Pening! Pening! Pening!


Assalamualaikum

Saya peningggggg... Peninggg... Peninggg... Pening... Bukan pasal boyfren ke, girlfren ke, bukan. Tapi pasal keje. Adoiiii, tak penah update pasal keje kat sini.

Ni la keje. Time tak sibuk, langsung tak sibuk. Time sibuk tu sampai tak ingat dunia. Semalam saya baru balik dari Melaka. Ade taklimat n site visit  ke Sungai Melaka. Taklimat dan site visit  tu 22/5 dan 23/5 kat Melaka la of cos kan. Nama pun Sungai Melaka. Takkan nak gi Penang lak kan. Ok dah.

Nak dijadikan cerita, baru 1st kat Melaka tu bos cal katanye esok pagi2 kena balik sebab ade meeting kat KL kul 2.30petang. Waduh2, gawat! Esok pagi la baru nak g site visit tu tau. 1st day petang tu taklimat then malam tu pegi Melaka River Cruise. Kira site visit jugak la tu. Nak jadikan Sungai Klang macam tu jugak insyaAllah. So malam tu terpaksa la cakap dgn urusetia yang saya tak dpt join site visit tu esok pagi. Kena shoot trus balik KL coz ade meeting. 

So pagi tu gerak ke KL, tapi ade singgah g makan dlu la dlm tengahari tu. Sampai kat tempat meeting tu dalam kul 2. Nak sampai dah ni. Tinggal salah masuk lorong je then sesat sampai ke Segambut! Adoiii.. Pendek cite, sampai kul 2.30 ptg still stuck kat Segambut yang sgt jem tu! Mata dah berair ni. Nak menangis dah. Rasa macam sia2 je tak gi site visit  kat Melaka tu semata2 nak pegi meeting yang kesudahannya sesat + jem di jalan yang saya taktau jalan nak balik! Sedihhh!! (T_T)

Tapi Alhamdulillah, akhirnya Allah tunjukkan jalan, jumpa jalan nak ke meeting tu. Tapi sampai lambat la. Kul 3 ptg baru masuk meeting. Selamba. Huhu. Pulak tu abis meeting nye lambat. Kul 6 lebih stil tak abis. Tak tahan la. Saya kuar meeting n terus balik. Dah takde isu sgt dh pun masa tu. 

Balik tu mak aihhhh.... Lotih! Malam tu tido awal la, ape lagi kan?? Hikhikhik.


Arini pulakkkk....


Setelah 2 ari tak masuk opis, banyak nye la haii surat2 kat dlm peti surat saya ni haaa.. Surat meeting la, bengkel la, buku laporan la. Tapi paling saya tertarik adalah surat Jemputan Menghadiri Bengkel Dasar Sumber Air Negara. Perghhh. Hebat kan bunyi nye?? Dah tau sebenarnya kena g bengkel tu. Opismate bbm masa kat Melaka. Bengkelnye 30/5 & 31/5 kat Penang. Best tu dapat jalan sampai ke Penang! Erkkk! Jalan ke?? Jalan skit la. If tak jalan, macam mane nak sampai hotel kn? Huhu.

Tapi saya risauuuu!!! Ni pasal Dasar Sumber Air Negara ok! Haa, jangan main2. Air kat Selangor ni hot tau! Awak tu tak buat air so taktau sgt la. Tau sikit2 je since involve dgn Projek Sg Klang. Tapi senipis kulit bawang je ilmunye. Tapi takpela, insyaAllah kwn opis dah mintak tlg yang berkepentingan tlg cover saya sepanjang saya kat sana. Siap kata, "U jaga Mala ni baik2 tau!" Hehehe.. Terharu saya. Tq puan!! :)

Tapi isu yang saya nak cakap kat sini adalah mengenai masa. If ikutkan semua meeting n agenda, maunye sampai seminggu saya tak masuk opis tau. Gila??!! Lama ok! Sume datang sekaligus. Tak kisah sgt pasal meeting bagai tu. Tapi yang sangat saya risau adalah janji saya pada kawan baik saya dunia akhirat tu. Nurdhiya Iylia. D!!!! Macam mane niiii!!!! ;(


Ok, tgk k.. Jadual pada minggu hadapan:

28/5 (Isnin) : InsyaAllh takde pape meeting. Stay kat opis je.

29/5 (Selasa) : Meeting kat KL kul 9.00 pagi. Abis meeting tengahari tu trus shoot ke KLIA untuk naik flight ptg. Dlm kul 3 atau 4 ptg kot. Sampai airport kena naik teksi untuk ke hotel penginapan. Ixora Hotel, Penang. Airport kat pulau, sedangkan hotel kat seberang. Kena lalu jambatan Penang tu la. Dalam 40 minit gak la if tak jem.

30/5 (Rabu) : Bengkel start pagi2 kul 8.00 pagi sampai petang. Kul 5.00 dah free n easy la. Bole keluar jalan2 (walaupun belum tentu ade kawan kat sana) Takpe, if takde, lepak dalam hotel je. Lagi best!!

31/5 (Khamis) : Bengkel dari pagi sampai 5.00 petang jugak. So after bengkel tu kena terus naik teksi n gerak ke Airport untuk naik flight yang paling lambat if bole kul 7.00 malam. Sebab sampai KLIA nanti dalam kul 8 lebih, ingat nak terus gerak ke Shah Alam n naik bas utk ke Kuantan. Esoknye tu BFF nikah. Die mintak tlg buatkan Sirih Junjung. So nak taknak, kena gak buatkan utk die. Last minute nak mntk sape buatkan?? Lagipun sy mmg nak sgt2 buatkan utk die ;(

1/6 (Jumaat) : Cuti! Pernikahan kwn baik saya. Hopefully pagi2 dah sampai Kuantan utk tunaikan janji ;(

Last option is, esok nye tu pas balik dari Penang (jumaat), pagi2 tu kena gerak ke Kuantan. Walaupun tak confident sgt nak drive sorg2 ke sana. Gamble je la. Pagi2 pas Subuh gerak ke Kuantan. Itu last option. Have to la kan. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar.

*sebenarnya saya suka je kehidupan yang busy mcm ni. Sebab belum ade komitmen dan takde masa nak pk benda2 yang menyedihkan dan menyakitkan hati. InsyaAllah.


Comments

  1. Setiap mnusia akn melalui hari2 y mmenatkan, meletihkan dsb...alngkah brntungnya kita jika setiap prkrjaan y kita lakukan itu kita niatkan ia sbg ibadah kpd ALLAH SWT...ya kerja sbg ibadah...dgn itu baru lah setiap letih, penat, jerih perih & keringat y ditumpahkan ktika kita bkrja akn dberi gnjaran pahala o ALLAH SWT sbg hadiah utk kita krn ikhlasnya kita bkerja keras utkNYA...untungkan? gaji dpt pahala pun dpt..smoga setiap penat lelah Pu3ayu bkrja akn dblas o ALLAH SWT dgn pahala y bnyk...amin (^_^)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2

Ujian Kehamilan