Posts

Showing posts from November, 2012

Kisah Si Dia & Bowling~

Image
Assalamualaikum Hari ni saya nak bercerita tentang hobi En Tunang. Terjumpa gambar die dgn hadiah menang masa main tournament so tetiba dapat idea nak share. Huhuhu. FYI, tunang saya ni mmg gile bowling! Actually masa mula2 kenal die masa kt jakarta dulu pon dh tertarik sebab die minat bowling. Sama lak minat ngan saya. Tapi time tu tak sangka lak minat die memang mendalam kt bowling ni. Ingtkan minat2 gitu je macam saya. Saya ni dalam seminggu kalau bole n ade masa mesti main bowling sekali dua. Main2 je la. Tak terror pon. Main takde seni. Huhuhu. Masa kat Jakarta dulu die n adik ipar die (Edy) cite yang dorang suka main bowling. Siap ajak saya main bowling kt Jakarta tu. Tapi baru kenal kan. Jual mahal la skit. Kikiki. Bila balik Malaysia ni, pas die add saya kat fb, 1st PM die berbunyi macam ni,  " jom maen bowling ptg or mlm ni klo awk free " Tetiba! Sangat tak romantik ok! Hahahaha. Itula mula nye detik perkenalan kami. Then baru t

DELETE!!!

Image
Assalamualaikum Delete!!! Delete ape?? Delete folder?? Delete files?? Bukan.. Tapi DELETE perkara yang dah lepas!! Delete segala jenis kenangan, memory, kisah silam, n anything yang dah lepas. Bole tak? Susah memang susah. Tapi tak mustahil. Nothing is impossible. Yeszaaa! Kadang2 kenangan silam tu manis. Tapi kadang2 kenangan silam tu menyakitkan hati. Memeritkan. Buatkan kita rasa kita taknak ingat. Manis tu datang sekejap je. Bila pikir punya pikir, yang manis tu akan jadi sangat2 pahit. Melupakan bukan bererti kita membenci. Tapi kita mengelak untuk membenci. Yela, if ingat then kita sakit ati n bengang then what for kita ingat kan? So better kita lupakan then lama2 perasaan tu jadi neutral je. InsyaAllah. If kita benci, bila terjumpa atau terserempak cnfrm2 la kita buat2 tak nampak kan? If let say la perasaan tu jadi natural so automatically kita akan anggap seseorang tu kawan. Bole bertegur sapa, borak n share perkembangan masing2.  Maybe certain orang ak

Abang Tidak Pernah Berikan Cinta Yang Saya Inginkan

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. “Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terke

love (^_^)

Image
Senyum sampai telinga! Ngeee~ *saje nak kongsi kegembiraan (^_^)

Radiusite : Lynda Roslan (nak jadi cantikkkk!!)

Image
Assalamualaikum Nak jadi cantikkk.... Jelesnye tengok orang yang cantik2. Hukhukhuk. Especially model Radiusite . Cuba tengok si cantik manis kat bawah ni... Cantik kan?? Sangat manis n ayu je. Teringin nak jadi cantik macam die! Bila diselidiki die nama die Lynda Roslan . Dah bertunang seminggu lepas saya tunang (nak jugak mentionnn!! Kikiki) Die bertunang dgn Aizul Marcello pada 14 Oktober 2012 if tak silap. Aizul Marcello pon seorang blogger terkenal. Type je kat pakcik google nama Aizul Marcello. Confirm keluar address blog die. Lynda ni pon blogger gak tapi since nama die dah naik takleh bukak lak blog die. Maybe ade privacy die yang perlu dijaga. Bagus gak. Sat g ade yang dengki mendengki kang menyalahgunakan gmbar2 die atau kisah peribadi die. Goog jod Lynda! Nanti bila saya jadi famous pon nak kena tutup gak blog ni. Kahkahkah! Perah santan la kamu Mala! Tetiba r

Petua Aman Dalam Rumahtangga

Assalamualaikum 1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. 2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin  harian tadi dengan pelukan dan kucupan. 3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. 4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. 5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. 6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. 7. Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. 8. Mudah berbaik jika berlaku seba

dugaan orang bertunang...

Image
Assalamualaikum Alhamdulillah arini 6/11/2012 genap sebulan sudah sy menjadi tunangan kpd Mohd Shukry Noh. Pejam celik pejam celik sebulan sudah. Sebulan ni sebenarnya takde la lama sgt. If nak cerita pasal dugaan bertunang ni rasanye stil belum layak kot. Huhuhu. Tapi so far alhamdulillah hubungan saya dengan En Tunang berjalan dengan baik (^_^) Kalau nak ikutkan, sebelum tunang lagi banyak perselisihan faham. Nak kata gaduh tu tak la sebab kami tak pernah berperang mulut. Alhamdulillah. Cumanye kadang2 ade perselisihan kat situ la, sini la Biasa la, orang baru kenal n baru nak memahami diri masing2 kan. Bayangkan kitorang kenal dalam bulan 5. Actually kenal hujung bulan 4 masa g Bandung - Jakarta. Tapi bulan 5 baru start kenal2 la. Pastu bulan 10 dah bertunang. Kejap kan? 5 bulan je ktorg kenal then terus bertunang. Taktau la nape hati ni mudah sangat terima En Tunang. Pelik gak tapi tu la kuasa Allah. If itu jodoh kita (insyaAllah) kejap je Allah campakkan rasa suka