Tuesday, May 15, 2012

Pesan Imam Al-Ghazali




Empat perkara menguatkan badan 
 
1. makan daging
2. memakai haruman 
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas 


Empat perkara melemahkan badan 
 
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. selalu cemas 
3. banyak minum air ketika makan 
4. banyak makan bahan yang masam 


Empat perkara menajamkan mata 
 
1. duduk mengadap kiblat 
2. bercelak sebelum tidur 
3. memandang yang hijau 
4. berpakaian bersih 


Empat perkara merosakkan mata 
 
1. memandang najis 
2. melihat orang dibunuh 
3. melihat kemaluan 
4. membelakangi kiblat 


Empat perkara menajamkan fikiran 
 
1. tidak banyak berbual kosong 
2. rajin bersugi (gosok gigi) 
3. bercakap dengan orang soleh 
4. bergaul dengan para ulama 


4 Cara Tidur


1. Tidur Para Nabi
 
---Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 


2. Tidur para Ulama Dan Ahli Ibadah
 
---Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 


3. Tidur Para Raja Tamak Haloba
 
---Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 


4. Tidur Syaitan
 
---Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslimin Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati
 
 
 
 

1 comment:

  1. Bagusnya ustazah Puteriayu...usaha sbgini patut dipuji kerana mnjadikan blog sbg medan untuk brkngsi & mnyampaikan ilmu yang bermanfaat...smoga Puteriayu sntiasa istiqamah dlm usaha ini :-)

    "Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 beriman" (Surah Adz-Zariyat: 55)

    ReplyDelete