Trip to Jakarta - Bandung : Day 2


Assalamualaikum

Saya amik masa 6 hari untuk update Trip to Jakarta - Bandung : Day 2 ni. Huhu. Kekurangan masa untuk menaip la. Idea banyak je. Tapi tak berkesempatan. Ni pun update sikit2 je kot. Mayb picture je yang banyak berbanding kata2. Sebabnya saya perlu fokus study memandang sok ade exam PTD untuk kali yang ke 7!! *lap peluh*

Kawan2 doakan saya berjaya utk exam kali ni ye. InsyaAllah... (^_^)


28 April 2012

2nd day di Bandung. Planning arini ke Tangkuban Parahu dan Pasar Baru (yeayyy!!lompat2 kegembiraan). Picture arini tak banyak sangat sebab kat Pasar Baru saya tak amik gambar langsung. Tak sempat nak keluarkan Tab sebab super duper sesak kat Pasar Baru tu ok! Lagipun Pak Andy (tourist guide from Bandung) dah pesan jaga2 beg dan brg2 berharga sbb kat situ banyak pickpocket. Biasa la, tempat sesak mcm tu kan. Macam kat Jalan TAR jugak la. So mmg sy takde niat untuk amik gmbar la kat Pasar Baru tu. 

To those yang nak tau keadaan kat Pasar Baru tu bole la cari kat pakcik google. Banyak gambar org upload pasal Pasar Baru. Lagi satu, masa kitorang kat Pasar Baru tu sangat singkat. Ade dalam lebih kurang 2 jam setengah je kat sana. Disebabkan kekangan masa, so tak dapat la nak lama2 kat sana. So setiap masa tu memang sangat berharga makanya kena la menggunakan masa dengan cekap! Ok, enuff said! Sekarang kita tgk gambar2 sepanjang aktiviti kami untuk hari yang kedua di Bandung k. Enjoy!

hasil shopping 1st day..sikit je shopping

berposing sebelum kuar bilik. Bersepah kan?? Haha

Haa, ade satu perkara yang saya nak share kat sini. Rasanye semua org tau yang waktu kat Bandung ni lambat sejam dari waktu kat Malaysia. So kalau waktu kat Malaysia tu kul 7 pagi, kat Bandung baru pukul 6 pagi. Dan kat Bandung pun cepat terang. Kul 6 pagi dah sangat terang macam pukul 7 pagi kat Malaysia. 

Ok la, al kisahnya macam ni. Saya ni dari dulu memang confuse bila org cakap Bandung lambat sejam. Selalu confuse cepat atau lambat tu. Masa kat sana memang tourist guide asyik ckp mcm ni, "ok, ibuk2...bapak2..kita berkumpul sekitar jam 8 pagi waktu Indonesia ya..bukan waktu Malaysia ya ibuk2 bapak2 sekalian..." So kena la set in mind yang saya kena tolak sejam dari jam kat tangan, handphone dan tab ni. Sebelum tido tu saya pk la, nak kena kunci jam ni. Sat g terlajak kang payah pulak kan. Tapi saya tukarkan dulu la waktu kat handphone tu. Sebab takut sok pagi mamai2 bangun terikut waktu Malaysia lak. So jam kat handphone tu saya cepatkan sejam. Saya ulangi, SAYA CEPATKAN SEJAM OK! Patutnye lambatkan sejam. Tapi confuse punya pasal, saya pegi cepatkan. 

So akibatnya pagi saya bangun sangat awal! Saya sedar2 tgk jam kat hp dah pukul 7 pagi! Nak kumpul kul 8 pagi ni. Nak breakfast for sure la tak sempat kan. Tgk roommate elok je tido. Takpela, saya pi mandi dulu.

Lepas mandi tu kejut rooammate, "Hazah..bangun..dah pukul 7 ni..lambat nanti.."

Die pun bangun n pegi mandi. Lepas die mandi relax je die siap. Saya ni siap macam kerbau (ehh ade ke siap kerbau??) pelik tgk die relax.

So cakap la ngn die," Macam tak sempat kan nak breakfast? Dah nak kul 8 dah ni. Kul 8 nak kena berkumpul dah.."

Die pun terkejut n kata," Cik Mala...baru nak dekat pukul 6 la..tadi masa Cik Mala kejut baru pukul 5 pagi..."

Saya pulak tergamam sambil tanya, "Ehh yeke???"

Die pun jawab," Iyeee...kat sini lambat sejam la Cik Mala...bukan cepat sejam.."

Hahahahaha!! Awak dah silap ye Mala!! Patut la masa saya tgk jam tangan time bangun tu pukul 5 pagi (dah ubah waktu Indonesia). Tapi jam kat handphone ni kul 7 pagi. Saya pk, 'ooo, jam tangan ni habis bateri kot..' Huahuahua. Rupanya awak tersilap set jam handphone tu salah! Adoiii... Awak ingat dah pukul 7 pagi, rupanye baru pukul 5 pagi. Kehkehkeh. Sengal! *lap peluh*


my daily breakfast at Bandung + Jakarta
 

tiket masuk ke Tangkuban Parahu..Rp 50,000 bersamaan dengan RM17.00 la lebih kurang..tapi ia ditanggung oleh Travel Agent kami :)

Berposing sebelum masuk ke dalam

ramai yang jual2 mcm ni kat sana.

posing lagik




kawah yang masih berasap..orang kata tak aktif dah. tapi still berasap tau..takutnyee

berposing dengan kak tie yang dh macam mak angkat ;)



otw nk turun bwh..ramai dh time ni
otw ke Pasar Baru rasanye ni..lupa dah
last dinner @ Bandung!


Then sampai Pasar Baru memang dah takde picture langsung dh. Balik dari Pasar Baru singgah jap kat The Summit sebab dorg nak beli perfume. Saya n beberapa kawan yang lain just duduk dalam bas je. Sebab dah sangat penat!

Ok, kita sambung Day 3 di kemudian hari ye. InsyaAllah. Adios!



p/s: arini hari ulang tahun kelahiran Arwah Abah.. 11 Mei 1951. Sama2 la kita sedekahkan al Fatihah untuk arwah Abah dan juga Arwah Mak.. Al-Fatihah.



Comments

  1. Semoga Puteriayu, arwah mak & arwah abah akan berkumpul smula di Syurga Firdaus pd suatu hari nanti...insyaALLAH...amin (^_^)

    "Syurga itu sebaik2 tempat menetap & tempat kediaman" (Surah al-Furqan: 76) dan Firdaus itulah yang paling baik & paling tinggi darjatnya (Hadith Riwayat al-Bukhori)

    p/s: Bleh thn juga lucunya Puteriayu ni ha3 LOL (^_^)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!