Seksa Meninggalkan Solat


6 siksaan semasa hidup di dunia

* Umurnya tidak berkat
* Akan dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada mukanya
* Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya
* Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah
* Dia dibenci oleh segala makhluk di dunia
* Tidak ada baginya bahagian daripada doa untuk orang-orang soleh
 
 
3 Seksaan ketika hendak mati
 
* Mati dalam kehinaan
* Mati dalam keadaan yang sangat lapar
* Mati dalam keadaan dahaga yang amat, sehingga jika dituangkan ke tekaknya semua air laut di dunia ini, dia tetap berasa dahaga.
 
 
3 seksaan dalam kubur
 
* Kuburnya disempitkan
* Dinyalakan api,  yang mana dia akan membalikkan dirinya dalam bara api itu
Allah mengarahkan ular yang besar, dinamakan ”Shajkul Akrak” untuk menyeksa si mati. 
 
Ular itu akan berkata ”sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga Zuhur, sebab engkau sia-siakan waktu zuhur; dipukul pula hingga  Asar,  sebab engkau sia-siakan waktu Asar..Begitulah seterusnya setiap hari, siang dan malam, sehingga hari kiamat."
 
 
3 seksaan di hari kiamat
 
* Allah memerintahkan malaikat Azab menghela orang yang tidak solat itu ke dalam neraka.
* Allah menilik pada orang yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka
* Allah akan mengira orang yang tidak solat itu dengan kiraan yang paling berat dan terus disunat ke dalam neraka, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, ”apa yang membawa kamu ke neraka?” Meraka menjawab ”Kami tidak bersolat.”
 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2

Resipi Rendang Daging Mudah dan Sedap!