Pemeriksaan Kesihatan Di Klinik Kerajaan


Assalamualaikum

Hye uolllssss!! Korang penah tak berada dalam dilema mcm kat bwh ni:

"Alamakkk... kena wat medical check up?? kat klinik kerajaan lak tu.. dengar kata kena wat appointment.. mesti lambat!!"

Haaa, iolss mengalami dilema sebegitu la beberapa hari yang lepas. Tapi nak taknak memang kena buat la. SYMP!

Kawan2 pon ramai kata dh wat appointment ngan klinik kerajaan. Sebulan gak la queue. Rata2 ckp mcm tu. Kita ni pk nak wat kat private je. Sebab cepat. Masa mula2 masuk service (government) dulu saya wat medical check up kat SMC je. (Selangor Medical Centre, Seksyen 20, Shah Alam). Bole buat weekend n ari tu gak dpt result. 

Tapi kali ni memang kena wat kat klinik kerajaan je. Sape2 yang keje gomen kena aware borang baru utk medical check up ye. Dah ade pekeliling baru berkuatkuasa pada 12 Mac 2013.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013 - Pemeriksan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam

Bole download kat sini --->  Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013

Ni ade Lampiran A (Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dlam Perkhidmatan) 

dan

Lampiran B (Borang Pemeriksaan Perubatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam)

So utk mereka yang baru dilantik dan yang dah berkhidmat. Both.





Ok, so saya planning utk ke Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam sebab saya banyak kali g sana memang service die cepat since die pon baru gak la bukak. Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam dah crowded sangat. Rasanye ramai yang taktau kewujudan KK Seksyen 19 ni. Elok gak supaya tak crowded cam KK Seksyen 7. Kuikuikui. Selfish! :p

Sampai2 sana tengok banyak gak kete beratur kat luar KK tu. Masuk dalam mak aiii dah makin ramai umat manusia. Pegi kaunter amik nombor. 2150. No sekarang 2148. Aikkk cepat gak. Tunggu 2 minit dah kena panggil.

Tunjuk borang dlm pekeliling tu, die kata kena wat appointment kat Kaunter 4. Kat situ memang ade buku jadual utk medical check up. Tebal gak. Tengok die selak2 buku tu dalam hati kata, "Mau sebulan dua gak ni kena tunggu. Adoiiii..."

Tup2 die kata, "Buat medical check up esok ptg leh?" Kita pon cam blur2 sbb tak sangka cepat. Sok kul 1.45 petang wat medical check up. Fuhhh pantas dan tangkas la KK Seksyen 19 ni! *thumbs up*

Again, Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam is highly recommended for those yang nak buat medical check up di klinik kesihatan! (^_^)





en suami.. peneman.. pendamping... penjaga... penghibur... penyejuk hati...



Oh lupa nak tanya pasal payment. Tapi dengar if kat klinik kerajaan kena bayar RM20 utk medical check up. Rasanye la. Pape nanti dh settle i update uolsss ye... tata titi tutu!

Thanks for reading! ;)


Comments

  1. mata dan telinga pn kena cek ke?

    ReplyDelete
  2. Kalau darah , cth hiv n sebagainya dia boleh vheck jgak ke?.

    ReplyDelete
  3. Maaf bertanya, kalau baru dilantik xpayah isi lampiran b kan?

    ReplyDelete
  4. haha thanks for sharing.. hehe baru nk buat med check up lol

    ReplyDelete
  5. Maaf bertanya. Dalam pekeliling itu mengatakan pegamal perubatan kerajaan atau swasta. Bermaksud kalau buat Di private boleh juga kan?

    ReplyDelete
  6. Maaf bertanya, dalam pekeliling mengatakan pengamal perubatan yg berdaftar sama ada kerajaan atau swasta. Bermaksud klinik swasta boleh ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 1

engalaman Bersalin di Avisena Women's and Children Specialist Hospital Tahun 2021 Part 2

Ujian Kehamilan