Jodoh di Tangan Allah...
Assalamualaikum
Saya terjumpa satu artikel menarik ni tapi tak ingat saya dapat dari mane. Saya terjumpa balik dalam simpanan kat handphone saya. Sedih masa baca artikel ni. Nice sangat utk dikongsi bersama :)
Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak,
"Mana
satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak
jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana
Allah.."
Saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu
sayang kita kerana apa?"
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian
tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam
hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari
mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu
hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..
" mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan
terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang
tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung
"Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha
Allah.."
Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar
manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi
antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan
magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan
gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan
rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak
berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.
Emak
buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire..
Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum
kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut
arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang
miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu
tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia
jika dia sah suami mak..
Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia
menerima balasan cinta tu."
Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada
emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia
ke?"
saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa
kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak
untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..Mak,
seperti kakak.."
mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu
saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz
ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat
doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat
pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak
pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan
cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan
awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman
tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut
bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami
dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi
nampak jambulnya.."
Emak melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas
tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak
pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan
emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah
satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh
ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat
rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena
fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah
marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas
tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak
sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan
pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya
seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama
mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.
Saya diam.
Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila
kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu
keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di
atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan
dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta
mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana
kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak
azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita
yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego
saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, "Allah itu
Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu
menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu
degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam
Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain
seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan,
kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada
batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi,
tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan
seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan,
kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan
rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan
lain, kita pula dengan yang lain..
Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita
dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita
dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha
Allah..
Perbezaannya, dia halal untuk isterinya
sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti
yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada
saya persoalan hati ini.
"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham,
jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu
jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai
isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa
yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap
kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada
Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita
mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai
sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan
sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..
Dan apabila kita membenci seseorang atau
sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci
sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.."
"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada
kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk
mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena
dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati
kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya
bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak
rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan
Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia.
Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,sempurna dan
bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan
dungu..Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai
sahaja yang mampu mengerti. "
Redha
"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah
hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha..
Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak
sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran
kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan
telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada
kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia
bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan
yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang
kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..
Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap
pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah
lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak
sangat-sangat kuat.
"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk
mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni
pada Allah untuk Dia pelihara.."
Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak
dan air mata yang mengalir ke bahu saya...
Nice kan? Hmm... ;(
nice.:)
ReplyDeletethnx muna :)
DeleteYa Allah :') Baru aku tahun :/
ReplyDelete