Tuesday, February 19, 2013

suri rumah berkerjaya yang tak bertauliah



Assalamualaikum

Semalam saya menjadi seorang suri rumah berkerjaya yang tak bertauliah!

Balik keje ---> Basuh baju di dobi layan diri ---> Beli barang-barang nak masak kat Giant ---> Balik umah ---> Mandi + solat ---> Memasak ---> Sidai baju ---> Makan!

Fuhh penat gak! Tabik pada wanita berkerjaya yang juga menjadi suri rumah sepenuh masa. Saya juga ingin jadi begitu. InsyaAllah.


Hidangan simple yang saya masak:




Ikan Goreng Bercili (pedas berapi wooo)




Telur Masak Kicap (tak jadi buat sotong masak kicap sebab tak jumpa sotong. Okay tipu)



Ikan Goreng (kegemaran kucing2 diluar sana. Menangis kucing tgk!)



Saya makan di rumah En Tunang bersama family die. Tak ramai. Kami berempat je. Selera nye tgk diorang dan saya makan. Dalam hati sedap jugak aku masak kan. Kikiki. En Tunang buat bahasa isyarat 'thumbs up' masa makan tu. Ohhh kembang saya! Walaupun mungkin die cuba untuk meniru perilaku Rasulullah SAW yang memuji masakan Siti Aisyah walaupun lauk yang di masak oleh Siti Aisyah sangat masin. Yela baru balik kursus kahwin kan. 

Tapi saya rasa pujian tu ikhlas sebab saya rasa memang sedap. Okay perasan lagi. Hehehe. Adik ipar die Edy pon 2, 3 kali tambah nasi n lauk. Fuhh hilang segala penat lelah bila tgk org makan masakan kita dengan berselera (^_^)

Berjaya taktik saya untuk mengambil balik hati En Tunang.




Okay kantoi yang saya garang! *tepuk dahi*


No comments:

Post a Comment