Tuesday, February 19, 2013

Resipi Mee Hailam


Assalamualaikum

Jom buat mee hailam!

Resepi Mee Hailam Tangkap Leleh. keh2

Mee Hailam Cik Rai



Bahan2 membuatnya:

500gm mee kuning (dicelur dan ditoskan)


1 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, 3cm halia. hiris halus



3 tangkai cili kering. rendam ngan air panas supaya kembang.



babycorn.carrot dan cili hidup(untuk hiasan)
potong ikut citarasa anda



sedikit fish cake dan fish ball. hiris nipis



sedikit kobis



sebiji tomato


2 tangkai sawi


2 sudu besar sos tiram dan 3 sudu besar kicap



1 sudu besar serbuk lada hitam



2 sudu besar tepung jagung. (dibancuh bersama sedikit air)




***

***

***Air rebusan daging (rebuskan 500gm daging + 700 ml air) bila dah mendidih.asingkan dagingnya.


sedikit udang dan sotong..



kulit udang tadi jangan buang.kita didihkan bersama 300 ml air k untuk mendapatkan air rebusan udang.


Bahan2 hiasan...
limau kasturi, daun bawang,daun sup, cili hidup dan bawang goreng.



Cara2 membuatnya:



1. Blend cili kering, bawang besar,bawang putih dan halia



2. Tumis bahan yang kita dah blend tadi hingga naik bau.



3. Masukkan fish ball and fish cake dan daging yang direbus tadi.


4. Tumis hingga kecut sedikit.



5. Masukkan air rebusan daging



6. Masukkan air rebusan udang



7. Kemudian masukkan kicap




8. Jangan lupa pula masukkan sos tiram




9. masukkan serbuk lada hitam




10. Bila dah mendidih, masukkan pula carrot + babycorn



11. Tidak lupa juga kobis




12. kemudian masukkan udang + sotong




13. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah



14. Masukkan tomato yang comel.hehe



12. Kacau sebati sehingga kuah likat.








13. Akhir sekali masukkan sawi yerp. Rasa garam dia dulu.tapi jangan curah garam sekali banyak sebab sos tiram + kicap tu dah cukup masin.



Kuah mee hailam... ummpphh.




tutup api then boleh la curahkan kuah ni dengan mee yang dah dicelur tadi....




Hias dengan cili hidup yang dihiris, bawang goreng,daun sup,daun bawang dan juga limau kasturi















selamat mencuci mata... hihihi...


salam sayang, Raihanna.
 
Comel tak Raihanna ni?? Comel kan?? Comel kan?? Future doctor yang pandai masak! Kagum sgt ngn die. Macam juara Masterchef yang doktor tu. Lupa dah nama die.
 
Resipi Mee Hailam ni copy paste dari blog beliau Sweet Vanila. Banyak respisi yang menarik kt situ. Siap tunjuk gambar utk membuat. So senang sikit. Suka!
 
 
Asalnya saya cari resipi Sambal Telur Goreng. Sebab En Tunang suggest saya masak Sambal Telur Goreng arini. First time die minta saya masak! Suka la tu. Yeayyyy! Saya lagi la suka. Hepi tau bila org yang kita sayang suka masakan kita. Syukur Alhamdulillah ;)
 
So planning saya nak buat Nasi Lemak sekali. Tak matching lak rasa makan ngan nasi putih. Heehehe. Resipi Nasi Lemak pon amik kat blog Raihanna ni Resipi Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah.
 
 
Jom kita mencuba!


 
p/s: Mee Hailam nak buat weekend ni insyaAllah ;)

No comments:

Post a Comment