Posts

Showing posts from December, 2012

Tips Bagaimana Memakai Selendang Morocco

Image
Assalamualaikum Tips bagaimana memakai selendang morocco Salam gorgeous ladies, Ramai yang bertanya kepada saya macamana nak menggayakan selendang Morocco yang berbentuk tiga segi tu. Senang aje sebenarnya, jom kita tengok cara pakai selendang ni! 1.  Mula-mula letak selendang di atas kepala.  Pastikan sebelah panjang dan sebelah lagi pendek.  Panjang bahagian yang pendek tu searas dengan siku tau.  Pinkan di dagu, jika mahu supaya nampak selesa (saya tak pakai pin pun!). 2.  Naikkan bahagian yang pendek ke bahu seperti gambar di atas ni. 3.  Naikkan bahagian yang panjang ke atas untuk dililit ke kepala.  Adjustkan bahagian tiga segi supaya nampak beralun dan bunga rosnya terletak. 4.  Ok akhir sekali, lebihan hujung selendang yang di sebelah kiri tadi dibawa ke bahu kanan dan dipinkan. Done !     Copy paste dari blog  Inspirasi Rania . Cantik lak tengok die pakai macam ni. Balik kang nak cari satu tudung Morocco! Yehaaaaa..!!  

Dah lama tak dating...

Image
Assalamualaikum ♡♡♡ (^_^)

Berserah pada jodoh...

Assalamualaikum Arini rasa nak luahkan sesuatu. Hati saya rasa sedih. Rasa nak nangis. Huuuuuu... Saya sayangkan die. Saya mengharapkan jodoh saya dgn die. Tapi mcm mane pun sy tetap kena berserah pada jodoh. Jodoh di tangan Allah. Saya kena pegang kuat kata2 tu. Sayang tapi tak semestinya kita akan memiliki. Pertunangan bukan jaminan sebuah perkahwinan. Walau macam mane pun saya sentiasa berdoa mengharapkan die yang terbaik buat saya. Selama-lamanye. Mesti semua pelik nape tetiba saya ckp mcm ni. Gaduh? Bukan. Kami dh berbaik. Semalam lagi dah ok. Tapi tetiba rasa takut kehilangan tu wujud. Susah rupanye bila kita dah mula sayangkan seseorang. Bila terlalu sayang kita boleh jadi terlalu mengongkong. Tu dah silap. So mcm mane caranye nak menyayangi seseorang dgn cara yang betul. Ade sape2 tau tak? Sungguh saya taktau.. hukhukhuk Sekian.

What A Coincidence!

Image
Assalamualaikum Post ni sambungan dari post saya yang terdahulu iaitu  Pergaduhan Semalam . Cuba tengok SMS kat bawah ni. See?? Kebetulan tak? Tetiba En Tunang SMS saya kata, "Ingat balik mcm mane hubungan kita bermula...sampai hari ni tersenyum sy sorang2..." Relate kan dengan ayat saya iaitu, ' bila kita berselisih faham, kenangilah saat2 bahagia kita...insyaAllah akan cepat sejuk hati kita.. (^_^)' Ade tak persamaan maksud di situ? Haa.. Ade kan?? Terkejut mak! En Tunang cnfrm2 tak baca lagi blog saya ni. Sebab ape? Sebab die taktau pon saya ade blog. Hehe. Bukan taknak bgtau tapi die tak pernah tanya. Apasal mcm sama je maksudnye ni? Ok sila abaikan. Secondly kat tempat keje die takde internet. So memang sume ni kebetulan *wink*wink* Saje saya taknak die tau saya ade blog ni. Sebab saya rasa one fine day nnti mesti die akan tau jugak. If die tanya, saya takkan sekali2 menipu. Even dalam handphone saya pon ade shortcut 'blogger' . Handphone

Pergaduhan Semalam...

Image
Assalamualaikum Selama dua minggu lebih pertunangan kami baru saya rasa sedikit dugaan tu. Malam tadi. Berlaku pergaduhan yang agak menyakitkan dengan En Tunang. Ohh I hate pergaduhan! Puncanye kecik je. Pasal bowling. Saya yang sedia ada sensitif ni rasa sentap bila die ajar main bowling tu. Rasa cam garang. Ok fine! Sensitif sangat tu. Padahal die tak marah pon. Cuma agak serius. Tapi takde meninggi suara pon die. Nama pon tgh mengajar kan. Tah macam mane saya leh tersentap tah. Emo tak tentu pasal.  Lepas die cara saya baling bowling tu salah, saya cakap ngan die, " Jangan lah marah saya....."  Die terkejut n terus ckp dgn lembut, " Saya tak marah awak...Saya tegur je...If tak, mcm mane nak pandai.." Pastu tah angin ape yang datang tah saya bole menjawab! Saya kata, "Saya memang tak pandai!" Haaa amek kau! Sape2 pon akan sentap la bila kita ajar baik2 die menjawab mcm tu. Memang padan la tunang kau tu sentap n marah. Then dalam kereta otw balik

Didiklah wanita dengan kelembutan...

Kau digelar sebagai penyeri dunia Hadirmu melengkap hubungan manusia Bukan sahaja dirindui yang biasa Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa Akalmu senipis bilahan rambut Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu Jua hatimu bak kaca yang rapuh Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh Tercipta engkau dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat dibahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasihi Engkaulah wanita hiasan duniawi Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok Jika datangnya dari kayu yang bengkok Begitulah peribadi yang dibentuk Didiklah wanita dengan keimanan Bukannya harta ataupun pujian Kelak tidak derita berharap pada yang binasa Engkaulah wanita istimewa Sedarilah insan istimewa Bahawa kelembutan bukan kelemahan Bukan jua penghinaan dari Tuhan Bahkan sebagai hiasan kecantikan..

