Percutian Musim Sejuk Ke Korea Part 3



Selepas ke Nami Island kitorg terus gerak g dinner. Dinner dekat ngan hotel untuk kitorg menginap malam tu, Vivaldi Park kat Hongcheon-gun. 

Ni main saya. Nasi Putih + Telur Dadar + Cili Api 


Ni katanye ikan sardin. Tapi mak oii keras nau! Rasa pon lain dari kite nye. So tak abis.


Sambal cili potong ni memang pembuka selera ku. Malaysia sangat. Seaweed, Kimchi sume saya tak usik.


Sayur ni sedap. Nampak fresh so we ols try la. Panas2 lak tu.


Makan atas lantai. Paling tak best sebab kena bukak kasut n stokin. Huhu. Tapi tu memang dah culture kat sana kan. Layannnn....


 Lepas makan, balik hotel. Masing2 dah kenyang, lapar dan mengantuk.


Masuk2 hotel, bukak langsir terus terpana tgk luar tau. Rasa cam tipu je.







Cantik gile. Cam tak caya je kan. Macam edit je gambar ni. Hakikatnya tidak. Itu lah die Daemyung Vivaldi Park Ski World.

Esok pagi before gi jalan2, sape2 nak main ski leh la jalan kaki gi sana. Tapi sebelum tu kena amik dulu peralatan die kat kedai die. Kena sewa. If nak main skit die kasi sewa baju sejuk, seluar, kasut, peralatan ski dalam 60,000 won (RM185). If setakat sewa untuk posing2 amik picture 30,000 won (RM92++). 

Oh lupa nak cakap. Tadi tu view bilik adik ipar kite. Bilik saya n hubby depan bilik dorg . View hutan je. Hukhuk.

Hotel die sangat selesa. Untuk 2 orang memang cukup sangat. Besar. Siap ade dapur bagai. Dalam almari lak die ade sediakan comforter dan bantal untuk mereka yang nak tido atas lantai. Style korea. Tapi kitorg tak sempat nk tido sebab hubby awal2 dah tido. Kite dok mengemas n panaskan sambal ikan bilis kite yang dah keras cam masuk peti ais semalaman.














Bayangkan betapa sejuknya cuaca kat sana. Ni letak dalam luggage je. Tapi boleh beku.

Ade sabun basuh pinggan, kuali, sudip, pisau, gunting, senduk sume ade. Complete.




Setiap bilik ade warmer. Kat lantai die ni panas tau. Warmer kat bawah tu. So pijak lantai lama2 memang akan melecur. Eh takde la. Takde la panas sampai cenggitu. Suam2 kuku je. Panas yang selesa. Disebabkan jacket, stokin, baju, seluar, glove kitorg dah basah kena hujan so kitorg pon sidai kat lantai tu. Sidai kat lantai okay. Means bentangkan je kat lantai. Sekejap je dah kering. 

So untuk korg yang tertanya2, mari saya bgtau. Cuaca kat Korea time ni memang sejuk gile. Penat sampai -10 darjah celcius! Minus ten tau. Tapi bila masuk bilik or building langsung tak rasa sejuk. Sampai kdg2 tu perlu bukak jacket sebab panas. Dorg ade warmer n heater kat setiap building. So if agak2 tak tahan sejuk pandai2 la cari building. N kebanyakan toilet awam kat sana ade heater. Toilet yang bukan dalam shopping complex la. Kipas yang ade haba panas.







Ni dah bangun pagi berkumpul untuk gerak ke destinasi seterusnya. Lobi die sangat luas.  Atas tu picture anak buah saya yang terpana tengok awek Korea. Comel!!! Tapi mak die sombong. Huh! Menyampah.










Bergambar kenangan kat kawasan hotel before check out. Malam tu dan malam seterusnya tido hotel lain. Patutnye malam semalam kitorg tido kat Mount Sorak. Tapi takleh naik mount tu sebab kabus tebal sangat. 


Arini kite ke Kimchi School n Everland Theme Park



Tu breakfast + lunch kitorg. Makan dalam bas. Sebab nak kejar masa katanye.



Picture from Google.

Kat Kimchi School ni kita belajar buat kimchi dan pakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok.

Tu cikgu yang ajar buat kimchi. Die ajar bahasa Korea, so Lucy tolong translate.




Baru nak start buat Kimchi.



Dah siap tak sempat amik picture sebab tangan kotor. Hehe. Kimchi ni sebenarnya sayur kobis lumur ngn sambal. Sambal tu die dah bagi siap2 so kite just lumurkan dgn kobis tu je. 

Kat atas ni picture makanan Korea yang die suh try termasuk lah kimchi. Hubby je makan. Iols tak ler nak mencuba.

Pastu kite naik tingkat atas n pakai Hanbok!



Sesungguhnya mataku rambang untuk memilih Hankok yang ingin disarungkan. Makcik Korea yang berwajah serius ni tolong pakaikan kite baju ni. Picture candid by hubby.



Ok dah siap. Peace!

Sekarang suami lak pakai Hanbok. Die tetap pilih merah kuning Selangorku.


 Muka kartun. Suka buat muka kelakar tau die ni.



 Baju die ngan adik ipar die ni sama sebenarnya. Perasan tak perbezaannya???

Bezanya hubby lupa nak sarung yang hitam tu ke depan. Kahkahkah! Kite yang perasan. Kite pelik ade kain hitam cam terjuntai kat belakang die. Gelak besar kitorg. Hehehe. Lawak la en suami ni.






Anak buah kite. Comel gile die pakai Hanbok. Hehehe.

Mula la die menangis bile sume org gelak tgk die. Org gelak pasal die comel, die takut lak. Hahahaha





Memula kite senyum. Pastu hubby suh wat muka serius.


Muka kartun. Ohh suamiku.






Lepas ke Sekolah Kimci ni kitorg gerak ke Everland Theme Park. Best gile! To be continue sebab cite ke Everland panjang sikit. See u soon!

Thanks for reading!! ;)





Comments

  1. salam. nk tanya,ank buah tu pkaikan dia bpe lapis bju kt dlm sblm outer coat?

    ReplyDelete
  2. Salam nak tanye.. pakai travel egen mane ye?bole rekemen ke saya x?heeeeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2