi Pergi ku tak akan kembali Tiba masanya Kau cari teman pengganti Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias Kita tak terlepas dari terkena tempias Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas

Gubahan Barang Hantaran

Image
Assalamualaikum Alhamdulillah akhirnya saya dpt idea utk buat barang hantaran. Ngee~ Cantik kn?? Hantaran tu guna ala2 alas bantal. Sgt cantik ok! Saya tgk kat blog Amirul (kat bwh ni) ni nampak senang la nk buat. Tak susah. Tak sabar rasanye nak buat. Huhu. Cantikk... Doakan saya dpt buat dgn cantik ye. Ok bye! (^_^)

Checklist for Majlis Pertunangan

Image
Assalamualaikum... Adoiii pening! Pening! Pening! Rupanye nak bertunang ni tak semudah ABC kan. Huhuhu. Byk gak benda nak kena pk dan buat. Tu baru nak bertunang. Awak dah pening. Nak kawin nanti lagi la. Huhuhu. Ok, utk permulaan, saya akan buat checklist dulu utk Majlis Pertunangan saya nanti. InsyaAllah. (^_^) 1) Cincin Tunang / Cincin Merisik 2) Bekas Cincin 3) Barang-barang Hantaran 4) Tempahan Baju Tunang 5) Baju Melayu Bakal Tunang 6) Caterer 7) Pelamin Mini 8) Photographer 9) Make up 10) Senarai Jemputan Emm, so far itu je yg sy terpikir. Ape lagi ye?? Itu je pon dh rasa pening kot. Huhu. Ok, sekarang kte tgk bape percent yg dh settle ikut checklist tu. 1)  Cincin Tunang & Cincin Merisik  (DONE!!) 2) Bekas Cincin 3) Barang-barang Hantaran 4) Tempahan Baju Tunang  (DONE!!) 5) Baju Melayu Bakal Tunang  6) Caterer  7) Pelamin Mini  8) Photographer  9) Make up  10) Senarai Jemputan  Aiyokk, baru 2 benda je yg betul2 settle. Tinggal lagi 4 minggu je n