Tanda Lelaki Sayang...
Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada
kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas.
Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut
kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan
apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan
mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita
janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki
untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa
bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata
kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah
menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping
denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi
atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan
terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada
kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan
yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini
sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang
yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi
tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa
senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang
yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.
Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang
yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa
sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara
kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan
yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang
itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan
bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil
berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika
kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu
buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang
akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia
selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia
selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk
menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke
jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan
sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki
lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin
mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula
berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh
menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam
terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya
apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari
orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini
boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya
kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang
lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai
tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian
daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya
lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk
hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka
manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap
machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk
orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah
teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa
bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling
rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak
dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu
jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak
menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan
kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you
masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu
tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.
Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu
betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua
lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air
mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia
menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu
berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu.
Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama
dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah
diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar
LELAKI.
Comments
Post a Comment