Happy 2 Monthsary Sayang...

Image
Assalamualaikum Happy 2 Monthsary of Engagement Sayang ... Hehehe.. 2 bulan pon nak wish! Ishh.. Tah die ingat ntah tak. If tak ingat pon takpela.. Lelaki mane nak ingat. Hukhukhuk. But it's ok. As long as i know that he love me it's more than enough! *wink*wink* Alhamdulillah kami dapat melalui tempoh pertunangan selama 2 bulan ni dengan baik. Harap ia kekal berterusan baik n smooth mcm sekarang. Tanpa rasa bosan, tanpa rasa sedih (kadang2 ade gak sedih sikit2 tapi sementara je. Kikiki) Malah semakin hari semakin sayang (macam lagu Amelina n Iwan) (^_^). Alhamdulillah.  Ya Allah, seandainya sememangnya dia adalah jodohku yang terbaik di dunia dan akhirat, maka Engkau kekalkan perasaan sayang ini sehingga ke akhir hayat kami. Dan Kau permudahkanlah urusan jodoh kami dan kekalkan lah hubungan kami hingga ke Syurga hendaknya. Aminnn... abaikn muka die yg poyo..die memang cenggitu..hehehe sweet kan kami?? *perasan* Akh

Samsung Galaxy SIII Saya Punyerrr!!

Image
Assalamualaikum Yeayyyy!! Saya dah dapat Samsung Galaxy SIII semalam. Thanx abg Celcom ! Walaupun agak terlambat sikit hingga mengundang marah, tapi bila dah dapat tu tak marah dah. Yela, sian En Murthaza Hamzah terpaksa pegi ke tempat vendor sendiri utk dapatkan device saya dan dengan rela hati datang ke opis saya semata-mata utk bg device saya. Tup2 die dah ade kt sini dgn membawa SIII ku. Katanya tak bgtau dulu sebab nak 'Surprise!!'  Wahhh surprise sangat! Ngeee~ Samsung Galaxy SIII Asalnye saya order Samsung Galaxy Note 2 . Tapi since En Mus kata Note 2 lambat dapat sebab stock sampai ke Celcom mid of Dec. Sampai ke tangan saya mesti la lambat sikit kan. Yela, kena la ikut turn. Banyak gak queue utk Note 2. Last2 saya swap ke SIII. Tapi ok la sebab dua2 memang saya minat. N so far baru hari ke 2 pakai SIII ni memang puas ati! Alhamdulillah... Lepas ni bole la update blog guna SIII.. Hehehe... ;) Sekian.

Samsung Galaxy S3

Testing testing 1 2 3... Heheehe.. Try update blog guna Samsung Galaxy S3 yang baru dapat semalam.. Weee~

jeng..jeng...jeng...

Image
Assalamualaikum Ape yang dapat anda tafsir dari gambar di atas?? *wink*wink* ;) Sekian.

Ciri-ciri Isteri Solehah

Image
Ciri-Ciri Isteri Solehah * Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri. * Isteri yang sentiasa menja ga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami. * Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki. * Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama. * Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja. * Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk kelu

Harimau Malayaaa!!

Image
Assalamualaikum Selamanya...!! Selamanya...!! Selamanya Harimau Malaya!! Tak Kan Ada..!! Tak Kan Ada..!! Tak Kan Ada Harimau Malaysia..!! ------------------------------------------------------------------------------------ Oh Malaysiaaaa.. Kau Kebanggaanku.. Oh Malaysiaaa... Satu Kan Jiwamu... Selamanya Harimau Malaya!! Selagi Kita Bernyawaaaaa... Oh Malaysia.. Kau Kebanggaanku!!  ------------------------------------------------------------------------------------ Kami Turun Ke Stadium Sehati Sejiwa!! Kami Turun Ke Stadium Sehati Sejiwa!! Malaysiaaa!! Malaysiaaa!!! Sehati Sejiwaaa!!   ------------------------------------------------------------------------------------ Perghhh bangga siot nyanyi lagu2 kt atas tu.. Huhuhu. Nak2 masa kt stadium. Membara semangat kenegaraanku! Last Saturday (1 Disember 2012) ade game Malaysia vs Indonesia kat Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) . Malaysia menang 2-0 dengan Indonesia.

Isteri Solehah, Hebat Dugaanmu!

Assalamualaikum Saya kongsi kisah teladan yang saya copy paste dari blog  Di Atas Sejadah Cinta Assalamualaikum... Cerita ini panjang, kena sabar untuk dibaca. Tajuknya: "Jangan menangis wahai wanita." SEBIDANG tanah adalah kamu katanya, tamsilnya ladang dan dia adalah petani yang akan membajaki gemburan tanah. Sebab di sana dia akan membawa saya bersama-sama melayari bahtera hidup. Bersama nakhoda, saya menyemai cinta untuk saya buahkan kebahagiaan, untuk saya lahirkan amanat. Bukankah ia lelaki itu yang telah meletakkan saya di puncak? Ia mengandaikan saya dengan berbagai-bagai kejadian. Mula-mula ia ladangi saya. Katanya saya ladang subur, luhur yang bergenang air sumur. Kemudian ia limpahi madu kata yang mengkhayalkan jiwa. Tuturnya lagi, telaga yang melimpah niranya harus sering ditimba airnya agar ia tak mengering sendiri. Allah Menciptakan wanita untuk lelaki dan ia menyambung bahawa ia tahan berlapar dan haus tetapi tidak dapat bersabar dengan wan