Sentiasa Mengingati Mati...
Assalamualaikum
Something good to share. Copyright from iluvislam.com
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa 
yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas
 mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya 
mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh 
Allah."(Riwayat  At-Tirmidzi)
Huraian Hadith:
1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, 
bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran 
tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi 
bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan 
masing-masing.
2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.
3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.
4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.
Larangan Meminta-minta Mati
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali 
seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana 
yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah 
ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup 
itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik 
bagiku."   (Riwayat Bukhari dan Muslim)
i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak 
tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia 
mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan 
menerimanya dengan redha.
ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa 
dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah 
menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala 
amal baik sebagai ganjarannya.
iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, 
Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi 
hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam
 segala keadaan.
كَيۡفَ 
تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَڪُنتُمۡ أَمۡوَٲتً۬ا فَأَحۡيَـٰڪُمۡۖ ثُمَّ 
يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)
Comments
Post a Comment