3 bulan...Syukur Ya Allah...


Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Semalam genap 3 bulan sy dan si dia bertunang. Syukur semua berjalan dgn baik. Alhamdulillah. InsyaAllah if ade rezeki dan jodoh kami akan mengikat tali perkahwinan lagi 5 bulan. InsyaAllah. Semua berlaku dgn pantas.. Teringat saat2 dulu masa baru kenal. Kejap je si dia dah ajak bertunang. Kenal dalam 3, 4 bulan terus die ajak bertunang. Hati ni pulak dgn lembut menerima kehadiran si dia. Pelik. Tak pernah saya terima seseorang sepantas itu. Hati saya keras sebenarnya utk menerima kehadiran lelaki. Tapi dgn kuasa Allah, hati saya lembut apabila dgn si dia. Syukur akhirnya ada insan yang mampu melenturkan hati ini dengan suatu ikatan. Alhamdulillah...

Senang je die ajak bertunang. Dengan SMS. Ayat die lebih kurang mcm ni, "bulan 10 kita tunang ek.." Semudah itu! Tapi hati ni bole tersenyum ceria sampai ke telinga. Berdebar2 rasa masa tu. Tapi happy sgt2!! Kalau dulu berangan org melamar dgn sejambak bunga di tangan sambil membuka bekas cincin dan halakan cincin tu kat kita sambil melutut. Wahh macam drama kau! Memang drama queen! Tapi rupanya takdir Allah telah menuliskan bahawa saya hanya dilamar dgn SMS yang mengandungi 5 patah perkataan sahaja. Tapi yang peliknye saya takde rasa ralat pon dgn cara tu. Lepas tu die sambung sms kata die minta maaf sebab die tak romantik. Tersenyum saya baca. Tau pon tak romantik! Hahaha. Perasaan masa tu still sy terasa. Betapa bahagianya hati ni. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh. Sekelip mata je Allah wujudkan perasaan sayang tu. Sekelip mata hati ini lembut utk menerima. Alhamdulillah. Dan semalam, 06.01.2013 genap sudah 3 bulan kami mengikat tali pertunangan. Syukur semua masih berjalan dgn lancar. Doaku agar hubungan kami terus kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya hingga ke akhir hayat dan moga2 kami bertemu semula di Syurga. Aminnn Ya Rabbal Alaminnn.. Mohon doa rakan2 blogger juga utk doakan kami ye. Thanks! Sayang kamu semua ;)


si dia yang semakin bulat. perasan tak?hehe ;)








Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2